Ranking Terkini Lee Zii Jia Menjelang World Tour Finals

Kedudukan terkini Lee Zii Jia menjelang World Tour Finals menyaksikan beliau mampu memperbaiki kedudukan 10 pemain terbaik dunia. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 berjaya layak ke saingan World Tour Finals (WTF) 2024 meskipun tersingkir pada pusingan pertama China Masters 2024. Ini selepas bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen menyingkirkan pencabar terdekatnya, Koki Watanabde […]
Lee Zii Jia Wakil Ke-5 Malaysia Ke Jelajah Dunia Akhir BWF

Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia menempah tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF bagi musim 2024. Lee Zii Jia hadir ke Shenzhen minggu ini untuk menghadapi saingan China Masters dalam usaha mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir yang bakal berlangsung Disember ini. Walau bagaimanapun, perjalanan wakil negara ini terhenti di pusingan pertama setelah tumbang kepada […]
China Masters: Lee Zii Jia Kecundang Di Tangan Lakshya Sen

Perjalanan Lee Zii Jia di China Masters terhenti setelah tewas di tangan jaguh India, Lakhsya Sen seawal pusingan pertama pada Rabu. Pertembungan ini menjadi tumpuan ramai apabila diibaratkan seperti aksi ulangan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 yang mana Zii Jia muncul sebagai pemenang. Walau bagaimanapun rekod pertemuan lalu menyaksikan Sen yang menduduki ranking […]
Japan Masters: Jonatan Christie Tamatkan Perjalanan Lee Zii Jia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terlepas tiket ke separuh akhir Kumamoto Masters setelah disingkirkan wakil Indonesia, Jonatan Christie. Setelah cemerlang menumpaskan Su Li Yang pada Khamis, Zii Jia turun berdepan Jonatan Christie dari Indonesia untuk aksi penentuan wakil yang bakal mara ke separuh akhir. Berdasarkan rekod lampau, ini merupakan pertemuan ke-11 […]
Japan Masters: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Pemain Ke-34 Dunia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bekerja keras sebelum mara ke peringkat suku akhir Japan Masters 2024. Ini selepas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu menewaskan pemain Chinese Taipei, Su Li Yang dalam aksi pusingan kedua kejohanan itu. Selepas mengatasi cabaran rakan senegara, Justin Hoh di pusingan pertama, Zii Jia semakin bersemangat untuk […]
Lee Zii Jia Tidak Sertai Korea Masters

Tiada kelibat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk saingan Korea Masters 2024. Ini selepas hanya 10 wakil Malaysia yang sah beraksi di kejohanan yang diadakan di Gimnasium Iksan, Iksan City itu. Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengetuai cabaran beregu lelaki negara. Sementara Justin Hoh dan Kok Jing Hong […]
Lee Zii Jia Terlepas ‘Habuan’ RM1 Juta

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terlepas ganjaran besar bernilai RM1 juta. Zii Jia tampil cemerlang di temasya Sukan Olimpik Paris lalu dengan menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara untuk mengikuti jejak Datuk Rashid Sidek serta Datuk Lee Chong Wei. Pada aksi penentuan gangsa tersebut, Zii Jia turun berdepan jaguh dari India, […]
3 Wakil Malaysia Kumpul RM1.5 Juta

Tiga wakil Malaysia dalam sukan badminton iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah telah mengumpul hadiah wang hampir RM1.5 juta. Selepas mengharungi 15 kejohanan antarabangsa, Zii Jia telah meraih hadiah wang lebih AS$112,000 (RM487,000). Ini termasuk kejayaannya bergelar juara Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024. Selain itu, Zii Jia […]
Lee Zii Jia Cedera, Hairul Azreen Tolong Jawabkan

Selebriti terkenal, Hairul Azreen mendedahkan status terkini kecederaan yang dihadapi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki semasa aksi suku akhir Arctic Open 2024. Kecederaan tersebut mengakibatkan Zii Jia tewas kepada Jepun, Koki Watanabe dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-12. Meskipun […]
Lee Zii Jia & Liek Hou Terima Wang Ganjaran RM1.1 Juta

Dua jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dan Cheah Liek Hou menerima wang ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM1.1 juta. Liek Hou menerima ganjaran RM1 juta atas kejayaannya mempertahankan pingat emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 di pentas Paralimpik 2024. Anak jati Kuala Lumpur itu mengatasi cabaran musuh ketat dari Indonesia, Suryo […]
Habuan Setengah Juta Milik Lee Zii Jia

Kejayaan meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 menyaksikan Lee Zii Jia menerima habuan setengah juta ringgit. Zii Jia mengikut jejak Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemenang pingat Olimpik ketiga Malaysia. Ini selepas beliau mengalahkan jaguh perseorangan lelaki dari India, Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa. […]
Dua Rekod Hebat Lee Zii Jia Sukar Digugat

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus memukau peminat badminton meskipun tersingkir di peringkat suku akhir Arctic Open 2024. Ini selepas dua pukulan kuat yang dihasilkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu berada dalam carta 10 pukulan smash terpantas Arctic Open 2024. Carta yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) itu menyaksikan Zii Jia […]
3 Pemain Handalan Dunia Pintas Kedudukan Lee Zii Jia

Kedudukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia telah dipintas oleh tiga pemain handalan dunia dari Asia. Zii Jia mempamer aksi memukau sebelum ini apabila meraih 2 gelaran juara di Thailand Open dan Australian Open selain membawa pulang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris. Kejayaan tersebut melonjakkan kedudukan Zii Jia secara berperingkat sebelum […]
Lee Zii Jia Tarik Diri Sertai Denmark Open

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan hasrat menyertai saingan Denmark Open. Keputusan itu dikongsikan pasukan pengurusan Zii Jia, Team LZJ dalam satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Pemain nombor lima dunia itu terpaksa menarik diri susulan kecederaan buku lali yang dialaminya dalam aksi suku akhir Arctic Open 2024 baru-baru ini. […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Tewas Kepada Koki Watanabe Buat Kali Ketiga

Misi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open terpaksa dilupakan setelah tunduk di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe. Setelah cemerlang menyingkirkan Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis, Zii Jia turun berdepan seorang lagi wakil Jepun di suku akhir dalam usaha untuk melangkah lebih jauh lagi. Walaupun dari segi ranking […]
Siaran Langsung Arctic Open: Lee Zii Jia vs Koki Watanabe (Live Streaming)

Aksi suku akhir Arctic Open 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan pemain nombor 14 dunia, Koki Watanabe. Selepas berjaya melepasi cabaran Yushi Tanaka di pusingan kedua kejohanan, Zii Jia dilihat berada pada landasan tepat untuk mempertahankan gelaran juara Arctic Open yang dimenangi pada 2023. Meskipun begitu, Watanabe dijangka menjadi halangan […]