Kelayakan Piala Asia B-17: UAE & Lubnan ‘Tunggu’ Malaysia

Dua negara Timur Tengah iaitu Lubnan dan UAE bakal menjadi lawan skuad Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 pada Oktober nanti. Majlis undian yang dijalankan pada Khamis menyaksikan skuad muda negara yang dibimbing oleh Javier Jorda Ribera diletakkan di dalam kumpulan H bersama-sama Lubnan dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE). Selain itu, Laos turut […]

Kelab Laos Mengamuk, Catat Kemenangan 28-0

Peminat bola sepak ASEAN terkejut apabila mendengar berita sebuah kelab Laos merekodkan kemenangan 28-0 semalam. Kemenangan itu direkodkan oleh kelab bola sepak wanita Ezra FC ke atas Vientiane FC dalam aksi kedua Lao Women’s League semalam. Souphavanh Phaivanh menjaringkan 15 gol dalam perlawanan itu. Kesemua golnya dijaringkan pada minit kelima, keenam,12, 16, 17, 20, 34, […]

Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Benam Cabaran Laos

Skuad sepak takraw Malaysia tidak berdepan masalah mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 selepas mengatasi Laos 2-0 di pentas separuh akhir. Dengan skuad negara mengelak bertemu Thailand selepas bergelar juara Kumpulan B, ini mengurangkan tekanan buat mereka bila berdepan Laos. Justeru, Noraizat Nordin, Adam Farhan dan Haziq Hairul Nizam menjadi taruhan skuad […]

AFF U23: “Kami Hilang Fokus” – Gugliermo Arena

Jurulatih skuad B-23 Laos, Gugliermo Arena mengakui anak-anak buahnya hilang tumpuan untuk seketika semasa mereka tewas 4-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan C menentang Vietnam semalam. Million Elephants terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol sendiri Phetdavanth Somsanid pada minit ke-24. Bagaimanapun, Golden Star Warriors berjaya diikat 1-1 menerusi gol Thippachan Khambai One pada minit ke-52. Vietnam pada […]

AFF U23: Jurulatih Vietnam Lega Lepasi Perlawanan Pertama

Jurulatih skuad B-23 Vietnam, Hoang Anh Tuan merasa senang hati kerana anak-anak buahnya berjaya mengalahkan Laos 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala AFF B-23 2023 hari ini. Untuk makluman, majoriti pemain yang beraksi dalam edisi kali ini terdiri daripada skuad B-20 Vietnam. Portal Vietnam, Dantri mendedahkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memutuskan untuk membentuk […]

AFF U23: Vietnam Tewaskan Laos

Aksi Kumpulan C kempen Piala AFF 2023 melibatkan pertembungan antara pasukan Laos dan Vietnam. Babak pertama perlawanan memihak kepada skuad Vietnam apabila anak buah kendalian Hoang Anh Tuan mendahului perlawanan. Jaringan pertama perlawanan terhasil menerusi Hoang Minh Khoa pada minit ke-16 permainan selepas beliau memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan. Rembatan susulan Ming Khoa gagal diselamatkan […]

AFF U23: Aksi Tangan Bocor Penjaga Gol Filipina Curi Perhatian Ramai

Disebalik keputusan seri 2-2 antara Filipina dan Laos, jaringan gol kedua pemain Laos hasil kesilapan mudah penjaga gol Filipina telah mencuri perhatian ramai. Enrico Mangaoang selaku penjaga gol Filipina gagal menangkap kemas percubaan leret dari belah kanan pemain Laos, Souphan Khambai On pada minit akhir perlawanan. Kesilapan mudah Mangaoang menyaksikan Laos berjaya menyamakan kedudukan pada […]

AFF U23: Lambat Panas Punca Filipina Gagal Raih Kemenangan

Kapten Filipina, Yrick Gallantes mengakui pasukannya lambat panas menyebabkan mereka gagal meraih kemenangan dalam aksi bertemu Laos bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan C. “Kami bermula dengan tidak baik namun kami cuba untuk perbaiki permainan kami kemudiannya.” ujar Gallantes kepada pihak media setelah tamat perlawanan. Filipina yang berjaya menjaringkan gol pembukaan bagaimanapun gagal meraih 3 mata […]

AFF U23: Kapten Laos Akui Kesilapan Benarkan Filipina Bangkit

Kapten skuad B-23 Laos, Khamsa Phimmasone mengakui kesilapan yang berlaku pada minit akhir perlawanan membolehkan Filipina meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C Piala AFF B-23. Filipina menyangka sudah mendahului 2-1 menerusi Dennis Chung pada minit ke-93. Namun begitu, pada akhirnya, Souphan Kambai On membantu mereka meraih satu mata pada minit ke-95. “Kesilapan […]

AFF U23: Filipina Diikat Laos

Skuad B-23 Laos diikat Filipina 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C, Piala AFF B-23 (AFF U23) di Stadium Wilayah Rayong, Rayong hari ini. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah pada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada 2019. Perlawanan tersebut menyaksikan Young Azkals tewas tipis 3-2 kepada Million Elephants. Justeru, tidak hairanlah anak-anak buah Christopher […]

Piala Asia B-17: Skuad Muda Malaysia Tundukkan Laos

Skuad B-17 Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan B-17 Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Asia B-17 hari ini. Kemenangan ini sedikit sebanyak menebus maruah anak-anak buah Osmera Omaro selepas gagal layak ke suku akhir kejohanan berkenaan. Separuh masa pertama menyaksikan Anak Harimau cuba mendominasi pihak lawan. Tetapi kesilapan pertahanan negara memudahkan […]

Sukan SEA: Thailand Mudah Belasah Laos

Thailand muncul pasukan pertama yang layak ke separuh akhir dari Kumpulan B selepas membelasah Laos 4-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh hari ini. Keputusan ini sudah pasti akan memberi tekanan kepada Malaysia yang perlu menang ke atas Vietnam malam ini bagi menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Mengetahui kemenangan ke atas anak-anak buah Michael Weiss […]

Sukan SEA: Malaysia Tapau Laos

Aksi pertama skuad B-22 tahun kebangsaan di pentas Sukan SEA 2023 mula dengan langkah kanan apabila Malaysia cemerlang mencatat kemenangan bergaya keatas Laos. Turun dengan kesebelasan terbaik pasukan, Malaysia meletakkan gandingan Haqimi Azim, Daryl Sham dan Aliff Izwan di bahagian serangan sementara Sikh Izhan Nazrel mengemudi benteng terakhir pasukan. Seawal minit pertama permainan, Malaysia hadir […]

Piala AFF: Maung Lwin Wira Myanmar Ikat Laos

Maung Maung Lwin menjadi wira Myanmar apabila golnya pada minit ke-96 berjaya mengikat Laos pada aksi keempat Kumpulan B Piala AFF 2022. Sebaik sepak mula, Myanmar melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas pasukan pelawat. Tetapi pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-12 menerusi Sukaphon Vongchiekam. Vongchiekam mudah menolak masuk hantaran Phoutthavong Sangvilay menewaskan penjaga […]

Piala AFF: Singapura Kerja Keras Kalahkan Laos

Singapura berjaya mengelak daripada dimalukan Laos apabila membenam pasukan tuan rumah 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional New Laos hari ini. Sebaik sepak mula, Singa Kallang mula mengintai peluang membolosi gawang Laos yang dikawal Keo Oudone Souvannasangso. Tetapi Laos paling hampir memecah kebuntuan pada minit ke-11 menerusi sepakan dari […]

“Penyokong Malaysia Mengagumkan, Memori Indah Buat Saya” – Michael Weiß

Ketua jurulatih Laos, Hans Michael Weiß kagum dengan cara penyokong Malaysia memenuhi stadium dan menyokong pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau mengakui ianya serba sedikit memberi kesan kepada dirinya dan para pemain dan ia disifatkan sebagai menakjubkan dan memori indah buatnya sebagai seorang jurulatih. “Tahniah Malaysia, saya rasa kami ada membuat beberapa peluang pada separuh masa pertama […]