Olimpik 2024: Lee Zii Jia Hadapi Dua Jaguh Dunia, Viren Nettasinghe & Pablo Abian

Wakil perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berdepan cabaran daripada wakil Sepanyol dan Sri Lanka dalam saingan kumpulan G bagi sukan badminton di Olimpik Paris 2024. Lee Zii Jia kini berada di prestasi terbaiknya apabila muncul juara dalam kejohanan Australian Open dan Thailand Open beberapa minggu yang lalu selain meraih gelaran naib juara di Malaysia […]
Lee Zii Jia Raih ‘Durian Runtuh’ RM300,000

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menerima geran kewangan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Geran kewangan ini merupakan inisiatif sokongan KBS untuk membantu atlet-atlet profesional yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Menerusi geran ini, atlet yang terpilih dapat memanfaatkannya untuk kejohanan antarabangsa, kem latihan dan perkhidmatan sokongan. Ini […]
Hamidin Letak Sasaran Penting Lee Zii Jia Di Olimpik

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran suku akhir sebagai sasaran yang perlu dicapai Lee Zii Jia. Hamidin meletakkan sasaran tersebut kerana mengambil kira undian yang bakal dilalui jaguh perseorangan lelaki utama Malaysia itu. Ini kerana pada satu ketika, Zii Jia perlu berhadapan cabaran pemain China atau Denmark jika […]
Janji Besar Lee Zii Jia Kepada Rakyat Malaysia Di Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bertekad untuk menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah kejayaan dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Zii Jia yang merangkul gelaran juara di Australian Open beberapa minggu yang lalu kini berada di prestasi terbaiknya setelah tampil cemerlang dengan mara ke tiga aksi final dalam tempoh dua bulan sebelum […]
Hamidin Sedia Penuhi Permintaan Besar Lee Zii Jia

Hajat wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan diusahakan sebaik mungkin oleh Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris. Datuk Haji Hamidin selaku Chief de Mission Malaysia ke Paris melihat usaha yang ditampilkan oleh Lee Zii Jia bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng benar-benar mahu membawa pulang kejayaan buat negara. […]
Lagenda China Kesan Perubahan Lee Zii Jia, Minta Waspada Menjelang Olimpik

Prestasi cemerlang jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dalam beberapa kejohanan belakangan ini membuka mata ramai pihak termasuk dari negara luar seperti China. Aksi cemerlang Zii Jia mula ditampilkan dalam kejohanan Thailand Open 2024 yang menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu berjaya menewaskan Angus Ng Ka Long di final sekaligus mengulangi pencapaian juara pada […]
Ranking Lee Zii Jia Naik Mendadak, Hampiri Posisi 5 Terbaik Dunia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia semakin menghampiri kedudukan lima pemain terbaik perseorangan lelaki dunia. Ini selepas Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) mengemas kini kedudukan ranking terbaru pemain mengikut acara yang disertai. Zii Jia kini menduduki ranking ketujuh dunia sekaligus memintas kembali juara dunia perseorangan lelaki 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Kejayaan ini dilakar pemain […]
Lee Zii Jia Kumpul Hampir Setengah Juta Kurang 5 Minggu

Kejayaan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang meraih kedudukan podium dalam beberapa siri kejohanan belakangan ini membuahkan hasil yang berbaloi. Zii Jia masih segar dengan gelaran juara di Australian Open 2024 setelah tampil penuh bertenaga menewaskan bintang Jepun, Kodai Naraoka di final dengan keputusan 21-19, 11-21, 21-18. Hasil daripada kemenangan epik itu, pemain […]
Australian Open: Lee Zii Jia Raih Gelaran Juara Kedua 2024

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain perseorangan keenam dunia, Kodai Naraoka untuk meraih gelaran juara Australian Open 2024. Ini gelaran juara kedua Zii Jia dalam tahun 2024 selepas bergelar juara Thailand Open 2024 pada bulan lalu. Selepas melepasi cabaran Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir semalam, kini […]
Siaran Langsung Final Australian Open: Lee Zii Jia vs Kodai Naraoka (Live Streaming)

Perlawanan akhir Australian Open 2024 pada Ahad bakal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan turun menentang bintang Jepun, Kodai Naraoka. Terdahulu, empat wakil telah membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Haikal Nazri-Choong Hon Jian (beregu lelaki), Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Tan […]
Australian Open: Lee Zii Jia Singkirkan Lee Chia Hao, Selangkah Raih RM148,678

Aksi separuh akhir Australian Open 2024 menyaksikan wakil perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tampil cemerlang menewaskan Lee Chia Hao untuk meraih tiket ke perlawanan akhir. Setelah bangkit menewaskan pemain ke-11 dunia, Kenta Nishimoto semalam, Zii Jia turun dengan misi menempah tempat di final buat kali ketiga musim ini dan impian itu akan tercapai sekiranya […]
Info Siaran Langsung Australian Open: Lee Zii Jia vs Lee Chia Hao (Live Streaming)

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa cabaran Jalur Gemilang di pentas separuh akhir Australian Open 2024. Zii Jia membuat penampilan kedua di pentas separuh akhir kejohanan itu selepas menyingkirkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir. Juara Thailand Open 2024 itu bukan satu-satunya wakil Malaysia di peringkat separuh akhir Australian Open 2024. Zii Jia […]
Australian Open: Lee Zii Jia Tundukkan Pemain Ke-11 Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Australian Open 2024 apabila menundukkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir. Selepas berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven di pusingan kedua semalam, bekas juara All England 2021 itu perlu melepasi cabaran pemain perseorangan ke-11 dunia itu. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan […]
Info Siaran Langsung Suku Akhir Australian Open: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Pusingan suku akhir Australian Open 2024 menyaksikan seramai tujuh wakil Malaysia bakal turun ke gelanggang dalam misi merebut tempat ke peringkat separuh akhir. Prestasi yang boleh dikatakan cukup memuaskan buat skuad negara apabila daripada 12 wakil yang beraksi di pusingan 16 terbaik, tujuh wakil negara berjaya meloloskan diri manakala lima yang lain terkandas kepada lawan […]
Australian Open: Lee Zii Jia Lepasi Halangan Rakan Senegara

Lee Zii Jia meneruskan persembahan cemerlangnya di Australian Open 2024 apabila menumbangkan seorang lagi pemain dari Malaysia, Soong Joo Ven pada aksi pusingan 16 terbaik. Pada pusingan pertama semalam, Zii Jia dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil India, S. Sankar Subramaniam yang merupakan pemenang pingat perak World Junior Championship 2022 dalam aksi tiga set. Berdepan […]
Australian Open: Lee Zii Jia Atasi Cabaran Sengit S. Sankar Subramanian

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Australian Open 2024 hari ini. Zii Jia yang juga pilihan ketiga kejohanan mara selepas menyingkirkan wakil India, S. Sankar Subramanian dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung hari ini. Selepas terkandas di peringkat suku akhir Indonesia Open 2024, Zii Jia berharap dapat […]