MPFL: JDT Bangkit Belasah KL City

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) apabila bangkit dari ketinggalan untuk membelasah KL City pada Ahad. Selepas berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas seteru utama, Pahang Rangers minggu lalu, JDT berkunjung ke ibu kota untuk berdepan KL City yang merupakan pasukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan membariskan pemain-pemain terbaik yang […]

Skuad Muda Kelantan Kekalkan Rentak Kemenangan, Tundukkan KL City

Skuad muda Kelantan meneruskan rentak cemerlang dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 apabila menewaskan KL City FC hari ini. Pasukan Pantai Timur itu mahu meraih kemenangan buat kali keempat selepas menewaskan Melaka 3-1 pada 18 Mei lalu. Hasrat sama turut dizahirkan KL City yang dibimbing jurulatih, Muhammad Zamri Hassan @ Manap. Pasukan itu telah meraih […]

Miroslav Kuljanac Mohon Aksi KL City Dan Kuching City Ditunda

Ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac berharap aksi antara KL City dan Kuching City pada 13 Jun ini dapat ditunda ke tarikh lain. Saingan pusingan 16 Piala FA telah mempertemukan KL City dan Kuching City namun perlawanan yang dijadualkan pada pertengahan Jun itu telah merisaukan Miroslav Kuljanac. KL City kehilangan 7 pemain yang menerima panggilan […]

Lagi Kejadian Baling Batu & Mercun Berlaku Pada Aksi KL City & JDT

Aksi liga membabitkan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam dicemari dengan insiden penyokong membaling batu dan mercun. Satu video yang dimuatnaik SNE Sport menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong KL City bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan. Mereka dilihat cuba menghalang penyokong JDT daripada meninggalkan Stadium […]

Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol. Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila […]

Liga Super: JDT Berpesta Gol Atasi KL City

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi ketiga saingan Liga Super 2024/2025 menentang KL City. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan pelawat. Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac memberi kepercayaan kepada Azri Ghani untuk kekal menjaga terakhir pasukan sementara pasukan pelawat menurunkan penjaga gol nombor satu negara, Ahmad Syihan […]

Paulo Josue ‘Tewaskan’ Syihan Hazmi

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi kali ke-2 musim ini. Pertemuan antara KL City dan JDT di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi ini. Pertarungan sengit berlangsung pada 30 minit pertama permainan sebelum satu serangan balas oleh Harimau Selatan berjaya membolosi […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs JDT (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 3 menyaksikan pertembungan menarik antara dua finalis Piala FA 2023, KL City dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio optimis bahawa skuad Harimau Selatan akan memperagakan aksi terbaik sungguhpun beraksi pada waktu petang. “Kita sekali lagi akan beraksi di waktu petang dan ia tidak akan menjejaskan rentak […]

“45 Pemain JDT Miliki Kualiti Yang Sama” – Brendan Gan

Pemain tengah KL City, Brendan Gan yakin Johor Darul Ta’zim (JDT) masih tetap pasukan pilihan meskipun kehilangan tonggak utama menjelang pertemuan dalam saingan Liga Super pada Sabtu. Minggu lalu, bintang muda JDT, Arif Aiman menjadi kerisauan para peminat apabila namanya disisihkan akibat kecederaan ketika berdepan Negeri Sembilan sekaligus menyebabkan khidmatnya juga tidak dapat digunakan oleh […]

Hilang 5 Tonggak Utama Lawan JDT, KL City Tak Mahu Mengalah Awal

Jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac enggan berputus asa meskipun berdepan juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok. Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan turun tanpa beberapa tonggak. JDT dilihat tempang tanpa peledak berbisa mereka, Bergson da Silva dan pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi. Sementara KL City pula terpaksa menyisihkan khidmat […]

KL City & Terengganu ‘Ganti’ JDT

Dua wakil Liga Malaysia, Kuala Lumpur City dan juga Terengganu menjadi pengganti Johor Darul Ta’zim (JDT ) di Shopee Cup. Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan usaha FAM dan MFL untuk membantu JDT memberi fokus terhadap saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Hal ini susulan tiada pertembungan aksi antara dua […]

Brendan Gan Mahu Malaysia Jadi ‘Raja Asia Tenggara’

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan mahu pasukan Malaysia menjadi pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara. Brendan Gan berpendapat kejohanan ASEAN Championship memberikan banyak kebaikan untuk pasukan negara dan tidak memandang rendah kualiti kejohanan tersebut. ASEAN Championship atau dulunya dikenali sebagai Piala AFF bakal menampilkan 10 pasukan dan dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga […]

Piala MFL: KL City Malukan Kedah 3-0

Skuad KL City FC Extension membuka kempen Piala MFL dengan kemenangan apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B 3-0. Beraksi di Stadium Darul Aman, skuad muda Kedah B yang dibimbing Mohammad Khairul Ismail dilihat pasukan pilihan bila menentang pasukan Lembah Klang itu. Dan kelebihan itu cuba dimanfaatkan sebaik perlawanan bermula. Sang Kenari berusaha […]

Ejen Jelaskan Maksud Pada Baju Putih Paulo Josue

Ketua Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue sebelum ini mempamerkan baju putih selepas meraikan jaringannya dalam aksi Liga Super menentang Kuching City FC. Pastinya ramai yang masih belum mengetahui apakah sebenarnya maksud yang cuba diluahkan oleh Josue pada baju tersebut. Ejen kepada Josue iaitu Etminan Brazil telah menjelaskan dengan terperinci maksud sebenar […]

“Pengganti Kamal Azizi Perlu Buat Sehabis Baik” – Haqimi Azim

Penyerang KL City, Haqimi Azim mengharapkan pemain yang bakal mengganti tempat Kamal Azizi dapat memberikan aksi terbaik bagi membantu pasukan meraih kejayaan. Kamal Azizi yang merupakan tonggak utama di posisi pertahanan kanan KL City hanya sempat beraksi beberapa minit sahaja sebelum dikeluarkan akibat kecederaan serius di bahagian lengan pemain tersebut. Menurut pemain muda pasukan, Haqimi […]

Ketumpulan Penyudah Resahkan KL City

Ramai penyokong KL City FC resah dengan ketumpulan jentera serangan pasukan itu dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25 baru-baru ini. KL City yang turun menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten, Paulo Josue pada minit ke-12. Walau bagaimanapun, The Cats kembali menyamakan kedudukan enam […]