Liga A1: PT Athletic Cemerlang Bangkit Ikat BR Damansara

Bunga Raya Damansara dan PT Athletic menampilkan aksi sama hebat di Stadium Persada Plus untuk berkongsi mata dalam saingan Liga A1. BR Damansara mempertaruhkan barisan pemain hebat seperti Kogileswaran Raj, Nicolas Vargas, Agustin Sequiera dan K. Prabakaran bagi menentang PT Athletic. Skuad kendalian Nazrulerwan Makmor pula dibarisi pemain seperti Latiff Suhaimi, Syazwan Zainon, Faris Shah […]

Liga A1: Ledakan Kogileswaran Pastikan Malaysian University Tunduk Kepada BR Damansara

Aksi Minggu Ke-3 Liga A1 Semi Pro menyaksikan BR Damansara mencatatkan kemenangan berdepan Malaysian University. Kedua-dua pasukan dalam momentum terbaik tatkala BR Damansara masih mengekalkan rekod kebal dalam liga. Malaysian University telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila menundukkan PDRM sekaligus bakal berdepan JDT. Aksi babak pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan […]

Penang Berteka-Teki Dengan Kogileswaran

Bekas pemain Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran kini masih menanti tawaran daripada Penang sama ada kontrak beliau akan dilanjutkan atau tidak bagi musim baharu ini. Kontrak pemain berusia 25 tahun ini telah tamat pada hujung tahun lepas. Beliau akui masih mahu beraksi bersama The Panthers.  Penang setakat ini telah mengumumkan seramai 25 pemain yang sah akan […]

Kontrak Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Sudah Tamat?

Perkembangan berkaitan pemain sayap negara, Kogileswaran Raj sudah lama tidak kedengaran namun perjalanan beliau di Korea Selatan bersama kelab divisyen dua, Chungbuk Cheongju FC difahamkan sudah berakhir. Pemain berusia 24 tahun itu memilih untuk berhijrah ke Korea Selatan sungguhpun menerima beberapa tawaran dari kelab Asia Tenggara. Masa depan bekas pemain PJ City ini berlangsung penuh […]

R. Kogileswaran Bakal Sertai Sebuah Kelab Pantai Timur?

Sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur difahamkan menunjukkan minat untuk membawa pulang pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan kelab liga kedua Korea, Chungbuk Cheongju FC namun bergelut untuk merebut tempat. Kelibat beliau kali terakhir disaksikan pada bulan Mac lalu sebelum terus disisih oleh barisan kejurulatihan kelab. Kudrat […]

Prestasi Chungbuk Cheongju Jatuh Merudum

Prestasi yang ditampikan oleh pasukan K2 League, Chungbuk Cheongju semakin teruk apabila mereka kini terpelosok di tangga kedua tercorot liga. Pasukan Korea ini membawa masuk beberapa pemain pada jendela perpindahan lalu termasuklah mendapatkan khidmat pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Chungbuk bagaimanapun gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas mengharungi 11 aksi setakat ini. Sungguhpun berhasil mencatatkan […]

Jurulatih Chungbuk Cheongju Yakin Kogileswaran Bakal Jadi Bintang Di Korea

Jurulatih pasukan Chungbuk Cheongju, Choi Yoon-gyeom percaya bahawa Kogilesawaran mampu menjadi pemain import yang terbaik di Korea ini. Beliau kagum dengan peningkatan yang ditampilkan oleh Kogi dalam usaha untuk segera mengadaptasi dengan corak permainan di Liga ini. “Kogi berjaya menurunkan berat badan dengan sendirinya untuk menjadi kompetitif, dan usahanya untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak […]

Kogileswaran Raj Disambut Seperti Wira Oleh Penyokong Chungbuk Cheongju

Pemain sayap Chungbuk Cheongju, Kogileswaran Raj disambut baik para peminat dan penyokong pasukan selepas melakukan penampilan pertama bersama kelab baharunya. Menjadi salah seorang watak penting ketika membawa Chungbuk Cheongju mencatat kemenangan dalam aksi Korean FA Cup pada kelmarin, Kogi mendapat perhatian peminat-peminat yang menunggu di perkarangan luar stadium. Dalam satu video yang dimuat naik laman […]

Kogileswaran Terkejut Dengan Kualiti Liga Korea

Pemain sayap negara, Kogileswaran Raj tudak menyangka dengan kualiti bola sepak yang dipamerkan oleh saingan liga di Korea. Umum mengetahui bahawa pemain berusia 25 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab K2 League, Chungbuk Cheongju FC setelah dilepaskan oleh PJ City FC. Beliau baru sahaja melakukan debut yang cukup luar biasa tatkala membantu pasukannya mencatat […]

Debut Lain Macam Kogileswaran Bawa Chungbuk Cheongju Tewaskan Seoul Jungnang

Selepas menanti R. Kogileswaran membuat kemunculan pertama bersama Chungbuk Cheongju, penantian penyokong Malaysia dianggap berbaloi. Ini selepas bekas pemain sayap PJ City itu membantu Chungbuk mara ke pusingan ketiga Korean FA Cup selepas menundukkan kelab K4 League, Seoul Jungnang. Sebaik sepak mula, barisan serangan Chungbuk terdiri daripada Kogileswaran, Lee Seung-jae dan Jung Min-woo mengasak kubu […]

Debut Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Akhirnya Tercapai

Pemain sayap pasukan K2 League, R. Kogileswaran membuat penampilan sulung bersama pasukannya, Chungbuk Cheongju FC hari ini. Bekas bintang PJ City FC ini mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan setelah menanti peluang dengan cukup lama. Pemain berusia 25 tahun ini telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Korea Selatan setelah meninggalkan pasukan sungguhpun mendapat beberapa tawaran dari […]

Seorang Lagi Pemain Malaysia Bakal Ikut Kogileswaran Ke Korea Selatan?

Seorang lagi pemain Malaysia dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Kogileswaran Raj untuk beraksi di Korea Selatan. Senario bola sepak negara dikejutkan apabila bekas pemain PJ City FC itu membuat keputusan untuk terbang beraksi di Korea sungguhpun menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Singapura dan Thailand. Namun begitu, keadaan ini semakin menarik alabila seorang lagi pemain […]

Penyokong Malaysia Masih Menanti Kelibat R. Kogileswaran Di Korea

Para penyokong setia Malaysia dilihat terus mengikuti rapat bintang baharu Chungbuk Cheongju FC, R.Kogileswaran yang masih belum diturunkan sehingga kini. Bekas bintang Petaling Jaya City FC ini telah membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara bagi mengembangkan kariernya. Beliau difahamkan telah menerima dua tawaran daripada Korea namun memilik untuk menyertai kelab divisyen 2 tersebut. Namun […]

Gelagat R. Kogileswaran Terbaring Ketika Sesi Latihan Jadi Bualan

Pemain baharu pasukan Chungbuk Cheongju FC, R. Kogileswaran yang terbaring ketika sesi latihan tular dan menjadi bualan para penyokong Malaysia. Seperti yang sedia maklum, pemain berusia 23 tahun itu baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab K. League 2 tersebut daripada PJ City FC. Bekas pemain Sri Pahang ini menyahut cabaran dalam perjalanan kariernya apabila beliau […]

R. Kogileswaran Terima Tawaran Lebih Daripada Satu Kelab Di Korea

Beberapa hari lepas, bekas pemain sayap PJ City R. Kogileswaran sah menyertai kelab Liga Korea 2, Chungbuk Cheongju. Tetapi tidak ramai tahu, dia sebenarnya turut diintai oleh pesaing Chungbuk, Chungnam Asan. Hal ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi ciapan Twitternya dua hari lepas. Sebelum perpindahannya ke Chungbuk disahkan, khidmat Kogi diintai […]

Rasmi: R. Kogileswaran Sertai Kelab Korea, Chungbuk Cheongju

Pemain kelahiran Malaysia, R. Kogileswaran secara rasmi mengumumkan penghijrahannya ke kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Bintang berusia 24 tahun ini mula hangat diperkatakan selepas beliau memberi bayangan akan berhijrah ke luar negara bagi musim 2023. Sungguhpun pada awalnya, bintang Harimau Malaya ini dikaitkan dengan penyertaan ke kelab Singapura dan juga Thailand, beliau akhirnya […]