Aura Inter Milan Meresap Ke Kuching City

Aura juara Serie A, Inter Milan kini meresap ke dalam pasukan Borneo, Kuching City. Pasukan kendalian Aidil Sharin mengharungi musim yang cukup mencabar musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga ke-13 dengan hanya dua kemenangan. Pengendali kelahiran Singapura itu bagaimanapun melakukan tindakan drastik menerusi kemasukan beberapa muka baharu yang sinonim dengan saingan Liga Malaysia. Persembahan […]

Pra-Musim: Sabah Seri Berdepan Kuching City

Aksi Piala Sabah Maju Jaya malam ini menyaksikan pertembungan Borneo Derby iaitu Sabah FC menentang Kuching City berakhir dengan keputusan seri. Sabah terus mengekalkan khidmat pemain import, Park Tae Sue bagi mengetuai pasukan sementara Kuching City dipimpin oleh pemain berpengalaman, Danial Amier di jentera tengah pasukan. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk […]

Aidil Sharin Letak Sasaran Masuk Akal Buat Kuching City

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengambil pendekatan lebih realistik buat pasukan kendaliannya dalam menghadapi cabaran getir saingan Liga Super musim 2024/2025. Jurulatih berusia 46 tahun itu berpendapat sasaran berada di dalam kelompok lapan terbaik sudah memadai buat Kuching City agar dapat memperbaiki rekod buruk pada musim lalu. “Sasaran saya adalah untuk lebih baik […]

Pra-Musim: Kuching City Atasi Tentangan Hougang United

Kuching City FC bangkit daripada kekalahan di tangan KL City FC dalam aksi pertama Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) apabila menewaskan kelab Singapura, Hougang United. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas kepada KL City dan Sabah FC, The Cats dan The Cheetah berazam memburu kemenangan. Kuching City menurunkan bekas penyerang KL City, Tchetche Kipre untuk […]

Pra-Musim: KL City Bangkit Kalahkan Kuching City

KL City FC membuka kempen Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) dengan langkah kanan apabila mengalahkan Kuching City FC di Stadium Likas. Kejohanan pra-musim itu dilihat persiapan akhir terbaik buat KL City, Kuching City, Sabah FC dan kelab Singapura, Hougang United sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Singapore Premier League (SPL) musim 2024/25 bermula. […]

Sabah Anjur Piala Sabah Maju Jaya

Kejohanan pra-musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) bakal menjadi persiapan akhir Sabah FC sebelum saingan Liga Super musim 2024/25 bermula. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 29 April hingga 5 Mei ini bakal menampilkan Sabah, Kuching City FC, KL City FC dan wakil Singapura, Hougang United. Menurut pengurus skuad Sabah, Mohd Joh Wid, penganjuran SMJ […]

Kemerduan Suara Jordan Mintah Nyanyi Lagu Raya Curi Perhatian

Pemain import Kuching City FC, Jordan Mintah sememangnya terkenal dengan kelakuan bersahaja bersama rakan-rakan sepasukannya. Terkini, tular satu video yang memaparkan penyerang kelahiran Ghana itu dilihat fasih menyanyikan lagu raya. Video yang berdurasi 7 saat itu turut menampilkan dua lagi pemain Kuching City yang lain iaitu Zharmien Ashraf dan penjaga gol veteran, Wan Azraie. Dalam […]

Danial Amier Tinggalkan JDT

Bekas pemain kebangsaan, Danial Amier Norhisham menjadi pemain terbaru meninggalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Pemain berusia 27 tahun itu memilih berkelana ke negeri Sarawak dengan menyertai Kuching City FC secara pinjaman semusim. Perpindahan itu diumumkan pengurusan The Cats di platform media sosial rasmi mereka hari ini. Danial menjadi pemain terbaru Kuching City selepas […]

Bekas Pemain Muda Fulham Pilih Kuching City

Bekas pemain muda Fulham, Keanu Marsh-Brown dilihat bakal kembali memperkuat jentera serangan Aidil Sharin, Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di platform media sosial Youtube Astro Arena yang turut mengatakan Keanu Marsh-Brown hampir pasti ke Kuching City musim ini. Pemain berusia 31 […]

Jordan Mintah Milik Kuching City

Bekas penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah telah disahkan kekal beraksi di Malaysia selepas menjadi rekrut terbaru Kuching City FC. Perpindahan Mintah ke Kuching City baru sahaja diumumkan sebentar tadi melalui satu video rasmi yang disiarkan di semua platform media sosial kelab dari Sarawak itu. Ini bermakna, Mintah bakal melengkapkan lima tahun karier bola sepak di […]

Bersara Pada Usia 39 Tahun? Ini Jawapan Norazlan Razali

Bekas penjaga gol Selangor FC, Norazlan Razali mengesahkan beliau bersara pada usia 39 tahun. Perkara ini dinyatakan kepada media selepas majlis tandatangan kerjasama antara Derrick Gan dan Johan & Joann yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Norazlan melihat ini masa yang tepat untuknya membuat peralihan sebagai jurulatih selepas menikmati […]

James Okwuosa Kereta Kebal Baharu Kuching City

kuching city-james okwuosa

James Okwuosa sah bergelar pemain baharu Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25. Pemain pertahanan berpengalaman ini bakal menjadi kereta kebal baharu Kuching City setelah bersama PDRM pada musim lalu. Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharil pastinya mendambakan kehadiran pemain ini di bahagian pertahanan pasukan setelah Kuching City merekodkan 51 bolos dalam saingan Liga […]

Tchetche Kipre & Aidil Sharin Kembali Bersatu di Kuching City

Perpindahan penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre menyaksikan beliau kembali bersatu bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin. Perkara ini dikongsikan dilaman media rasmi pasukan Kuching City yang mengumumkan ketibaan pemain import terbaru bagi musim ini.  Kedua-duanya saling mengenali ketika Tchetche Kipre menyertai Kedah pada 2020 dan pada waktu itu Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih Kedah […]

Bintang Liga Super Malaysia Bantu Pasukan Ke-115 Dunia Tewaskan Tunisia

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 menyaksikan satu lagi kejutan apabila Tunisia tewas kepada pasukan ke-115 dunia, Namibia dalam aksi pertama Kumpulan E semalam. Menariknya, kejayaan pasukan yang diberi jolokan The Brave Warriors itu dibantu oleh bintang Liga Super Malaysia, Petrus Shitembi. Shitembi yang beraksi untuk pasukan Kuching City FC diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Tunisia […]

Kelab Iraq Sambar Bintang Liga Super Malaysia

Kualiti pemain yang beraksi di Liga Malaysia (Liga M) terutama Liga Super terus menarik perhatian kelab luar. Salah seorang bintang yang mencuri perhatian ialah pemain tengah menyerang Brazil dan Kuching City FC, Bruno Dybal. Dybal tidak lagi bersama The Cats kerana telah menerima tawaran kelab Iraq, Al-Karma. Perpindahan beliau diumumkan di Instagram peribadinya beberapa hari […]

Rodney Celvin Tinggalkan Kedah, Kini Pemain Kuching City

Selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin sudah diura-urakan bakal kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak untuk mewakili Kuching City FC. Kini, ura-ura tersebut menjadi realiti apabila The Cats mengumumkan perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu. Berita tersebut turut dikongsikan wartawan Menariknya, perpindahan bekas pemain pertahanan Sang Kenari itu diumumkan menerusi video […]