Vietnam Aibkan Korea Selatan

Vietnam mengesahkan kemaraan ke Piala Asia Futsal 2024 sebagai juara Kumpulan D selepas membelasah Korea Selatan 5-2 di Ulaanbataar, Mongolia hari ini. Anak-anak buah Diego Giustozzi tahu satu lagi kemenangan bakal mengesahkan kedudukan Vietnam sebagai juara kumpulan. Manakala Korea Selatan pula berazam untuk membalas dendam selepas dimalukan Vietnam 5-1 dalam Piala Asia Futsal 2022. Begitupun, […]

Jürgen Klinsmann Pandang Serius Ancaman Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann mengakui perlu melakukan kerja rumah untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara. Menerusi satu perkongsian Astro Arena, jurulatih kelahiran Jerman itu mengakui pertembungan antara Korea Selatan dan Malaysia amat istimewa kerana Kim Pan-gon. Beliau menyedari bahawa Harimau Malaya dipimpin oleh pengendali kelahiran Korea Selatan yang tahu segala selok-belok […]

Asian Games: Korea Selatan Rangkul Pingat Emas, Kalahkan Jepun

Korea Selatan bangkit dari ketinggalan sebelum mengatasi Jepun 2-1 dalam aksi final bola sepak lelaki Sukan Asia 2023. Kedua-dua pasukan dilihat pasukan pilihan dalam kejohanan dan memiliki misi berbeza. Samurai Biru turun dengan misi memburu pingat emas buat kali pertama sejak temasya 2010. Manakala Korea Selatan pula berharap dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada […]

Atlet Korea Merana Kerana Meraikan Kemenangan Terlalu Awal

Seorang atlet kasut roda Korea Selatan terpaksa menutup mukanya yang merah padam kerana keraian awalnya mengakibatkan negara itu terlepas pingat emas Sukan Asia 2023. Situasi ini dialami oleh Jung Cheol-won semasa perlumbaan final 3,000 meter berganti-ganti yang diadakan di Pusat Sukan Roda Qintang. Cheol-won menyangka sudah mengatasi pesaingnya dari Taiwan, Huang Yu-Lin. Lantas, beliau mengangkat […]

Asian Games: Impian Malaysia Ke Separuh Akhir Terbantut, Tewas Kepada Korea Selatan

Skuad hoki wanita Malaysia mengalami nasib sama seperti skuad hoki lelaki apabila gagal mara ke separuh akhir Sukan Asia 2023. Ini selepas mereka dibelasah Korea Selatan 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A hari ini. The Malayan Tigress tahu mereka perlu menang jika mahu mara ke separuh akhir. Malangnya, anak-anak buah Nasihin Nubli Ibrahim bermula dengan […]

Asian Games: Malaysia Kalah Kepada Korea Selatan

Aksi Malaysia-Korea Selatan yang dinantikan ramai dalam Kumpulan B Sukan Asia 2023 berakhir dengan kemenangan 4-3 buat Korea Selatan. Korea Selatan turun dengan misi membalas dendam selepas dua kali diaibkan skuad negara dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada Ogos lalu. Begitupun, pasukan itu bermula dengan sumbang apabila Razie Rahim menyumbat gol pertama The Speedy […]

Korea Selatan Berpesta Gol Di Sukan Asia

Skuad Korea Selatan bakal bertemu pasukan tuan rumah China untuk aksi suku akhir Sukan Asia namun rekod gol Korea Selatan kini mencuri perhatian ramai. Korea Selatan kini mengetuai rekod jaringan terbanyak dalam bola sepak Sukan Asia Hangzhou apabila telah menjaringkan 21 gol hanya dalam 4 perlawanan. Skuad kendalian Hwang Sung-Hong itu merekodkan kemenangan besar 9-0 […]

Kelab Liga Utama Korea Buru Pertahanan Kental Indonesia

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan bakal menyertai rakan senegara, Asnawi Mangkualam beraksi di K-League. Ini selepas Sports Chosun mendedahkan kelab K-League 1, Suwon FC berminat mendapatkan Arhan untuk tetingkap perpindahan liga tahun hadapan. Menurut satu sumber yang tidak didedahkan kepada Sports Chosun, kedua-dua pihak secara dasarnya telah mencapai persetujuan dan merancang untk memuktamadkan perjanjian itu […]

Asian Games: Regu Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Korea Selatan

Skuad sepak takraw Malaysia sah mara ke separuh akhir selepas mengatasi Korea Selatan 3-0 dalam aksi kedua regu berpasukan Kumpulan B hari ini. Selepas hampir dikejutkan Indonesia semalam, barisan pemain diketuai Adam Farhan, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi tidak mahu pisang berbuah dua kali. Atas sebab itulah, regu pertama negara berjaya mengatasi cabaran […]

Dibelasah Korea Selatan, Jurulatih Thailand Musykil

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Thailand, Issara Sritaro akur dengan kekalahan besar 0-4 di tangan Korea Selatan dalam aksi kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia Hangzhou semalam. Walaupun sedar sukar untuk menang berdepan dengan pasukan gergasi Asia itu, namun Srtitato meluahkan kemusykilan mengenai aksi yang dipersembahkan anak buahnya terutama pada separuh masa pertama. […]

Pemain Korea Selatan Dedah Sengaja Mahu Kad Kuning

Pertahanan Korea Selatan, Park Jin-Seob mendedahkan beliau sengaja mendapatkan kad kuning dalam aksi kedua acara bola sepak Sukan Asia bertemu Thailand semalam. Park Jin-Seob mahu menerima layangan kad kuning kerana ingin digantung untuk perlawanan seterusnya bertemu Bahrain dan kembali bersih untuk peringkat kalah mati kelak menurut media sukan Korea. Ini ekoran pemain tersebut sudah mengutip […]

Jürgen Klinsmann ‘Hilang’ Lagi

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann kembali meninggalkan kem pasukan untuk terbang ke Eropah. Pengendali kelahiran Jerman itu melalui detik yang cukup sukar untuk mendapatkan rentak buat gergasi Asia itu setelah meraih hanya satu kemenangan dalam 6 aksi di sana. Beliau juga menerima pelbagai kritikan kerana seringkali tidak berada di Korea Selatan dan […]

Asian Games: Korea Selatan Belasah Thailand

Skuad B-23 Korea Selatan meneruskan rentak cemerlang setelah berjaya meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan Thailand dalam aksi kedua peringkat kumpulan E. Korea Selatan membuktikan mereka merupakan salah satu pasukan gergasi bola sepak Asia apabila mendahului 4-0 untuk separuh masa permainan. Hong Hyun-Seok membuka akaun jaringan Korea Selatan pada minit ke-15 perlawanan menerusi tandukan […]

Korea Selatan Rayu Jürgen Klinsmann Segera Pulang

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) meminta agar ketua jurulatih pasukan, Jürgen Klinsmann agar pulang bersama pasukan dengan kadar segera. Pengendali kelahiran Jerman itu akhirnya mengecapi kemenangan pertama bersama pasukan baharunya itu apabila menewskan Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Beliau bagaimanapun kembali terpalit kontroversi apabila difahamkan tidak pulang bersama pasukan ke Korea Selatan. Menerusi beberapa […]

Media Korea Lapor Beberapa Individu Terlibat Dalam Jenayah Bola Sepak

Arena bola sepak Korea Selatan dikejutkan dengan penglibatan beberapa figura dalam jenayah rasuah. Korea Football News melaporkan 12 individu termasuk bekas penolong jurulatih skuad Korea Selatan, Choi Tae-uk disiasat pihak berkuasa atas kesalahan rasuah. Tae-uk didakwa merasuah dua figura utama kelab K-League 2, Ansan Greeners iaitu CEO, Lee Jong-geol dan pengurus, Lim Jong-heon. Suapan tersebut […]

Jürgen Klinsmann: Kalau Tak Suka Saya, Cari Jurulatih Lain

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann tidak mahu bercakap banyak mengenai kedudukannya bersama pasukan kebangsaan tersebut. Pengendali kelahiran Jerman itu menerima kritikan dari segenap penjuru apabila prestasi kurang memberangsangkan menghantui skuad kendaliannya. Korea Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas 5 aksi di bawah bimbingannya termasuklah seri 0-0 menentang Wales baru-baru ini. Jurulatih berusia 58 […]