AFC Asian Cup: Media Korea Kritik Pendekatan Jurgen Klinsmann

Salah satu media Korea telah mengkritik ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Asia yang dihadapi oleh mereka. Menurut media Sports Chosun, pendekatan yang digunakan oleh Klinsmann amat mengecewakan dan jelas berbeza dengan Paulo Bento ketika membimbing Korea Selatan di Piala Dunia Qatar yang lalu. “Sangat mengecewakan. Kerana memberi tekanan […]

AFC Asian Cup: Son Heung-min Puji Semangat Juang Jordan

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min kagum dengan semangat juang yang ditampilkan wakil Asia Barat, Jordan hari ini. Pasukan yang diberi jolokan The Chivalrous Ones itu hampir mencipta kejutan ke atas pasukan ketiga terbaik Asia itu dalam aksi kedua Kumpulan E. Selepas ketinggalan menerusi gol Heung-min, Jordan kemudiannya mendahului menerusi gol sendiri Park Yong-woo dan Yazan […]

AFC Asian Cup: Korea Selatan Bangkit Saat Akhir, Elak Dimalukan Jordan

Aksi AFC Asian Cup antara pasukan Jordan dan Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 bagi aksi kedua Kumpulan E. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Thumama itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun tekanan pada ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann yang kehilangan beberapa tonggak utama. Taeguk Warriors bermula hebat selepas memperoleh gol awal menerusi sepakan […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup; Jordan vs Korea Selatan (Live Streaming)

Perlawanan kedua saingan peringkat Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 hari ini bakal melibatkan pertemuan antara pasukan Jordan dan Korea Selatan. Kedua-dua pasukan pastinya akan turun dengan misi untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selepas Jordan dan Korea Selatan masing-masing berjaya mencatat kemenangan dalam aksi pertama tempoh hari. Jordan mengganas menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 sementara […]

AFC Asian Cup: Penjaga Gol Utama Korea Selatan Terlepas Baki Saingan Piala Asia

Korea Selatan KFA

Berita buruk menimpa skuad Korea Selatan apabila penjaga gol utama, Kim Seung-gyu bakal terlepas baki saingan Piala Asia 2023 akibat kecederaan lutut. Kim Seung-gyu dilaporkan mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) pada bahagian lutut kanan sewaktu menjalani sesi latihan pada hari Khamis kelmarin. Berita mengenai kecederaan Kim Seung-gyu ini mendapat liputan media sukan Korea Selatan […]

Hoki Kelayakan Olimpik: Malaysia Pamer Semangat Juang Sebelum Ditewaskan Korea Selatan

Malaysia terus kecewa selepas tumbang kepada Korea Selatan dalam aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan hoki kelayakan Olimpik 2024. Sebelum ini, skuad hoki wanita negara mengakhiri peringkat kumpulan ditempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan. Anak-anak buah Nasihin Nubli berjaya menyerap asakan Korea Selatan dan mengimbangi perlawanan di sepanjang suku pertama dan kedua berlangsung. Disiplin mantap […]

AFC Asian Cup: Gol Padu Lee Kang-in Tawan Hati Penyokong Bola Sepak

Nama Lee Kang-in kini mencuri perhatian penyokong bola sepak apabila gol jarak jauh beliau berjaya menawan hati ramai penyokong. Jaringan jarak jauh itu muncul pada minit ke-56 ketika Lee Kang-in melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain. Jaringan Lee Kang-in kemudian menerima pujian penyokong yang menganggap gol tersebut berkelas […]

AFC Asian Cup: Mousa Al-Tamari Lega Lepasi Halangan Malaysia

Mousa Al-Tamari lafazkan kelegaan dapat melepasi halangan Malaysia dan meraih 3 mata untuk aksi pertama Piala Asia 2023. “Alhamdulillah, kami mengucapkan tahniah kepada penyokong yang menyokong kami di atas padang hari ini. Anda tahu perlawanan pertama sentiasa menjadi perlawanan yang sukar.” “Tetapi kami satu pasukan sudah bercakap tentang hal ini sebelum perlawanan. Perlawanan ini memang […]

AFC Asian Cup: Korea Selatan Tepati Ramalan Kalahkan Bahrain

Perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023 menyaksikan pasukan gergasi Korea Selatan meraih kemenangan selesa ke atas Bahrain. Korea Selatan menurunkan kesebelasan terbaik mereka seperti Kim Min-jae dibahagian pertahanan, Hwang In-beom selaku pemain tengah serta Lee Kang-in dan Son Heung-min dibahagian serangan. Bahrain pula tampil bermain dengan 3 pemain tengah yang dibarisi bekas pemain Kedah, […]

AFC Asian Cup: “Dah Jadi Penjaga Gol Pula” Tindakan Bintang Kedah Curi Perhatian Asia

Gelagat yang ditampilkan oleh pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Moses Atede mencuri perhatian ramai di Piala AFC 2023. Pemain kelahiran Bahrain itu membantu negaranya untuk berdepan pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan bagi aksi pertama Kumpulan E. Ketenangan beliau mengemudi jentera tengah pasukan Dilmun Warriors terserlah apabila banyak menafikan gerakan lawan. Pemain berusia 27 tahun […]

AFC Asian Cup: Ujian Sukar Korea Selatan Menanti Bahrain

Menjelang aksi Kumpulan E membabitkan Bahrain dan Korea Selatan yang bakal berlangsung dalam beberapa jam lagi, cabaran besar menanti anak buah Juan Antonio Pizzi. Ini kerana Korea Selatan bukan saja berstatus pasukan ketiga terbaik Asia dengan ranking ke-23 dunia. Malah, Pahlawan Taeguk yang dibimbing Jurgen Klinsmann itu bukan sekali mengecewakan Al-Ahmar dalam saingan Piala Asia. […]

AFC Asian Cup: Jurgen Klinsmann Cemas, Pemain Utama Tak Cergas Saat Akhir

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjadi cemas selepas beberapa tonggak pentingnya tidak dapat cergas sepenuhnya menjelang sepak mula AFC Asian Cup. Aksi antara pasukan ke-22 dunia itu berdepan lawan yang cukup hebat dari Timur Tengah, Bahrain bagi aksi pertama kumpulan. Pengendali kelahiran Jerman itu bagaimanapun berdepan kekangan untuk menurunkan skuad terbaik selepas beberapa pemain […]

Jurgen Klinsmann Yakin Pasukannya Sangat Bersedia Di Qatar

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann percaya pasukannya kini berada pada tahap terbaik apabila Piala Asia 2023 membuka tirai pada 12 Januari ini. Korea Selatan meningkatkan persediaan mereka ke Piala Asia 2023 dengan mengatasi Iraq 1-0 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pemain sayap Mainz, Lee Jae-sung muncul wira dengan […]

Korea Selatan Tumbangkan Iraq

Aksi persahabatan antara Korea Selatan dan Iraq menyaksikan keputusan akhir memihak kepada Taeguk Warriors dengan jaringan 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti New York itu menyaksikan pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann menurunkan kesebelasan kedua dengan beberapa nama besar duduk di bangku simpanan. Iraq terlebih dahulu hampir di depan selepas hantaran lolos Ali Jasim berjaya menemui […]

Jaring Gol Berkasut Sneakers, Kata Son Heung-min “Ini Baru 60% Kekuatan Saya”

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min memberitahu bahawa beliau baru menggunakan 60 peratus kekuatannya untuk menjaringkan gol yang sangat berkualiti. Pemain berusia 31 tahun itu bakal memimpin Taeguk Warriors ke Piala Asia 2023 sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menamatkan penantian pasukan menjulang trofi berprestij Asia tersebut. Beliau mempamerkan aksi terbaik ketika melakukan beberapa sepakan […]

Pemain Iraq Teruja Bertemu Lawan Seperti Korea Selatan

Iraq bakal menjadikan Korea Selatan sebagai medan pemanas terakhir mereka pada malam ini sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023. Bek kanan Singa Mesopotamia, Allan Mohideen mengakui pertemuan malam ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh pasukan. Ini kerana ini bukan saja peluang menguji keserasian barisan anak buah Jesus Casas itu di atas padang sebelum kejohanan bermula. Malah, […]