KL City Umum Nenad Bacina Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Pasukan KL City sebentar tadi mengumumkan Nenad Bacina sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Bojan Hodak. Nenas Bacina merupakan penolong jurulatih kepada Bojan Hodak. Pengalaman yang dimilikinya bukan biasa-biasa.  Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendali Johor Darul Ta’zim dan pasukan negara bawah 19 tahun.  Nenad Bacina juga mempunyai pengalaman […]

Piala Malaysia: KL City ‘Bantai’ Penang

Finalis Piala FA 2023, KL City FC meneruskan rentak kemenangan di bawah pengendali sementara Miroslav Rulajkrana dengan membelasah Penang FC 4-0 dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023. Selepas kempunan meraih trofi Piala FA musim ini, The City Boys mengidam kembali beraksi di pentas final Piala Malaysia dan mengulangi kejayaan menjulang trofi […]

KL City Berdepan Ujian Hebat Tanpa Paulo Josue

Menjelang perlawanan Piala Malaysia 2023 menentang Penang FC malam ini, KL City FC bakal beraksi tanpa kehadiran ayam tambatan dan kapten, Paulo Josue. Ini selepas pemangku jurulatih The City Boys, Miroslav Kuljanac mendedahkan beberapa pemain terpaksa direhatkan akibat kecederaan termasuk pemain naturalisasi Malaysia itu. Dengan Josue direhatkan untuk aksi malam ini, KL City FC bakal […]

Perpindahan J. Partiban Ke Kedah Untungkan KL City

CEO KL City FC, Stanley Bernard Samuel menyifatkan perpindahan pemain sayap mereka, J. Partiban secara pinjaman ke Kedah Darul Aman (KDA) FC bersifat menang-menang buat kedua-dua belah pihak. Selepas mendapat tahu keinginan KDA FC mendapatkan Partiban, beliau ingin tahu sama ada bekas pemain sayap Perak FC itu akan dimanfaatkan sebagai pemain utama atau sebagai pemain […]

Bekas Pemain Piala AFC Bakal Perkuat Kedah?

Selepas mendapatkan Moses Atede dan Ifedayo Olusegun, Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain sayap KL City FC, J. Partiban. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran hari ini. Pemain sayap berusia 30 tahun itu bakal berpindah ke Stadium Darul Aman secara pinjaman sehingga akhir musim. Sebelum ini, Partiban […]

Prestasi Cemerlang Zhafri Yahya Mula Curi Perhatian Ramai

Prestasi cemerlang Zhafri Yahya bersama KL City sejak kebelakangan ini mula mencuri perhatian ramai. Terkini, Zhafri berjaya mencetak 1 gol menerusi rembatan kencang buat pasukannya sewaktu menentang Kelantan FC. Pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjaringkan 2 gol serta 2 bantuan jaringan dalam 5 perlawanan terakhir bersama KL City. 2 bantuan jaringan berlaku sewaktu menentang […]

Jaringan Gol J. Partiban Bantu Lonjak Keyakinan Dirinya

Jaringan gol pertama J. Partiban bagi musim ini sewaktu menentang Kelantan membantu pasukan The City Boys menang besar dengan jaringan 5-1. J. Partiban mengakui jaringan tersebut membantu melonjakkan lagi keyakinan dirinya setelah lama tidak bermain ekoran ditimpa kecederaan. “Saya berasa gembira kerana sudah lama tidak bermain ekoran kecederaan dan jaringan gol ini membantu saya mendapatkan […]

“Kami Tak Pernah Jumpa Pasukan Sebaik KL City” – Jurulatih Kelantan FC

Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera menyifatkan KL City FC merupakan pasukan terbaik yang pernah ditentangnya sepanjang bersama pasukan. The Red Warriors terpaksa menelan duka sekali lagi apabila tewas besar kepada The City Boys dengan keputusan 5-1 di Cheras. Dalam satu sesi temubual selepas perlawanan, bekas pengendali Persita Tangerang itu tetap berpuas hati dengan perjuangan […]

Liga Super: KL City Berpesta Gol Tewaskan Kelantan

Aksi ke-18 Liga Super 2023 menyaksikan finalis Piala FA, KL City FC tidak berdepan masalah untuk membenam Kelantan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi percubaan pemain import, Leonardo Rolon seawal minit ke-3. Tersentak dengan jaringan tersebut, The City Boys menggandakan asakan untuk menembusi gawang gol […]

Persib Bandung Letak Harapan Besar Kepada Bojan Hodak

Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung mengharapkan jurulatih baru mereka, Bojan Hodak dapat menggunakan magisnya bagi merealisasikan sasaran musim ini. Pengurusan Maung Bandung menetapkan sasaran empat kedudukan teratas dalam liga untuk saingan liga musim ini. Ini bermakna Hodak perlu mengulangi pencapaian jurulatih sebelumnya, Luis Milla yang meraih tempat ketiga Liga 1 Indonesia untuk Pangeran Biru […]

Bojan Hodak Jawab Punca Tinggalkan KL City

Berita mengenai peletakan jawatan Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan para penyokong The City Boys. Bojan Hodak memaklumkan bahawa beliau telah menerima 3 tawaran pada Disember tahun lepas dan telah berbincang perkara tersebut dengan Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard. Namun menurutnya ketika itu beliau masih belum […]

Warga Indonesia Gerun Tengok Bojan Hodak

Kehadiran bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendapat liputan meluas di Indonesia yang gerun dengan reputasi dan gayanya mengendalikan pasukan. Jurulatih berusia 52 tahun itu bersama The City Boys sejak tahun 2021 dan mengecapi kejayaan yang cukup memberangsangkan terutamanya apabila membawa pasukan ke pentas akhir Piala AFC. Bekas jurulatih JDT ini bagaimanapun membuat keputusan […]

Pengganti Bojan Hodak Di KL City Akhirnya Terjawab

Teka-teki mengenai pengganti posisi Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City akhirnya mencapai kata putus. Pengendali kelahiran Croatia itu telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila memutuskan untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Jurulatih berusia 52 tahun itu akan mengemudi pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung yang juga telah memecat pengendali terdahulu. Perpindahan ini menyaksikan […]

Bojan Hodak Letak Jawatan Jurulatih KL City

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak secara rasminya tidak lagi bersama pasukan apabila membuat keputusan untuk meletak jawatan. Keputusan mengejut dibuat oleh pengendali kelahiran Croatia itu apabila memutuskan untuk tidak meneruskan perjuangan bersama The City Boys. “Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. […]

Safuwan Baharudin: KL City ‘Ajar’ Cara Berdepan JDT

Pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharudin akui pasukan KL City berjaya berikan tentangan sengit kepada juara Piala FA 2023, Johor Daruk Ta’zim (JDT) ketika aksi final tempoh hari. Ketika ditanya mengenai persiapan pasukan Selangor yang bakal berdepan JDT kelak, Safuwan tidak meletakkan satu sasaran yang tinggi sebaliknya menagih semangat dan momentum kemenangan dalam pasukan The Red […]

Giancarlo Gallifuoco Tetap Bangga Dengan Perjuangan Hebat KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco tetap bangga dengan usaha yang ditampilkan pasukan itu walaupun tewas 2-0 kepada juara Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Ini kerana The City Boys menunjukkan persembahan mantap pada separuh masa pertama dan hampir-hampir mengejutkan tuan rumah menerusi Matko Zirdum dan T. Saravanan. Walaupun tewas 2-0 pada […]