Warga ASEAN Sambut Baik ‘Jambang Perang’ Lee Tuck

Kehadiran dua pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF kali ini mendapat sambutan baik daripada warga ASEAN. Dua pemain tersebut ialah Lee Tuck dan Sergio Aguero merupakan pemain yang baharu sahaja mendapat kerakyatan warganegara Malaysia pada tahun ini. Dalam dua perlawanan persahabatan tempoh hari, kedua pemain ini mempamerkan aksi yang memukau. Lee Tuck […]
“Umur Hanyalah Angka” – Lee Tuck

Pemain naturalisasi terbaru kebangsaan, Lee Tuck menjelaskan bahawa umur bukan penghalang selepas beliau menunjukkan prestasi yang terbaik buat pasukan ketika dua aksi persahabatan bertemu Kemboja dan Maldives. Pemain berusia 34 tahun itu akui kemampuannya seperti pemain muda yang lain, akan tetapi beliau tetap perlu bekerja keras mengekalkan stamina untuk beraksi dengan lebih cemerlang. Beliau merupakan […]
Lee Tuck Merendah Diri, Anggap Rakan Sepasukan Punca Kejayaan

Semalam Malaysia mencatat kemenangan 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan pemanas badan kedua mereka. Gol-gol Harimau Malaya disumbangkan oleh Darren Lok, Faisal Halim dan Lee Tuck. Walaupun telah meledak dua gol dalam dua perlawanan persahabatan, penyerang Sri Pahang itu menyifatkan itu takkan berlaku tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan Harimau Malaya. Tuck membuat penampilan pertama dalam pasukan […]
Christophe Gamel Harap Lee Tuck Perkuat Mental Beraksi Atas Nama Harimau Malaya

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berharap agar pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dapat mempersiapkan diri untuk terus berjuang atas nama Malaysia. Bintang kelahiran England itu merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus mencetuskan impak yang amat besar buat skuad kebangsaan. Beliau setakat ini berjaya meledak dua gol dalam dua […]
Lee Tuck ‘Bayar’ Kerakyatan Dengan Aksi Luar Biasa

Pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Tuck terus menampilkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan Tier 1 antara Malaysia dan Maldives malam semalam. Malaysia mudah menundukkan cabaran pasukan Maldives dengan keputusan 3-0. Masuk pada babak kedua permainan, Lee Tuck membuktikan kemampuan sebenar apabila menjadi nadi kepada gerakan serta serangan Harimau Malaya. Masuk menggantikan Safawi Rasid, Lee Tuck membalas […]
Lee Tuck Ikut Jejak Sumareh

Pemain naturalisasi baharu Malaysia, Lee Tuck tidak perlu menunggu lama untuk memperkenalkan dirinya kepada para penyokong Harimau Malaya apabila berjaya meledak satu gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu. Dalam perlawanan tersebut, Lee Tuck berjaya mengemudi bahagian tengah dengan dua pemain lagi iaitu Stuart Wilkins dan David Rowley. […]
Lee Tuck Ledak Gol Debut Bersama Harimau Malaya

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck memberikan tanda kemunculan paling bermakna apabila meledak gol debut bersama Malaysia. Beliau yang pertama kali diturunkan bersama skuad kebangsaan memainkan peranan yang cukup penting dalam kesebelasan utama pasukan. Pemain berusia 35 tahun ini cemerlang membentuk gandingan bersama Darren Lok dan juga Faisal Halim apabila membuatkan pertahanan pasukan kendalian Keisuke […]
“Saya Dah Nampak Mereka Boleh Bermain” – Dollah Salleh

Kesebelasan utama Sri Pahang dalam aksi timbal balik pusingan kedua Piala Malaysia, hampir pasti akan menyaksikan tersenarainya nama Lee Tuck dan Sergio Aguero. Ini berikutan Dollah Salleh cukup berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan dua pemain itu ketika masuk sebagai pemain gantian ketika dibelasah Terengganu dengan jaringan 1-5 pada Khamis lalu. “Ada sebab kenapa saya […]
Lee Tuck Mahu Pacu Sri Pahang Gegar Piala Malaysia

Perlu diakui tidak ramai memperkatakan tentang potensi Sri Pahang untuk mencipta kejutan dalam Piala Malaysia edisi kali ini, tatkala tumpuan seperti biasa terarah kepada JDT, Terengganu, Sabah, Kedah mahupun Selangor. Namun dalam diam, skuad tok gajah kendalian Dato’ Dollah Salleh nampaknya sudah sedia untuk mengegar. Sri Pahang akan menentang Terengganu di pusingan kedua pada 27 […]
MFL Luluskan Lee Tuck & Sergio Aguero Sebagai Pemain Tempatan

Persoalan mengenai status dan juga masa depan dua orang pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dan Sergio Aguero akhirnya terjawab. Berdasarkan satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) telah pun mengumumkan bahawa rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan dua pemain naturalisasi sebagai pemain tempatan telah pun secara rasminya diluluskan. Bukan itu sahaja, ini juga secara tidak […]
Isu Naturalisasi Lee Tuck Dipersoal Ahli Parlimen Klang

Baru-baru ini pemain tengah Sri Pahang, Lee Tuck telah diberikan kerakyatan Malaysia melalui proses naturalisasi. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil mempersoal isu naturalisasi pemain tersebut. Beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk meminta penjelasan tentang proses yang dilalui Lee Tuck untuk menerima kewarganegaraan. Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu […]
Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King’s Cup?

Kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Lee Tuck mampu untuk menjadi tonik tambahan buat pasukan kebangsaan namun pemilihannya masih lagi jadi tanda tanya. Berita mengenai proses naturalisasi pemain kelahiran England ini telah pun disahkan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya baru-baru ini. Pemain berusia 34 tahun ini difahamkan sudah pun cukup tempoh lima tahu di […]
Penyokong Harimau Malaya Risau Dengan Naturalisasi Lee Tuck

Pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck akhirnya berjaya mendapat kerakyatan Malaysia selepas melalui satu proses naturalisasi yang agak panjang. Proses tersebut juga menidakkan Lee Tuck untuk tampil dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Lee Tuck sangat disayangi oleh penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan selepas pemain berusia 34 tahun sentiasa memberikan segalanya di atas padang. […]
Lee Tuck Sah Jadi Pemain Malaysia

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Lee Tuck secara rasminya kini bergelar selaku warganegara Malaysia. Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu merupakan warganegara England namun sudah beberapa tahun beraksi di Liga Malaysia. Bekas bintang Terengganu FC ini membuat pengumuman secara rasmi berkenaan status kewarganegaraan yang baru sahaja diterimanya hari ini. Menerusi satu kenyataan di […]
Stuart Ramalingam Jawab Status Terkini Lee Tuck & Aguero

Ketua Pengarah Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa status naturalisasi dua pemain iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero masih dalam proses. Stuart menjelaskan bahawa proses yang sedang dijalankan antara MFL dan Sri Pahang sedang berjalan dengan lancar. “Tentang rayuan Sri Pahang, kita masih dalam proses antara MFL […]
Lee Tuck : 3 Pemain Naturalisasi Bangkitkan Lagi Semangat Saya Sarung Jersi Keramat Pasukan Malaysia

Bekas pemain Terengganu FC, Lee Tuck setia menunggu prosedur rasmi untuk urusan menaturalisasi dirinya bagi menyarung jersi Harimau Malaya. Pemain yang dipinjamkan ke Terengganu ini yakin bahawa jika beliau dipilih untuk bersama skuad kebangsaan selepas dinaturalisasi, Tuck akan menunjukkan prestasi yang cemerlang buat pasukan keramat itu kerana dengan kesungguhan yang beliau tampilkan sebelum ini telah […]