Stadium Rajamangala Bakal Berwajah Baru

Gelanggang keramat Thailand, Stadium Rajamangala akan menjalani sedikit perubahan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac. Menerusi ciapan daripada wartawan Thailand, Ta Lao, beliau mengatakan bahawa padang di stadium berkenaan akan ditukar baharu sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia bersambung bulan hadapan. ”Stadium Rajamangala akan mempunyai padang baharu untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / […]

Lee Kang-in Minta Maaf, Akui Patut Dengar Arahan Son Heung-min

Selepas berita tersebar luas mengenai situasi kem Korea Selatan bagi aksi Piala Asia 2023 tempoh hari, Lee Kang-in tampil membuat permohonan maaf atas perkara yang berlaku.  Jari ketua pasukan Korea Selatan, Son-Heung Min hampir patah akibat pergelutan yang berlaku antara Lee Kang-in dengan rakan sepasukan yang lain. Beliau menyesal dengan apa yang terjadi kerana menunjukkan […]

Pemain Korea Selatan Gaduh Besar, Jari Son Heung-min Hampir Patah

Kem Korea Selatan bergolak ketika aksi separuh akhir Piala Asia AFC 2023 yang menyaksikan kapten pasukan, Son Heung-min nyaris menjadi mangsa keadaan. Perkara ini dilaporkan oleh beberapa sumber dari Korea Selatan mengenai pergaduhan besar dalam kem Taeguk Warriors sehari sebelum pertemuan menentang Jordan tempoh hari. Pemain senior Korea Selatan dikatakan tidak berpuas hari dengan tindakan […]

“Tak Mungkin Kim Pan-gon Akan Balik Latih Korea”

Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi tampil menjawab khabar angin yang mengaitkan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan. Menurut Yusuf Mahadi, beliau anggap spekulasi ini hanya sekadar permintaan-permintaan kosong daripada sesetengah pihak mahupun para penyokong Korea Selatan. Beliau percaya, setakat ini belum ada permintaan rasmi yang datang daripada Persatuan Bolasepak Korea […]

Korea Selatan Risik Kim Pan-gon? Ini Jawapan Rasmi FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segala desas-desus berkenaan risikan yang dilakukan oleh Korea Selatan untuk mendapatkan khidmat Kim Pan-gon. Pengendali berusia 54 tahun itu mengharungi tempoh yang cukup baik dalam masa dua tahun ini untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya. Mengulas lanjut, menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi ketika […]

Jesse Lingard Beri Sebab Pilih Beraksi Di Korea Selatan

Bekas pemain kebangsaan England, Jesse Lingard menjelaskan sebab beliau memilih untuk beraksi di Asia bersama FC Seoul bagi musim baharu ini. FC Seoul baru sahaja mengumumkan kedatangan Jesse Lingard di laman Instagram semalam. Pemain berusia 31 tahun itu akui menerima tawaran daripada beberapa kelab. Namun, kesemuanya hanya memberi tawaran secara lisan. Beliau mendedahkan bahwa hanya […]

Era Jurgen Klinsmann Bersama Korea Selatan Bakal Berakhir?

Meskipun mengemudi Korea Selatan ke peringkat separuh akhir Piala Asia, kedudukan pengendali Jerman, Jurgen Klinsmann kini dalam bahaya. Ini selepas Korea Football News mendedahkan ramai peminat bola sepak Korea mahukan legenda Totteham Hotspur itu meletak jawatan sebagai jurulatih Pahlawan Taeguk. Mereka berbuat demikian kerana Klinsmann gagal mencapai sasaran layak ke final Piala Asia 2023 dan […]

Kedah Beri Sokongan Penuh Buat Mahmoud Al-Mardi

Kedah tampil memberikan sokongan penuh buat Mahmoud Al-Mardi yang membantu Jordan layak ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama. Mahmoud Al-Mardi merupakan bekas pemain Kedah bagi musim 2022 dan sempat menyarung jersi Sang Kenari selama 6 bulan dimana beliau membantu Kedah layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean, Piala AFC 2022. Pemain sayap kebangsaan […]

Jurgen Klinsmann Sedar Terkena Kejutan Di Qatar

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menyedari bahawa saingan Piala Asia 2023 di Qatar bukanlah saingan yang mudah lebih-lebih lagi melihat pasukan kendaliannya tersingkir di tangan Jordan di peringkat separuh akhir semalam. Ketika banyak pihak yang meletakkan harapan tinggi terhadap Korea Selatan menjulang kejuaraan Piala Asia kali ini, Jordan menampilkan permainan luar biasa untuk menyingkirkan Korea […]

Son Heung-min: Saya Tak Menyesal

Ketua pasukan Korea Selatan, Son Heung-min mengakui tidak menyesal di atas kekalahan menentang Jordan dalam saingan Piala Asia malam tadi.  Jordan mencipta sejarah apabila berjaya menyingkirkan Korea Selatan bagi pusingan separuh akhir dengan keputusan 2-0. Pemain berusia 31 tahun itu menyatakan bahwa Piala Asia adalah kejohanan yang sangat kompetitif. Baginya, ia adalah kejohanan yang sukar.  […]

Gaji Jurgen Klinsmann Cecah RM10.5 Juta, Lantik 35 Staf Tetapi Masih Tersungkur

Masa depan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann terus menjadi bualan ramai selepas beliau gagal membawa pasukan ke pentas akhir Piala Asia AFC 2023. Aksi menentang Jordan menyaksikan Taeguk Warriors ditunjukkan jalan keluar selepas tewas dengan keputusan 2-0. Terdapat banyak pihak yang mempersoalkan kredibiliti pengendali kelahiran Jerman ini selepas pemilihan pemain yang kurang […]

Perancangan Awal Hussein Ammouta Berjaya Sekat Korea Selatan

Jurulatih Jordan, Hussein Ammouta mendedahkan pelan awalnya ketika menjinakkan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir AFC Asian Cup. Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, sikap anak-anak buahnya yang tidak gentar kepada lawan membantu mereka meraih kemenangan berharga ini. “Alhamdulillah, hari ini pasukan kami berhak menang. Kemenangan ini sudah tentu amat bermakna. Salah satu kelebihan kita […]

AFC Asian Cup: Jordan Cipta Sejarah Ke Final, Kecewakan Korea Selatan

Jordan menempah slot di pentas akhir selepas berjaya menumbangkan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir AFC Asian Cup. Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu di peringkat kumpulan E dengan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. Korea Selatan yang dipimpin Son Heung-min beberapa kali menguji gawang Jordan yang dikawal Yazeed Abulaila, namun tidak berjaya menembusinya. Begitu juga […]

Jordan Tempang Berdepan Korea Selatan

Pasukan Jordan dikhabarkan bakal berdepan kesukaran apabila kehilangan dua tonggak pasukan berdepan Korea Selatan di separuh akhir Piala Asia 2023. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengendali Jordan, Hussein Ammouta dalam satu sidang media pra perlawanan. Namun begitu, satu kelegaan buat para penyokong Jordan selepas penyerang berbisa mereka, Mousa Al-Tamari kembali cergas daripada kecederaan yang dialami […]

Janji Hwang Hee-chan Selepas Lawan Malaysia Jadi Kenyataan

Kata-kata yang diungkapkan oleh pemain sayap sensasi Korea Selatan, Hwang Hee-chan selepas lawan Malaysia kini menjadi realiti. Pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan ketika sua aksi awal peringkat kumpulan namun segera kembali dalam percaturan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann ketika bertemu Malaysia. Kemasukan beliau membantu Taeguk Warriors untuk mengikat Harimau Malaya dengan keputusan 3-3. Ketika […]

Jurgen Klinsmann Puji Jordan, Anggap Lawan Kumpulan E Semuanya Susah

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memuji lawan mereka di separuh akhir, Jordan yang sudah bertemu kali pertama pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Jerman itu dalam misi besar bersama Taeguk Warriors selepas berjaya memimpin pasukan itu sehingga ke separuh akhir. Beliau bagaimanapun kini fokus terhadap misi utama pasukan untuk memenangi kejohanan ini tatkala musuh tradisi, […]