AFC Asian Cup: Thailand Banggakan Asean, Malukan Kyrgyzstan

AFC Asian Cup: Aksi pertama Kumpulan F antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Thailand. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata penting bagi aksi pembukaan di Qatar. Skuad Gajah Perang bermula garang apabila satu serangan balas pantas berjaya direncanakan namun tolakan pantas Supachok Sarachat dibatalkan kerana ofsaid. Perlawanan […]
AFC Asian Cup: Madame Pang Umum Ganjaran Cecah RM1 Juta Kepada Pemain Thailand Bersyarat

Presiden Bola Sepak Thailand, Madame Pang mengumumkan bahawa pasukan Thailand bakal diberikan habuan lumayan jika menepati syarat yang ditetapkan. Menurut laporan daripada wartawan daripada Thailand, Ta Lao, skuad Gajah Perang akan diberi RM132 ribu bagi setiap jumlah mata yang diperoleh bagi setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan. Contohnya, jika Thailand berjaya memperoleh tiga kemenangan iaitu 9 […]
Siaran Langsung AFC Asian Cup: Thailand vs Kyrgyzstan (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Aksi AFC Asian Cup 2023 antara pasukan Thailand dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan ramai tatkala perlawanan pembukaan itu menentukan nasib pasukan Asia Tenggara di Qatar pada edisi kali ini. Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic telah mencabar pasukannya untuk mencipta rekod dalam Piala Asia AFC Qatar 2023, bermula dengan pertembungan Kumpulan F menentang Thailand di […]
Kyrgyzstan Tundukkan Vietnam

Kyrgyzstan berjaya menundukkan Vietnam 2-1 dalam aksi persahabatan tertutup. Penyerang Joel Kojo membuka tirai jaringan pada minit ke-31 permainan untuk meletakkan Kyrgyzstan dihadapan. Vietnam perlu menunggu hingga minit ke-63 untuk menyamakan kedudukan. Namun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila pemain pertahanan, Ayzar Akmatov menjaringkan gol kedua pada minit ke-74. Tamat perlawanan, Kyrgyzstan berjaya menewaskan Vietnam […]
Indonesia & Kyrgyzstan Pertaruh Bakat Muda Di Piala Asia

Indonesia dan Kyrgyzstan bakal mempertaruhkan bakat muda di Piala Asia apabila menyenaraikan 3 pemain berusia bawah 20 tahun. Indonesia membawa 3 pemain muda berusia 19 tahun manakala Kyrgyzstan pula membawa seorang pemain berusia 18 tahun dan 2 pemain berusia 19 tahun. Hokky Caraka, Marselino Ferdinan dan Ivar Jenner antara pemain muda yang berjaya menambat hati […]
Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan. Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi […]
Bekas Pemain Besiktas Dikaitkan Ke Kelab Liga Malaysia

Kapten B23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov dikhabarkan akan beraksi di kelab Malaysia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Menurut laporan daripada wartawan Fadhirul Shuhaimi, ada dua pasukan kelab Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu. Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama bersama kelab Neftchi pada 2021, beliau telah beraksi 61 penampilan […]
UAE Bedil Kyrgyzstan

Emeriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mencatatkan kemenangan berharga selepas menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1. Perlawanan yang menjadi aksi pemanas badan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan penting. Aksi yang berlangsung di Stadium Mohammed bin Ziyad menyaksikan anak didik Stefan Tarkovic dibarisi oleh nama-nama seperti Joel Kojo, Kai Merk […]
Kyrgyzstan Atur 4 Aksi Penting, Elak Kalah Lagi

Selepas tewas 4-1 kepada Uzbekistan semalam, Kyrgyzstan perlu mengelak tewas lagi dalam tiga lagi aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023. The White Falcons sebelum ini sudah mengatur empat aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2023. Empat lawan tersebut ialah Uzbekistan (25 Disember), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (30 Disember), Iraq (5 Januari 2024) dan Vietnam […]
Uzbekistan Tunjuk Taring Belasah Kyrgyzstan

Persediaan Kyrgyzstan untuk Piala Asia 2023 bermula dengan langkah kiri apabila mereka dibelasah 4-1 oleh kuasa bola sepak rantau Asia Tengah, Uzbekistan dalam aksi persahabatan semalam. Aksi persahabatan secara tertutup ini turut menjadikan kedua-dua pasukan sebagai pasukan pertama mengadakan aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula. Dari segi ranking FIFA, Uzbekistan menjanjikan ujian getir […]
Kyrgyzstan Mahu Rombak Skuad, Elak Kekecewaan Lawan Malaysia Berulang

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat percaturan penting sebelum melangkah ke Piala Asia yang bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang. Anak buah Stefan Tarkovic melalui detik yang kurang memberangsangkan pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas mengejut kepada Malaysia. Pasukan ke-102 dunia itu bagaimanapun mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Oman dengan keputusan 1-0. Melihat kepada prestasi semasa […]
Lawan Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia Bakal Bertemu Vietnam

Vietnam mula mengatur persiapan untuk saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Portal TheThao247 mendedahkan lawan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia, Kyrgyzstan sebagai pasukan yang bakal menguji anak-anak buah Philippe Troussier itu pada 9 Januari ini. Ini merupakan perlawanan pemanas badan kedua yang bakal dilalui The White Falcons sebelum ke Piala Asia. […]
Štefan Tarkovič Beri Peringatan Awal Kepada Malaysia Tentang Oman

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič memberi peringatan awal kepada Malaysia tentang keupayaan sebenar lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026 iaitu Oman. Jurulatih kelahiran Croatia itu terpaksa akur selepas tumpas di tangan Malaysia dengan keputusan 4-3 hasil jaringan saat akhir Faisal Halim pada masa kecederaan. Beliau juga mengakui Malaysia mempamerkan kebangkitan terbaik untuk meraih […]
Kyrgyzstan Mahu Tampil Lebih Gagah, Atur 3 Aksi Di UAE & Qatar

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan kini sedang melakukan persiapan rapi apabila sudah pun mengatur tiga aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar bulan ini. Pasukan ke-98 dunia itu menerima tamparan hebat selepas dikecewakan oleh Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026. Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic berjaya bangkit untuk mengejutkan […]
“Siapa Penjaga Gol Malaysia Ni? Mental Harimau Malaya Luar Biasa”

Sebilangan penyokong Indonesia menzahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang dipamerkan oleh Malaysia ketika menewaskan Kyrgyzstan di laman sendiri tempoh hari. Aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu meraih perhatian seluruh rantau Asia Tenggara tatkala beberapa negara lain mengharungi detik yang agak mencabar. Sebilangan warga Indonesia terutamanya pempengaruh yang memuat naik video reaksi ketika menonton ulang […]
Kyrgyzstan Buatkan Ranking Oman Jatuh Merudum

Biarpun tewas kepada Malaysia, Kyrgyzstan boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengutip tiga mata penuh ketika menewaskan Oman 1-0 dalam aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Spartak semalam. Dengan kemenangan itu, Kyrgyzstan berjaya mengekalkan kedudukan ranking mereka di tangga ke-97 dunia manakala berbeza buat Oman yang terpaksa akur jatuh tiga anak tangga […]