Bilangan Import Kuching City Menggerunkan

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super memilih berhemah dalam soal pemain import, Kuching City pula memilih jalan sebaliknya. Ini kerana kelab yang berpangkalan di Kuching, Sarawak itu menggunakan lapan pemain import untuk saingan liga musim ini. Selain mengekalkan khidmat Abu Kamara dan Yuki Tanigawa, Il Gatto turut membawa masuk enam pemain import baru termasuk penjaga gol […]

FAM Akan Teliti Jaringan ‘Puskas’ Kalang Tie

Sesiapa saja yang menonton video gol Joseph Kalang Tie dalam perlawanan pra-musim Kuching City-Phnom Penh Crown baru-baru ini tahu itu gol yang istimewa. Tetapi menurut FAM, ia perlu diteliti sebelum dapat dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA. Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, beliau tidak menafikan gol dari jarak 70 meter itu sebagai gol yang […]

Joseph Kalang Tie Terbuka Jika Golnya Dicalonkan Ke Anugerah Puskas FIFA

Ketika ini, banyak pasukan Liga Super sibuk menjalani pra-musim sama ada dalam negeri mahupun di luar negara. Tetapi Kuching City mencuri tumpuan apabila Joseph Kalang Tie menjaringkan gol dari jarak 70 meter sekaligus berpotensi dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA. Gol tersebut dijaringkan semasa perlawanan persahabatan antara Kuching City dengan pasukan Kemboja, Phnom Penh Crown di […]

Kuching City Berdepan 3 Kelab Kemboja Bagi Aksi Pra-Musim

Selepas mengadakan sesi pra-musim di Zon Tengah Sarawak, program pra-musim Kuching City tidak terhenti di situ saja. Pada awal Februari ini, anak-anak buah Irfan Bakti bakal bertolak ke Kemboja bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan. Tiga lawan Il Gatto untuk program pra-musim di Kemboja ialah NagaWorld, Phnom Penh Crown dan Preah Khan Reach Svay Rieng. NagaWorld […]

Kuching City Adakan Pra-Musim Di Zon Tengah Sarawak

Tatkala sebahagian pasukan Liga Super mengadakan persiapan pra-musim di luar negara, Kuching City memilih pendekatan sebaliknya. Skuad yang dibimbing Irfan Bakti itu bakal mengadakan pra-musim di Zon Tengah Sarawak iaitu di Sibu, Mukah dan Betong. Rancangan pra-musim Il Gatto ini dikongsikan di laman media sosial mereka beberapa hari lepas. Tujuan pra-musim diadakan di zon ini […]

Qayyum Kembali Hiasi Saingan Liga Super Selepas Setahun ‘Menghilang’

Bekas pemain Kelantan dan Kelantan United, Qayyum Marjoni tekad mahu membina semula nama dan kariernya selepas setahun ‘hilang’ dari radar. Bakal beraksi bersama Kuching City, pemain pertahanan kiri berusia 29 tahun itu berterima kasih kepada Irfan Bakti kerana peluang yang diberikan pengendali itu untuk dia membuat ‘comeback’. “Semuanya bermula pada musim lalu apabila saya beraksi […]

Info Siaran Langsung Kuching City vs Sabah (Suku Akhir 1 Piala Malaysia)

Pertembungan dua pasukan dari Borneo di Bandar Kuching malam ini pasti hangat dengan Kuching City gah mara ke suku akhir bertemu Sabah di Stadium Negeri Sarawak, Kuching. Kuching City sebelum ini berjaya menewaskan Penang manakala Sabah mudah menewaskan cabaran UiTM di peringkat 16 terakhir Piala Malaysia 2022. Kesebelasan Utama Kuching City vs Sabah Info Perlawanan […]

Irfan Bakti Tidak Faham Kenapa MFL Buat Undian Awal

Jika Malaysian Football League (MFL) beranggapan kesemua pasukan ataupun jurulatih bersetuju dengan undian Piala Malaysia 2022 dibuat terlalu awal, mereka sebenarnya silap. Jurulatih-jurulatih berprofil tinggi seperti Tan Cheng Hoe, Zainal Abidin Hassan, Ong Kim Swee dan Rezal Zambery Yahya kesemuanya dilihat menyatakan bersetuju dengan MFL, tetapi pada akhirnya ada jurulatih tampil mempertikaikan keperluan undian untuk […]

Pengadil Nyaris Kena ‘Bedal’, Tindakan Abu Kamara Cetus Suasana Tegang

Penyerang import pasukan Kuching City FC, Abu Kamara mencetuskan kontroversi ketika pasukannya turun menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhamad IV. Pemain berusia 25 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas kelihatan bergelut untuk memperoleh rentak terbaik bagi menjaringkan gol. Hal ini ditambah lagi apabila beliau telah pun dilayangkan kad kuning apabila telah mengasari […]

Liga Premier: Kuching City Terlalu Gah, Hadiahkan Kekalahan Pertama Buat Kelantan FC

Perlawanan Liga Premier yang menemukan pasukan Kuching City FC selaku tuan rumah dan Kelantan FC berakhir dengan keputusan kemenangan berpihak kepada pasukan Kuching City dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri sebentar tadi. Perlawanan dimulakan oleh Kuching CIty. Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan di awal permainan namun tiada percubaan yang bahaya berjaya […]

Import Kuching City ‘Lain Macam’

Kuching City FC telah memilih pemain berpengalaman yang berasal dari Liberia, Abu Kamara untuk memperkuatkan lagi posisi serangan pasukan bagi saingan yang akan datang. Pemain yang berusia 25 tahun ini mengakui ingin melihat sendiri corak permainan liga di Malaysia dan mahukan keserasian sebelum bermain kerana sebelum ini beliau banyak beraksi di liga Eropah. Bagaimanapun, Abu […]

Irfan Bakti Idam Kuching City Ke Liga Super Sebelum Bersara

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim menyatakan hasrat ingin membawa pasukannya layak ke saingan Liga Super 2023 sebelum menamatkan dunia bola sepak ini. Dalam musim ini juga Irfan Bakti yakin dengan kehadiran tiga pemain import baharu bakal memberi sinar baru bagi memperkuatkan lagi barisan pasukan Kuching City. Antara pemain baharu yang bakal melengkapkan […]

Bintang Muda Arsenal & Fulham, Keanu Marsh-Brown Perkuat Kuching City

Bekas pemain akademi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Fulham, Keanu Marsh-Brown diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru Kuching City FC. Beliau yang sebelum ini berpengalaman luas beraksi di Eropah bakal beraksi di posisi tengah dan serangan Kuching City menghadapi musim baru Liga Premier 2022. Marsh-brown yang dilahirkan di Hammersmith, England pada 10 Ogos […]

Bukan Nak Bodek, Tapi Sudah Terbukti JDT Beri Kemudahan Kelas Pertama

Menurut laporan daripada Utusan Online, pihak Kuching City FC telah menzahirkan rasa teruja serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Idris atas layanan baik yang diberikan. Terdahulu, Kuching City FC telah menggunakan stadium dan padang latihan di Pasir Gudang dalam saingan Liga Premier dan Piala Malaysia untuk musim ini. Kuching […]

Piala Malaysia: Terengganu FC Benam Kuching City Untuk Raih 3 Mata Berharga

MakanBola.com, Petaling Jaya, 26 Sept – Terengganu FC bermula langkah kanan dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2021 apabila berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0. Bermain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu nyata mendominasi keseluruhan permainan. Terengganu FC turun menggunakan formasi 4-3-3 dengan mempertaruhkan penjaring terbanyak Liga Premier 2021, Jordan Mintah sebagai penyerang tengah pada […]

Pertemuan Nafuzi Zain dan Irfan Bakti Bakal Jadi Tumpuan

Pertembungan antara pasukan dalam kumpulan B, Piala Malaysia bakal dihangatkan lagi apabila pasukan Kuching City telah mengesahkan slot terakhir dalam kumpulan tersebut. Sebelum ini, tumpuan lebih terarah kepada pertembungan antara pasukan Terengganu dan juga Selangor yang dilihat bakal menjadi pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun begitu, Kuching City bimbingan Irfan Bakti Abd Salim dilihat […]