Thailand Open: Lee Zii Jia Leburkan Tentangan Hebat Jeon Hyeok-jin

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak baik dalam Thailand Open 2024 apabila mara ke pusingan suku akhir kejohanan. Anak jati Alor Setar, Kedah itu mara selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia memiliki kelebihan ke atas Hyeok-jin kerana […]

Ranking BWF: Kedudukan Lee Zii Jia Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia Tidak Tergugat

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia masih mengekalkan kedudukannya dalam kelompok sepuluh pemain terbaik dunia. Menerusi kemas kini ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa lalu menyaksikan tiada perubahan melibatkan kedudukan Zii Jia sebagai pemain kesepuluh terbaik dunia ketika ini. Pemain kelahiran Alor Star ini mengumpul 69856 mata hasil persembahan […]

Thailand Open: Lee Zii Jia Singkirkan Lei Lan Xi Dalam Aksi Dua Set

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia membuka kempen Thailand Open 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan wakil China, Lei Lanxi. Kejohanan ini merupakan antara medan persiapan pemain perseorangan ke-10 dunia itu sebelum ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Dari segi rekod pertemuan dan ranking dunia, kelebihan memihak kepada Zii Jia. Ini kerana Lanxi […]

Lee Zii Jia Pasang Cita-Cita Besar Jadi Juara Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memiliki impian besar iaitu memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Cita-cita ini dikongsikan beliau dengan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam. Zii Jia menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang menggalas cabaran untuk kategori perseorangan lelaki. Bekas juara All England 2021 itu melihat […]

Lee Zii Jia & Jun Hao Rekod Catatan Smash Paling Laju

Dua bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao mengangkat nama Malaysia dengan catatan rekod smash terpantas ketika kejohanan Thomas Cup yang lalu. Zii Ji dan Jun Hao merupakan dua tonggak utama yang membantu skuad badminton lelaki negara mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir Thomas Cup selepas kali terakhir pada edisi 2016. […]

Lee Zii Jia & Axelsen Terima Pujian Hebat BWF

Aksi menghiburkan di antara jaguh negara, Lee Zii Jia dan bintang Denmark, Viktor Axelsen telah mendapat perhatian Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Selasa lalu, Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen turun ke gelanggang sebagai perseorangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan D Thomas Cup yang menemukan Malaysia dan Denmark. Dalam aksi itu, Lee Zii Jia terpaksa akur […]

Thomas Cup: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Denmark

Malaysia terpaksa berpuas hati menamatkan aksi peringkat kumpulan Thomas Cup 2024 sebagai naib juara kumpulan setelah kecundang kepada jaguh Eropah, Denmark pada Selasa. Aksi yang berlangsung di gelanggang dua ini penting buat kedua-dua negara bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan D setelah mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu. Malaysia membariskan barisan terkuat yang dimiliki […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Hong Kong (Live Streaming)

Perlawanan pertama peringkat kumpulan D Thomas Cup menyaksikan pertembungan Malaysia dan Hong Kong di gelanggang dua pada pagi Sabtu. Skuad badminton negara dijangka bakal menurunkan barisan terkuat bagi merealisasikan impian meraih kemenangan pertama di peringkat kumpulan agar perjalanan mara ke suku akhir selepas ini lebih mudah. Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan bintang muda, […]

Ranking BWF: Lee Zii Jia Kembali Ke Kelompok 10 Terbaik Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menghuni kelompok 10 pemain terbaik dunia dalam kedudukan ranking BWF pada Selasa. Menerusi kemas kini ranking yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan kedudukan Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke tangga kesepuluh. Sebelum ini, ranking pemain berusia 26 tahun ini mencatatkan penurunan apabila jatuh ke […]

“Harapnya Apa Yang Berlaku Antara BAM & Lee Zii Jia Tidak Jangkiti Sukan Lain”

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan isu yang timbul membabitkan Lee Zii Jia baru-baru ini tidak patut berlaku. Pekan merujuk kepada isu hak imej membabitkan jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu yang tersebar di media. Juara Arctic Open 2023 itu terpilih mewakili Malaysia ke Thomas Cup 2024 selepas isu hak imejnya berjaya diselesaikan […]

Badminton Asia Championship: Jonatan Christie Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Hari keempat saingan Badminton Asia Championship 2024 menyaksikan kemaraan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia disekat oleh Jonatan Christie dari Indonesia. Dari segi rekod pertemuan, Zii Jia dilihat memiliki kelebihan setelah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut ke atas Christie dengan kali terakhir adalah pada saingan India Open 2024 yang menyaksikan wakil negara itu menang 21-15, […]

Lee Zii Jia Ketuai Cabaran Malaysia Ke Thomas Cup

Jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia, Lee Zii Jia sah mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024. Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu. Selain Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh turut dipilih sebagai wakil perseorangan lelaki negara. Tze […]

Lee Zii Jia Bakal Perkuat Malaysia Di Thomas Cup?

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bakal memperkuat cabaran Malaysia dalam saingan Thomas Cup 2024. Perkara ini dinyatakan pemain perseorangan ke-11 dunia itu kepada CGTN Sports Scene selepas aksi pusingan kedua Badminton Asia Championship 2024. Zii Jia memaklumkan beliau tidak pernah terlepas menyertai kejohanan badminton berpasukan membabitkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walau […]

Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Chou Tien-chen

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan kecemerlangan dalam Badminton Asia Championship 2024 dengan mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan pemain perseorangan lelaki Taiwan, Chou Tien-chen dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini. Zii Jia ingin melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh Taiwan itu selepas kali terakhir melakukannya dalam […]

Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Berbisa Di Pagi Raya, Tewaskan Priyanshu Rajawat

Pagi 1 Syawal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah menyingkirkan wakil India, Priyanshu Rajawat dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024. Selepas tersingkir di pusingan kedua Swiss Open 2024 baru-baru ini, Zii Jia berharap dapat bangkit dalam Badminton Asia Championship 2024. Ini kerana jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu pernah bergelar juara […]

Lee Zii Jia Ketuai Buruan RM2.1 Juta Malaysia Di Kejohanan Asia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bakal mengetuai pasukan Malaysia di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 yang bakal bermula esok. Seramai 26 pemain Malaysia yang terdiri daripada seorang pemain perseorangan lelaki, seorang wakil perseorangan wanita, empat beregu lelaki, empat beregu wanita dan empat beregu campuran bakal menyertai kejohanan yang berlangsung di China tahun ini. […]