Barcelona Terima Tawaran RM1.2 Bilion Buat Lamine Yamal

Presiden kelab Barcelona, Joan Laporta mendedahkan pasukan itu menerima bidaan sebanyak €250 juta (RM1.2 bilion) untuk permata muda mereka, Lamine Yamal. Portal Sports Mole mendedahkan tawaran lumayan itu dibuat Paris Saint-Germain selepas kehilangan kapten Perancis, Kylian Mbappe pada akhir musim 2023/24. Mbappe memilih meninggalkan Les Parisiens untuk menyertai Real Madrid secara percuma. Yamal menjadi pilihan […]
Nilai Pemain 17 Tahun Barcelona Cecah RM562 Juta

Meskipun baru berusia 17 tahun, penyerang Barcelona, Lamine Yamal sudah memiliki nilai pasaran berjumlah €120 juta (RM562 juta). Perkara ini terjadi disebabkan persembahan cemerlang Yamal bersama Sepanyol semasa kempen EURO 2024 baru-baru ini. Penyerang muda Barca itu menjadi tonggak utama pasukan yang dibimbing Luis de la Fuente untuk menewaskan England di pentas final. Impaknya turut […]
Lamine Yamal Hampiri Rekod Cristiano Ronaldo

Pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal semakin hampir mengejar rekod yang dilakukan oleh bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Yamal bersama Sepanyol masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Euro keempat dalam sejarah pada awal pagi Isnin setelah menewaskan England dalam aksi final yang berlangsung di Berlin. Pada perlawanan akhir itu, Yamal melakukan satu bantuan jaringan buat […]
Euro 2024: Perancis Tersungkur, Sepanyol Mara Ke Final

Perlawanan separuh akhir saingan Euro 2024 pagi ini menyaksikan Sepanyol berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menyingkir bekas juara Dunia, Perancis. Seawal lapan minit permainan, penyerang Perancis, Randal Kolo Mauni menjaringkan gol pembukaan pasukan selepas mudah menanduk hantaran daripada Kylian Mbappe. Pada minit ke-21 permainan, pemain berusia 16 tahun, Yamine Yamal menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras […]
Akta Pekerja Jerman Risikokan Aksi Lamine Yamal

Khidmat bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal berkemungkinan tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan oleh akta yang digunapakai di negara Jerman Lamine Yamal merupakan tonggak utama skuad La Roja dan telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam dua aksi pertama di Euro 2024 menentang Croatia dan Itali minggu lalu. Meskipun baru berusia 16 tahun, namun aksi lincah pemain […]
Dua Sejarah Baru Tercipta Di UCL

Sejarah baru terlakar dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang berlangsung awal pagi tadi. Ini kerana Lamine Yamal dan Pepe masing-masing mencipta rekod sebagai pemain paling muda dan tertua yang membuat penampilan dalam pusingan 16 pasukan terbaik UCL. Permata terbaru Barcelona, Yamal mencipta sejarah sebagai pemain termuda beraksi dalam pusingan […]
Lamine Yamal Pecahkan 2 Rekod Sepanyol

Pemain sayap muda Barcelona, Lamine Yamal telah memecahkan 2 rekod kebangsaan Sepanyol dalam perlawanan menentang Georgia. Lamine Yamal bukan sahaja muncul pemain termuda mewakili skuad kebangsaan Sepanyol malah turut muncul sebagai penjaring termuda untuk pasukan Sepanyol pada umur 16 tahun 57 hari menurut Sport Bible. Ini sekaligus memadamkan rekod Gavi yang telah menyarung jersi La […]