KLFA Masih Berteka-Teki Tampuk Kepimpinan Baharu

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) masih berteka-teki tentang tarikh pemilihan tampuk kepimpinan baru entiti berkenaan. Ini selepas pemangku Presiden KLFA, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid mendedahkan badan induk bola sepak Kuala Lumpur itu perlu menunggu keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlebih dahulu. Ini kerana keputusan siasatan SPRM bakal menentukan sama ada Kongres […]
Nik Nazmi Kemuka Barisan Calon Ahli Jawatankuasa KLFA

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengemukakan barisan figura pasukannya untuk merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA). Pengumuman ini dibuat tidak lama selepas pencabar beliau yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan barisan calon untuk jawatan tertinggi KLFA. Antara figura yang menjadi sebahagian daripada pasukan Fahmi ialah […]
David Beckham Kongsi Detik Terindah Jejakkan Kaki Di Kuala Lumpur

Ikon bola sepak dunia, David Beckham tidak dapat menyembunyikan rasa seronoknya apabila berada di Malaysia hari ini. Ketika ditemu bual oleh Stadium Astro, Beckham menceritakan perasaan terujanya untuk sekali lagi berada di Malaysia dan yang istimewanya, kali ini beliau menerima jemputan sebagai duta Adidas. “Seronok berada di sini, di Kuala Lumpur semula, selepas beberapa tahun. […]
“Saya Sampai Mati Kuala Lumpur”- Paulo Josue

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan pemain naturalisasi negara yang juga kapten Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue akan berhijrah ke kelab baharu musim hadapan. Namun khabar angin tersebut kini boleh dilupakan apabila Paulo Josue mengatakan bahawa beliau masih mempunyai kontrak bersama KL City dan akan kekal bersama kelab tersebut musim hadapan. Perkara tersebut dikongsikan […]
Hoki Piala Razak: KL Muncul Juara, Benam Cabaran Melaka

Pasukan hoki Kuala Lumpur (KL) muncul juara Piala Razak 2023 selepas mengatasi cabaran Melaka dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil 2 hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi mengakhiri kemarau kejuaraan masing-masing. Kali terakhir Melaka dan KL bergelar juara Piala Razak masing-masing pada 2019 dan 2011. Babak pertama menyaksikan kedua-dua […]
Stadium Khas Bola Sepak Bakal Dibina Di Kuala Lumpur

Tidak lama lagi, sebuah stadium khas bola sepak bakal wujud di Kuala Lumpur. Stadium ini merupakan cetusan idea legenda bola sepak negara dan Kuala Lumpur, Dato Subadron Aziz. Stadium ini bakal dibina dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor selepas beliau pulang dari menunaikan ibadat haji di Baitullah. Stadium ini akan dikenali dengan nama […]