Piala FA: 2 Kad Merah Tak Halang Langkah Selangor Ke Separuh Akhir, Singkirkan Kuching City

Selangor mencatat kemenangan keatas Kuching City pada aksi suku akhir kedua Piala FA seterusnya mengesahkan slot di pusingan separuh akhir Piala FA 2024. Setelah dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Kuching City Sabtu lalu di laman lawan, Selangor tekad untuk bangkit memadam kelebihan agregat yang dimiliki oleh anak buah Aidil Sharin di Kelana Jaya. Nidzam Jamil […]
Siaran Langsung Piala FA: Selangor vs Kuching City (Live Streaming)

Siaran langsung Piala FA 2024 bakal melibatkan pertembungan antara Selangor dan Kuching City. Skuad kendalian Nidzam Jamil mahu bangkit selepas mengalami kekalahan mengejutkan 2-1 di tangan Kuching City di laman lawan. Beliau optimis para pemainnya bersedia untuk melakukan kebangkitan bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. “Saya rasa pemain semua amik pendekatan positif, ini adalah […]
Semangat Selangor Tebus Kekalahan Membara di MBPJ

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya anak buahnya mampu bangkit kembali untuk mencipta kemenangan ke atas Kuching City esok. Selangor terpaksa akur apabila tewas tipis dalam perlawanan pertama menentang skuad kendalian Aidil Shahrin di Kuching, Sarawak. Nidzam Jamil akui kekalahan yang dialami Selangor tempoh hari sedikit sebanyak dapat membantu mengenali kelemahan pasukan sekaligus dapat […]
Piala FA: Rekod Pertemuan Selangor & Kuching City Beri Gambaran Awal

Meskipun ketinggalan 2-1 dari segi kelebihan agregat, Selangor FC masih memiliki kelebihan ke atas lawan mereka, Kuching City untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024. Merah Kuning terpaksa akur dengan The Cats apabila tewas 2-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching pada 29 Jun lalu. Berdasarkan rekod pertemuan semasa, kelebihan masih […]
Nidzam Jamil Yakin Ada Peluang, Fokus Aksi Timbal-Balik Di Stadium MBPJ

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil optimis dengan peluang pasukan bimbingannya untuk kembali bangkit dari kekecewaan menjelang aksi kedua Piala FA di Stadium MBPJ minggu hadapan Pada Sabtu, Selangor yang bertandang ke Stadium Negeri Sarawak dikejutkan dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Kuching City dalam aksi yang diuji dengan cuaca buruk beberapa jam sebelum perlawanan. Tonggak import Selangor, […]
Piala FA: Selangor Terkulai Dikejutkan Kuching City

Pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada wakil Sarawak, Kuching City FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2024. Meskipun aksi ini dibadai cuaca buruk, kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu kemenangan di Stadium Negeri, Kuching. Ini diharap dapat dijadikan sebagai tonik aksi suku akhir kedua yang akan berlangsung […]
Pokok Tumbang, Ribut Kencang Jadi Dugaan Aksi Kuching City & Selangor

Aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 membabitkan Kuching City FC dan Selangor FC pada 29 Jun diuji dengan cuaca buruk. Aksi suku akhir pertama ini dilihat medan bagi kedua-dua pasukan untuk mendapatkan bekalan gol sebelum aksi suku akhir kedua pada 6 Julai ini di Stadium MBPJ. Meskipun begitu, berdasarkan satu hantaran yang disiarkan oleh […]
Siaran Langsung Piala FA: Kuching City vs Selangor (Live Streaming)

Pertemuan antara pasukan Kuching dan juga Selangor bakal menghangatkan saingan Piala FA malam ini. Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil optimis dengan perkembangan anak buahnya sungguhpun tidak dapat menggunakan tiga pemain akibat kecederaan. Pengendali muda itu melihat pasukannya memiliki seramai 25 pemain yang mempunyai kemampuan yang setara. “Saya selalu nampak perkara ini sihatlah. Ya, sudah […]
Kuching City Tempang Berdepan Selangor

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memaklumkan pasukannya tempang akibat masalah kecederaan menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 menentang Selangor FC. Kuching City berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala FA 2024 selepas berjaya menyingkirkan finalis edisi 2023, KL City dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik pada 14 Jun lalu. Sementara dalam […]
Kuching City Lega Ikat Terengganu Tanpa 2 Tonggak Utama

Kuching City menarik nafas lega apabila berjaya bangkit mengikat jaguh Pantai Timur, Terengganu meskipun turun tanpa dua tonggak utama dalam aksi Liga Super pada Ahad. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri itu, Terengganu terlebih dahulu di hadapan menerusi sepakan penalti tonggak kebangsaan, Safawi Rasid sebelum Yuki Tanigawa menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit. Jurulatih […]
Liga Super: Kuching City Bangkit Ikat Terengganu

Kuching City FC mempamerkan kebangkitan di penghujung perlawanan untuk mengikat Terengganu FC dalam aksi Liga Super sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Terengganu meletakkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di bahagian sayap manakala Kuching City menggandingkan Tchetche Kipre dan Jordan Mintah di bahagian serangan. Perlawanan dimulakan dengan tuan rumah memberikan tekanan awal dengan […]
Siaran Langsung Liga Super: Kuching City vs Terengganu (Live Streaming)

Aksi Liga Super 2024/2025 minggu keempat menyaksikan Terengganu bakal terbang ke Bumi Kenyalang untuk menentang Kuching City di Stadium Negeri, Sarawak. Terengganu kini sedang momentum yang terbaik setelah mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam saingan liga selain mara ke pusingan kalah mati Piala FA apabila menewaskan Perak minggu lalu. Begitu juga dengan Kuching […]
3 Keutamaan Haqimi Azim Untuk Bergelar Penyerang Unggul

Penyerang muda negara dan KL City, Haqimi Azim berkongsikan tiga keutamaan beliau untuk bergelar penyerang unggul pada musim ini. Haqimi berjaya menjaringkan satu gol untuk KL City dalam aksi pusingan 16 Piala FA menentang Kuching City namun perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kuching City. Penyerang berusia 21 tahun itu turun sebagai pemain gantian […]
Marin Pilj Akui Pakar Cetak Gol Jarak Jauh

Pemain tengah Terengganu FC, Marin Pilj mengakui dirinya memiliki kepakaran dalam mencetak gol dari jarak jauh. Rembatan dari luar kotak penalti oleh Marin Pilj ketika menentang Perak tempoh hari berjaya menghasilkan gol kedua buat Terengganu sekaligus menghadiahkan kemenangan berharga ke atas Perak. Marin Pilj yakin percubaan jarak jauh itu mampu menghasilkan gol kerana beliau pernah […]
Piala FA: Gol Emas Kuching City Singkirkan KL City

Piala FA: Finalis 2023, KL City mengalami kejutan apabila disingkirkan oleh Kuching City di laman sendiri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan 5 tonggak kebangsaan menjadi taruhan tuan rumah untuk mencari kemenangan. Usaha itu membuahkan hasil apabila Haqimi Azim membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi satu rembatan kencang. Pasukan pelawat tidak menunggu […]
Miroslav Kuljanac Mohon Aksi KL City Dan Kuching City Ditunda

Ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac berharap aksi antara KL City dan Kuching City pada 13 Jun ini dapat ditunda ke tarikh lain. Saingan pusingan 16 Piala FA telah mempertemukan KL City dan Kuching City namun perlawanan yang dijadualkan pada pertengahan Jun itu telah merisaukan Miroslav Kuljanac. KL City kehilangan 7 pemain yang menerima panggilan […]