Saham Syihan Hazmi ‘Meroket’ Di Korea Selatan

Saham penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi naik mendadak selepas mempamerkan aksi memukau ketika mengikat Korea Selatan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi antara watak penting negara untuk mengikat Taeguk Warriors sungguhpun tidak dapat layak ke pusingan berikutnya. Beliau menjadi tunjang ketika pasukan negara bangkit untuk mengikat Taeguk Warriors dengan keputusan 3-3. Menerusi beberapa komen […]
AFC Senaraikan Aksi Malaysia-Korea Selatan Sebagai Salah Satu Perlawanan Terhebat

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru-baru ini telah menyenaraikan aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Korea Selatan sebagai salah satu perlawanan terhebat peringkat kumpulan. Perkara tersebut telah diumumkan oleh AFC melalui portal rasmi badan bola sepak tertinggi di Asia itu beberapa hari yang lalu. Namun begitu, perlawanan Malaysia-Korea Selatan itu memerlukan undian […]
“Saya Tak Mampu Berkata Apa-apa”, Mat Salleh Ini Rasai Sendiri Aura Kebangkitan Malaysia Di Stadium

Seorang youtuber terkenal dari Eropah menikmati momen luar biasa bersama penyokong Harimau Malaya sewaktu Malaysia mengikat Korea Selatan di Stadium Al Janoub. Pemuda bernama Theo ini telah merakamkan suasana perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan dan terkejut dengan aksi dramatik yang terjadi dalam perlawanan terakhir kumpulan E tersebut. Theo yang sebelum ini hadir menyaksikan dua perlawanan […]
Kim Min-jae Pamer Aksi Terburuk Di Piala Asia Ketika Lawan Malaysia

Pemain pertahanan terbaik Korea Selatan, Kim Min-jae mempamerkan aksi terburuk di Piala Asia 2023 ketika melawan pasukan Malaysia. Berdasarkan statistik Sofascore, Kim Min-jae merekodkan penilaian 6.9 sewaktu menentang Bahrain dan 6.8 ketika berdepan Jordan. Namun pertahanan tengah itu hanya merekodkan penilaian 6.6 sewaktu melawan Harimau Malaya. Kim Min-jae ternyata bergelut untuk merantai serangan Malaysia yang […]
Analisis Taktikal: Kejayaan Malaysia ‘Rantai’ Korea Selatan Buktikan Statistik Bukan Segalanya

Malaysia berjaya membawa pulang satu mata berharga apabila berjaya mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir perlawanan peringkat Kumpulan E Piala Asia yang berlangsung penuh dramatik. Korea Selatan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Jeong Woo-Yeong, sebelum Faisal Halim dan Arif Aiman mengejutkan pasukan ke-22 dunia itu dengan meletakkan Harimau Malaya di […]
Pengorbanan Luar Biasa Penyokong Harimau Malaya Ke Qatar Undang Rasa Kagum

Tangisan kegembiraan seorang penyokong Harimau Malaya kini meraih perhatian warga Malaysia setelah momen tersebut terakam sewaktu siaran langsung Malaysia menentang Korea Selatan. Malah terdapat kisah pengorbanan luar biasa yang dilakukan penyokong tersebut apabila sanggup menjual motosikal Yamaha LC5s miliknya pada harga RM4,500 demi terbang ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya. Penyokong yang bernama Derrick […]
AFC Letak Faisal Halim Sebaris Lee Kang-in Sebagai Pemain Terbaik ‘Matchday 3’

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim tersenarai dalam kesebelasan terbaik di Piala Asia AFC 2023 bagi perlawanan minggu ke-3 (Matchday 3). Bintang berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus berada dalam kesebelasan utama menentang Korea Selatan. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila berjaya menjaringkan satu gol penting yang […]
Anwar Ibrahim Luluskan RM5 Juta Pertingkat Mutu Bola Sepak Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM5 Juta akan diberi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, yang memaklumkan peruntukan ini diumumkan selepas Harimau Malaya berjaya mempamerkan aksi terbaik menentang Korea Selatan semalam. Peruntukan yang diberi ini adalah khas untuk pasukan bola sepak […]
Kim Pan-gon Anggap Seri Satu Keputusan Yang Hebat

Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon akui sangat berpuas hati selepas anak buahnya berjaya bangkit mengikat Korea Selatan dalam aksi terakhir saingan peringkat kumpulan semalam. Malaysia berjaya menghalang Korea Selatan untuk menjadi juara kumpulan dengan keputusan 3-3. “Ya, bagi kita, ini satu keputusan yang hebat. Tahniah kepada semua pemain dan rakyat Malaysia. Saya menghargai sokongan yang […]
Malaysia ‘Bantu’ Australia Pintas Ranking Korea Selatan

Kejayaan Malaysia untuk mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan menyaksikan kedudukan mereka dipintas oleh satu lagi gergasi Asia iaitu Australia. Aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan gol saat akhir pemain naturalisasi negara, Romel Morales memastikan anak didik Kim Pan-gon pulang ke tanah air dengan satu mata. Keputusan seri antara Malaysia dan Korea […]
Pemain Thailand Khusyuk Saksikan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Bukan sahaja rakyat Malaysia namun pemain Thailand turut khusyuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan. Para pemain kebangsaan Thailand sempat meluangkan masa dibilik persalinan untuk mengetahui perkembangan Malaysia melawan Korea Selatan sebelum mereka turun bertemu Arab Saudi. Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Thailand menerusi sebuah hantaran di laman Instagram malah pemain pertahanan Thailand, Elias […]
Arif Aiman Hargai Sokongan Luar Biasa Penyokong Harimau Malaya

Bintang muda Malaysia, Arif Aiman menghargai sokongan luar biasa yang dipamerkan penyokong Harimau Malaya terutamanya penyokong yang sanggup hadir ke Qatar. “Terima kasih kepada semua penyokong Malaysia yang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang agak sengit. Terima kasih kerana menyokong kami walau dimana kami berada.” “Terima kasih menyokong kami dari bawah sampai sekarang. Saya […]
Lee Kang-in Terlepas Peluang Meledak Gol Bertaraf Dunia

Lee Kang-in terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring gol kedua Korea Selatan sewaktu pasukan itu seri 3-3 berdepan Malaysia. Sepakan percuma bertaraf dunia daripada Lee Kang-in disahkan sebagai jaringan sendiri oleh Syihan Hazmi setelah lantunan bola tersebut terkena penjaga gol Malaysia. Lee Kang-in yang telah menjaringkan dua gol buat Korea Selatan sewaktu bertemu Bahrain tempoh […]
Dion Cools: Ini Petanda Bagus Untuk Bola Sepak Malaysia

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools berpendapat kemampuan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan memberi petanda bagus untuk bola sepak Malaysia. “Seperti menaiki roller coaster apa yang anda saksikan tadi. Ianya mengagumkan, kita mendahului 2-1 dan ketinggalan lagi menjadi 3-2 sebelum bangkit semula menyamakan kedudukan.” “Ini satu perkara yang bagus untuk bola sepak Malaysia walaupun pihak lawan […]
FIFA Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

Aksi dramatik kebangkitan pasukan Malaysia berdepan Korea Selatan berjaya meraih perhatian dunia termasuklah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA dilihat meninggalkan komen di ciapan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika perlawanan berakhir sebentar tadi. “Perlawanan yang hebat sekali!”, tulis FIFA di ruangan komen di laman X FAM. Aksi yang mendebarkan itu […]
Penjaga Gol Korea Selatan Terima Penilaian Mengejutkan Ketika Berdepan Malaysia

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo gagal mempamerkan aksi berkualiti dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Malaysia semalam. Hyeon-woo telah dibolosi tiga jaringan di mana menyaksikan kesemua jaringan tersebut terhasil pada babak kedua perlawanan. Melalui penilaian dari Sofascore, Hyeon-woo dinillai sebagai pemain paling teruk di atas padang dengan diberikan penilaian sebanyak 5.9 […]