Kobe Jae Sudah Dapat Kerakyatan Malaysia?

Pemain muda berbakat, Kobe Jae Chong memberi bayangan bahawa beliau sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Sebelum ini, bakat pemain berusia 22 tahun itu memikat ramai peminat bola sepak negara setiap kali turun beraksi untuk kelab-kelab di England. Ini membuatkan ramai ingin tahu bila Kobe akan menerima panggilan menyertai skuad negara baik untuk skuad Harimau Malaya atau […]
Kobe Jae Chong Pamer Kecemerlangan Di Barwell FC

Kobe Jae Chong kini mempamerkan kecemerlangan di Barwell FC apabila mencatat 11 gol dan bantuan jaringan pada musim ini. Pemain warisan Malaysia ini pantas menyesuaikan diri buat pasukan Barwell yang berada dalam saingan Southern League Premier Division Central. Baru-baru ini, Kobe mencetak 1 bantuan jaringan dan membantu Barwell mengikat Alvechurch FC 2-2. Kini pemain berusia […]
Dua Bintang Muda Malaysia Gegar Gawang Eropah

Dua bintang muda Malaysia yang kini bermain di eropah mempamerkan aksi cemerlang setelah berjaya mencetak gol peribadi. Richard Chin yang baru sahaja menyertai Dartford secara pinjaman dari Charlton Athletic bukan sahaja menjaringkan gol, malah turut melakukan bantuan jaringan dalam kemenangan selesa 3-0 Dartford ke atas Torquay. Pertahanan kiri berusia 21 tahun itu antara pemain yang […]
Pemain Warisan Malaysia Mengganas Di England

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong terus menyerlah bersama Alvechurch dengan kali ini menyumbat gol kemenangan menentang Stratford Town semalam. Kobe yang semakin serasi bersama pasukan barunya itu bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-66 untuk menjaringkan gol. The Church dianugerahkan sepakan penalti apabila pertahanan The Bards menjatuhkan penyerang mereka, Adan George dalam kotak penalti. Kobe tenang […]
Kobe Chong Bantu Alvechurch Dapat Kemenangan Pertama

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong boleh menghela nafas lega kerana membantu Alvechurch meraih kemenangan pertama dalam saingan Southern League Premier Division Central semalam. Kobe yang menyertai The Church pada pertengahan Julai lalu kini menjadi tonggak utama skuad berkenaan di bahagian tengah. Selepas hampa ditundukkan 2-0 oleh Hitchin Town dalam perlawanan pembukaan pada 5 Ogos lalu, Alvechurch […]
Gol Tunggal Kobe Chong Pastikan Alvechurch Raih Kemenangan Berganda

Pemain kacukan Malaysia, Kobe Chong mula mencipta impak bersama pasukan barunya, Alvechurch dengan membantu mereka meraih kemenangan berganda dalam aksi pra-musim. Pemain tengah berusia 22 tahun itu membantu The Church meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Sutton Coldfield Town pada 22 Julai lalu. Ini disusuli kemenangan 1-0 ke atas Boldmere St. Michaels yang berlangsung semalam. […]
Kobe Chong Kekal Di Eropah, Sertai Alvechurch

Pemain kacukan Malaysia, Kobe Chong kini sudah mempunyai kelab baru selepas berpisah dengan Nuneaton Borough pada Mei lepas. Kobe sah menyertai Alvechurch dengan pengumuman perpindahan dibuat awal pagi tadi. “Kami gembira untuk mengumumkan Kobe telah bersetuju menyertai The Church untuk musim 23/24. Kami tidak sabar melihat pemain tengah berbakat ini beraksi pada Selasa ini di […]
Jodoh Kobe Chong & Nuneaton Borough Hanya Bertahan 3 Bulan

Jodoh pemain kacukan Malaysia, Kobe Chong bersama kelab barunya, Nuneaton Borough hanya bertahan selama tiga bulan selepas mereka difahamkan berpisah akhirnya. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan bekas pemain utama di Peterborough sebelum membuat keputusan untuk menyertai AFC Telford United. Namun begitu, jodoh pemain ini tidak panjang sebelum membuat keputusan untuk menyertai Nuneaton Borough. Keputusan […]
Nuneaton Borough Pasukan Baru Kobe Chong

Selepas dilepaskan AFC Telford United, Kobe Chong tidak menunggu lama untuk mendapat pasukan baru. Ini selepas Nuneaton Borough mengumumkan perpindahannya secara percuma ke kelab berkenaan hari ini. Kehadiran bekas pemain remaja Cagliari itu sudah mengundang keterujaan dalam kalangan penyokong Boro. Menurut kelab divisyen ketujuh England itu, perpindahan ini takkan berlaku tanpa sokongan penyokong yang menyumbang […]
Kontrak Kobe Chong Bersama Telford United Dibatalkan

Kontrak pemain kacukan Malaysia-England, Kobe Chong telah pun ditamatkan bersama AFC Telford United secara persetujuan bersama. Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan divisyen ke-6 itu pada pertengahan musim lalu dan telah pun melakukan lebih daripada 14 penampilan bersama pasukan. Beliau dilihat memainkan peranan yang cukup penting untuk membawa cabaran pasukan namun jodohnya kelihatan tidak […]
Bakat Kobe Chong Tidak Dihargai Di Eropah?

Pemain sensasi Malaysia-England, Kobe Chong berkemungkinan tidak akan kekal beraksi Di Eropah setelah dikhabarkan bergelar ejen bebas. Bintang muda berusia 21 tahun itu merupakan antara pemain masa depan buat Malaysia setelah beberapa tahun berjaya menempatkan diri dalam kancah bola sepak Eropah di beberapa negara. Namun begitu, beliau dikesan mula kehilangan tempat selepas dilepaskan oleh bekas […]
AFC Telford Peroleh Kemenangan Pertama Liga Tewaskan Banbury

Kelab devisyen ke-6 England yang diwakili pemain warisan Malaysia, Kobe Chong akhirnya memperoleh kemenangan pertama National League North selepas berjaya menewaskan Banbury United di Stadium New Bucks Head, Shropshire. Selepas mengharungi 19 perlawanan liga, AFC Telford United akhirnya memperoleh kemenangan pertama selepas sebelum ini seri sebanyak 4 perlawanan dan tewas 14 kali. Jaringan daripada George […]
Video: Laju Sangat, Gol Kobe Chong ‘Musnahkan’ Jaring

“Pakai tali pinggang anda, KJC Airways. Jaringan hebat Kobe Jae Chong yang memusnahkan jaring.” Tulis laman Twitter Non-League Gems yang mengemas kini dan mengenal pasti ‘bintang dalam pembikinan’ dari pasukan bukan liga utama di England. Pemain warisan Malaysia, Kobe Jae Chong yang kini berumur 21 tahun menempa nama sebagai prospek masa depan AFC Telford United […]
Kobe Chong Bantu AFC Telford Atasi Kings Langley

Pemain kacukan Malaysia-England, Kobe Chong terus membuktikan kebolehan sebenadnya apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu AFC Telford United menewaskan Kings Langley semalam. Beliau yang kini mengembangkan karier bersama pasukan divisyen 6 England itu membuktikan kebolehan beliau bersama pasukan. Pemain berusia 21 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan apabila diturunkan dalam kesebelaan utama pasukan […]
Kobe Chong Sertai Telford United

Pemain tengah kelahiran England-Malaysia, Kobe Jae Chong secara rasminya menyertai pasukan AFC Telford United pada saingan musim baru ini. Perancang muda berbakat ini sebelum ini berkelana bersama kelab divisyen 1 di England bersama Peterborough United namun kontraknya sudah pun tamat. Beliau yang sebelum ini dikhabarkan bakal menyertai pasukan Liga Super memilih untuk terus kekal berkelana […]
Kobe Chong Ganti Azam Azih Di Sri Pahang?

Walaupun terdapat desas-desus mengatakan bahawa pemain berdarah kacukan Malaysia-England, Kobe Jae Chong akan berhijrah ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi dari pasukan JDT mahupun dari Kobe sendiri. Baru-baru ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada memuat naik satu ciapan di laman twitter milik beliau berkenaan status […]