Lee Tae-min Kembali Perkasa Perak

Perak FC menerima khabar gembira apabila pemain sayap Korea Selatan, Lee Tae-min sudah kembali cergas. Terdahulu, pemain sayap berusia 21 tahun itu terpaksa berehat selama beberapa bulan pada akhir Julai lalu akibat kecederaan buku lali. Kecederaan ini mengakibatkan Tae-min terlepas beberapa aksi Liga Super. Ini termasuk dua kemenangan yang diraih The Bos Gaurus ke atas […]
Perak Terpaksa Sisihkan Lee Tae-min

Selepas kehilangan khidmat Luciano Guaycochea, Perak FC terpaksa melupakan khidmat seorang lagi pemain import menjelang aksi menentang Kuching City FC. Guaycochea terpaksa melupakan aksi menentang The Cats selepas dibuang padang dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 26 Julai lalu. Ini mengakibatkan pemain tengah berusia 32 tahun itu perlu menjalani penggantungan – […]
“Kita Ayam Itik Je Dengan Dia” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah akui komunikasi merupakan satu masalah yang dihadapi pemain sayap, Lee Tae-min dan diumpamakan seperti komunikasi ‘ayam dan itik’. Pemain muda dari Korea Selatan itu dikatakan tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik dan kebanyakan komunikasi di antara beliau dan kesemua rakan sepasukan adalah melalui bahasa tubuh. Yusri walau bagaimanapun bersyukur […]
Bintang Liga Korea, Lee Tae-min Jadi Rekrut Terbaru Perak

Bintang muda Korea Selatan, Lee Tae-min menjadi pemain terbaru yang menyertai Perak FC. Pengumuman perpindahan ini dibuat pengurusan Perak menerusi satu hantaran video di platform media sosial mereka semalam. Sebelum ini, perpindahan Tae-min ke skuad The Bos Gaurus turut diumumkan oleh kelab lamanya, Busan IPark menerusi satu hantaran di media sosial mereka. “Perak FC hari […]
Kelab Korea Umum Perpindahan Mengejut Bintang Pasukan Ke Perak

Kelab Liga K2 Korea Selatan, Busan I-Park baru-baru ini telah mengumumkan perpindahan bintang pasukan, Lee Tae-min yang mengambil keputusan menyertai pasukan Liga Super, Perak FC. Pemain sayap muda berusia 20 tahun itu walau bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi sebagai pemain Perak yang baru. “Lee Tae-min bakal ke Malaysia dan menyertai Perak FC dalam masa terdekat,” […]