3 Pemain Handalan Dunia Pintas Kedudukan Lee Zii Jia

Kedudukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia telah dipintas oleh tiga pemain handalan dunia dari Asia. Zii Jia mempamer aksi memukau sebelum ini apabila meraih 2 gelaran juara di Thailand Open dan Australian Open selain membawa pulang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris. Kejayaan tersebut melonjakkan kedudukan Zii Jia secara berperingkat sebelum […]

Australian Open: Lee Zii Jia Raih Gelaran Juara Kedua 2024

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain perseorangan keenam dunia, Kodai Naraoka untuk meraih gelaran juara Australian Open 2024. Ini gelaran juara kedua Zii Jia dalam tahun 2024 selepas bergelar juara Thailand Open 2024 pada bulan lalu. Selepas melepasi cabaran Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir semalam, kini […]

All England: Lee Zii Jia Gah Singkirkan Kodai Naraoka

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua All England Open Championship 2024. Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya mara selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka. Kemenangan ini amat bermakna buat beliau selepas tiga kali tewas kepada Naraoka dalam empat pertemuan sebelum ini. Kali terakhir kedua-duanya bertemu […]

Lee Zii Jia Dilabel Lebih Matang & Berani

Permainan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia disifatkan sebagai lebih baik menjelang kejohanan All England 2024. Pandangan ini dilontarkan bekas jurulatih negara, Sairul Amar Ayob yang melihat peluang Lee Zii Jia untuk menumbangkan Kodai Naraoka di pusingan awal kejohanan itu tetap ada. Beliau berkata kepada Astro Arena bahawa, persembahan di atas gelanggang lebih penting baginya […]

India Open: Lee Zii Jia Tumbang Kepada Pemain Pilihan Kedua Kejohanan

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pamer kesungguhan sebelum dikecewakan Kodai Naraoka dalam aksi suku akhir India Open. Zii Jia yang menumbangkan Jonatan Christie sebelum ini dilihat mendominasi set pertama dengan jauh meninggalkan lawannya dari Jepun itu 17-7. Ketenangan Zii Jia mematikan pukulan Naraoka berjaya memastikan set pertama menjadi milik pemain kelahiran Kedah itu […]