Jordan Dijerat Pasukan Ke-135 Dunia Kali Kedua

Jordan menerima keputusan mengejutkan apabila diikat pasukan ke-135 dunia dengan keputusan 1-1. Finalis Piala Asia 2023 itu turun dengan momentuk terbaik dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan pada peringkat kumpulan. Nama-nama seperti Mousa Al-Taamari, Yazan Al-Naimat, Nizar Al-Rashdan dan juga Yazan Al-Arab berada dalam kesebelasan utama menentang satu lagi negara Timur […]

Maruah Iraq Dirobek Pasukan Ke-136 Dunia

Maruah jaguh Asia, Iraq telah dicalarkan oleh pasukan ke-136 dunia. Aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan satu lagi kejutan berlaku pada perlawanan kedua. Iraq dipaksa bekerja keras namun tidak mampu untuk melakar kemenangan berdepan Kuwait. Perlawanan pada babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan balas pantas. Jentera serangan yang diketuai […]

“Palestin Ada Kelebihan Bermain Di Malaysia” – Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh berpendapat Palestin memiliki kelebihan menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan antara Jordan dan Palestin bakal dilangsungkan di Stadium Cheras pada 10 malam esok. Pemain Jordan tersebut turut mengakui tidak memandang rendah cabaran Palestin yang memiliki kekuatan tersendiri hingga berjaya layak ke peringkat ini. “Ini perlawanan penting buat […]

Jordan Diikat Pasukan Ke-136 Dunia

Pasukan kebangsaan Jordan menerima kejutan apabila diikat pasukan ke-136 dunia pada aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Jamal Sellami menurunkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan Yazan al-Naimat, Mousa Al-Taamari dan juga Ali Olwan. Permulaan baik buat naib juara Piala Asia 2023 itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 hasil ledakan Mousa Al-Taamari. […]

Tonggak PDRM, Prince Aggreh Sertai Kelab Kuwait

Bekas pemain import PDRM FC, Prince Aggreh sah menyertai kelab Kuwait, Khaitan SC. Sebelum ini, Aggreh tidak lagi bersama The Cops selepas menerima tawaran daripada kelab Timur Tengah berkenaan. Ini mendorong pengurusan PDRM dan pemain sayap berusia 27 tahun itu untuk menamatkan kontrak yang dimeterai secara persetujuan bersama. Keputusan itu menjadikan Aggreh antara bintang import […]

Pertembungan Malaysia & Kuwait Terpaksa Dilupakan

Persiapan Malaysia sedikit terganggu apabila perlawanan persahabatan berdepan Kuwait tidak dapat dilangsungkan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sedang merangka persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan ketiga apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon sudah pastinya mahu bangkit setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman […]

Juan Torres: Kad Merah Beri Kesukaran Kepada Malaysia

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui insiden kad merah Sikh Izhan Nazrel memberi kesukaran kepada skuad negara memburu keputusan positif semalam. Perlawanan terakhir Kumpulan D membabitkan Malaysia dan Kuwait di Stadium Al Janoub menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas Sikh Izhan bertindak keluar dari kotak penalti […]

AFC U-23 Asian Cup: ‘Drama’ Penalti & Kad Merah Buat Malaysia Kecewa Di Tangan Kuwait

Malaysia terpaksa akur menelan kepahitan tewas dalam aksi terakhir peringkat kumpulan AFC U-23 Asian Cup kepada Kuwait. Juan Torres Garrido melakukan beberapa rombakan dengan nama-nama seperti Sikh Izhan, Aiman Yusni dan Daryl Sham antara yang diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan. Malaysia bermula baik dengan beberapa gerakan cantik menerusi gandingan Haqimi Azim dan […]

Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Kuwait vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung penuh debaran melibatkan pertembungan Kuwait dan Malaysia. Ketua jurulatih Kuwait, Emilio Peixe dijangka akan merombak barisannya apabila terdesak untuk bukan sahaja memastikan pemainnya cergas tetapi juga mendedahkan mereka yang mempunyai masa yang agak terhad. “Pertamanya kami perlu memulihkan pemain, kerana ia bukan perkara biasa untuk mereka bermain dalam perlawanan […]

Harith Haiqal: Kami Sedar Tak Cukup Bagus

Kapten Harimau Malaya, Harith Haiqal memohon maaf atas aksi hambar skuad Malaysia bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar. Bek tengah negara itu mengakui beliau dan rakan-rakannya telah memberikan yang terbaik dalam aksi menentang Vietnam tempoh hari. Namun kekalahan anak buah Juan Garrido Torres kepada Vietnam menyaksikan Malaysia tersingkir awal dalam kejohanan […]

Jurulatih Kuwait Buru Kemenangan Ke Atas Malaysia

Jurulatih skuad Kuwait Bawah 23 Tahun (B-23), Emilio Peixe berazam untuk melakar kemenangan ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan D esok. Menjelang aksi ketiga kumpulan, Harimau Muda dan Al-Azraq terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia B-23 2024. Ini selepas Malaysia dan Kuwait masing-masing tewas kepada Uzbekistan dan Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan sebelumnya. […]

“Dia Pemain Malaysia Yang Kita Tunggu-Tunggu Untuk Beraksi”

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyebut seorang watak dalam skuad Malaysia yang dinanti-nantikan kemunculannya di Qatar. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido merekodkan dua kekalahan awal menentang Uzbekistan dan Vietmam sekaligus menyaksikan peluang untuk ke peringkat seterusnya tertutup. Skuad muda negara bagaimanapun masih memiliki peluang terakhir untuk merekodkan sekurang-kurangnya satu mata berdepan Kuwait. Beliau bagaimanapun optimis […]

Malaysia Beraksi Tanpa Luqman Hakim Berdepan Kuwait?

Pemain sayap Malaysia B-23, Luqman Hakim Shamsudin berisiko tidak diturunkan dalam aksi terakhir menentang Kuwait. Aksi di Piala Asia AFC B-23 menyaksikan skuad muda negara melakukan segalanya untuk meraih kemenangan pertama di Qatar namun tunduk di tangan skuad muda Vietnam. Babak pertama separuh masa tidak berjalan seperti yang dirancang apabila pasukan ketinggalan satu gol hasil […]

AFC U-23 Asian Cup: Uzbekistan Jadikan Kuwait Mangsa Belasahan

Uzbekistan tidak berdepan masalah sebagai pasukan pilihan untuk melepasi peringkat kumpulan AFC U-23 Asian Cup apabila mudah membelasah Kuwait pada Sabtu. Uzbekistan yang merupakan naib juara edisi 2022 turun dengan misi meraih tiga mata sekaligus mengiringi Vietnam yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke suku akhir sebagai wakil kumpulan D. Kuwait pula ingin bangkit dari kekalahan […]

Pemain Vietnam Rebah Tiba-Tiba Setelah Dicuit Lawan

Tindakan pemain Vietnam yang secara tiba-tiba menjatuhkan diri menjadi tular dan meraih perhatian para bola sepak Asia. Perlawanan di antara Vietnam dan Kuwait pada awal pagi Khamis lalu menyaksikan beberapa insiden-insiden dan drama seperti layangan dua kad merah dan kesilapan mudah penjaga gol. Namun begitu, satu kejadian yang aneh dilihat terjadi membabitkan pemain Vietnam, Nguyen […]

AFC U-23 Asian Cup: 2 Kad Merah & Penalti Hiasi Kemenangan Vietnam Ke Atas Kuwait

Pertembungan Vietnam dan Kuwait dalam aksi peringkat kumpulan D AFC U-23 Asian Cup menyaksikan kemenangan memihak jaguh Asia Tenggara tersebut dalam perlawanan penuh drama. Naib juara edisi 2018, Vietnam yang dibimbing oleh ketua jurulatih, Hoang Anh Tuan mempertaruhkan barisan terbaik bagi merealisasikan misi meraih mata maksimum pada aksi pembukaan mereka ini. Kedua-dua pasukan mula melancarkan […]