Paulo Josue: KL City Sasar Kedudukan Enam Terbaik

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap dapat membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan enam terbaik. Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Bagaimanapun, selepas diikat 1-1 Penang FC pada minggu lepas, mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan The City Boys. Sekiranya KL City berjaya […]

Giancarlo Gallifuoco Yakin KL City Miliki Pengganti Sempurna Buat Kevin Mendoza

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco percaya prestasi pasukan itu tidak akan terjejas dengan pemergian penjaga gol utama mereka, Kevin Ray Mendoza. Mendoza tidak lagi bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu selepas menerima tawaran daripada kelab Indonesia, Persib Bandung. Ini meninggalkan slot penjaga gol utama pasukan menjadi rebutan dua penjaga gol iaitu […]

Shukor Adan & KL City Rasmi Berpisah

Pasukan Kuala Lumpur City mengumumkan secara rasmi bahawa pembantu jurulatih, Shukor Adan sah meninggalkan pasukan bagi musim ini.  Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pihak kelab di Instagram yang menzahirkan penghargaan tinggi kepada Shukor Adan selepas bersama selama empat musim. Untuk rekod bersama KL City, beliau berjaya membawa kejuaraan Piala Malaysia 2021 dan mencipta sejarah kelab […]

Azri Ghani: Bersaing Dengan Pemain JDT Jadi Motivasi Terbaik

Penjaga gawang Kuala Lumpur City FC, Azri Ghani mengakui bahawa persaingan di kem kebangsaan bersama pemain yang berkualiti membantu beliau menjadi lebih baik. Azri Ghani yang ditemui selepas perlawanan menentang Kelantan United di Cheras berkata ianya suatu motivasi yang bagus buat dirinya untuk berada bersama pemain-pemain terbaik seperti pemain JDT di skuad kebangsaan. Dalam masa […]

Kevin Mendoza Sertai Kelab Indonesia, Persib Bandung

Bekas penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza secara rasmi telah diumumkan sebagai penjaga gol baharu kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung. Pemain kebangsaan Filipina itu menyertai The City Boys pada tahun 2021 dan mengukuhkan tempat selaku antara penjaga gol paling berjaya di Malaysia. Beliau telah membawa pasukan yang ketika itu di bawah kendalian Bojan […]

Kevin Ray Mendoza Tinggalkan KL City

Penjaga gol Filipina, Kevin Ray Mendoza sah akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan KL City FC. Ini selepas Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyiarkan poster penghargaan kepada beliau sepanjang bersama The City Boys susulan kemenangan 3-0 KL City ke atas Kelantan United FC hari ini. Sejak menyertai KL City pada 2021, Mendoza telah merekodkan 69 […]

Giancarlo Gallifuoco Tinggalkan Musim 2023 Lebih Awal

Tonggak pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco terpaksa melupakan hasrat bagi membantu pasukannya di Liga Super 2023 apabila disahkan mengalami kecederaan yang agak serius. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama di bahagian pertahanan The City Boys sejak beberapa musim kebelakangan ini terpaksa menghabiskan saingan musim ini lebih awal susulan kecederaan. Perkara ini dikongsikan menerusi hantaran […]

Kevin Mendoza Dikaitkan Ke Persib Bandung

Selepas Giancarlo Gallifuoco, giliran rakan sepasukan beliau dari KL City FC, Kevin Ray Mendoza pula dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung. Gosip perpindahan ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di X lebih sejam yang lalu. Sekiranya gosip perpindahan ini menjadi realiti, Mendoza bakal bersatu semula dengan bos lamanya di KL City, Bojan […]

Stanley Bernard: Semua Kelab Liga Super Patut Sasar Ke Asia

CEO KL City FC, Stanley Bernard melihat semua kelab Liga Super patut mempunyai matlamat untuk bertanding di peringkat benua Asia. Komen beliau ini timbul sebagai mengulas tindakan FAM mewajibkan semua pasukan Liga Super mewujudkan skuad Piala Presiden dan Piala Belia pada musim hadapan. Stanley mengakui dengan langkah tersebut, ini akan memberi kesukaran kepada pasukan Liga […]

Dikaitkan Ke Indonesia, Giancarlo Gallifuoco Pilih Setia Bersama KL City

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco memberi bayangan akan kekal bersama pasukan tersebut sungguhpun spekulasi mengenainya ke Indonesia tular di media sosial. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara pertahanan paling konsisten di Liga Super Malaysia dengan kudratnya membantu The City Boys mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun. Prestasi cemerlang di […]

Stanley Bernard: Saya Minta Maaf

Isu tunggakan gaji masih lagi menghantui kancah bola sepak di Malaysia. Selepas Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kini Kuala Lumpur City FC (KL City) turut terpalit dengan masalah ini. Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam proses dan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam masa yang sama, Stanley […]

Giancarlo Gallifuoco Dalam Radar Bojan Hodak

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco kini difahamkan sedang berada dalam pemantauan bekas jurulatihnya, Bojan Hodak untuk dibawa ke Indonesia. Khabar ini tular sejak beberapa minggu lalu namun dikukuhkan menerusi perkongsian wartawan The Star, T. Avineshwaran yang mengesahkan perkara ini. Pengendali kelahiran Croatia itu sudah berkelana di Indonesia bersama Persib Bandung dan berjaya […]

Nenad Bacina Kongsi Status Kecederaan Giancarlo Gallifuoco

Kekalahan Kuala Lumpur City FC (KL City) kepada Terengganu FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila pertahanan tengah mereka, Giancarlo Gallifuoco terpaksa dikeluarkan lebih awal kerana kecederaan. Insiden kecederaan yang menimpa pemain import dari Australia itu terjadi pada minit ke-73 selepas kepalanya bertembung dengan pemain gantian Terengganu, Argzim […]

Safee Sali: Pemain Buat Aduan, Kelab Kenakan Hukuman

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali mengingatkan para pemain agar tidak takut untuk membuat aduan bagi mempertahankan hak mereka sebagai seorang pemain profesional. Menerusi satu penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Safee melihat budaya menghukum pemain yang mempertahankan hak mereka adalah tidak sihat. Menurutnya, terdapat beberapa pemain yang tampil […]

Piala Malaysia: Terengganu Iringi JDT Ke Final, Tewaskan KL City

Terengganu berjaya merebut tiket ke final Piala Malaysia 2023 selepas menumbangkan KL City untuk mengiringi perjalanan juara bertahan, JDT di pentas akhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Terengganu memiliki dua peluang terbaik menerusi rembatan Sony Norde dan Habib Haroon namun ketangkasan penjaga gol The […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua menyaksikan pasukan Terengganu bakal menerima kunjungan KL City bagi merebut slot ke final Piala Malaysia. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki kelebihan satu gol selepas meraih kemenangan 2-1 di laman lawan. The City Boys sudah pasti mahu menamatkan rentetan kekalahan […]