Tular Aksi Penyokong Selangor & KL City Bergaduh

Pertembungan ‘derby’ Lembah Klang di antara Selangor FC dan KL City FC pada semalam telah dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras Kuala Lumpur. Perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2022 itu berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3. KL City selaku tuan rumah gagal mengutip tiga mata penuh setelah pasukan Selangor dihadiahkan dua sepakan penalti yang menatijahkan kepada jaringan. […]

Selangor Terpaksa Lupakan Khidmat 2 Tonggak Penting Menentang KL City

Selangor FC bakal turun tanpa 2 pemain utama mereka dalam pertemuan menentang KL City apabila kedua-dua pemain tersebut masih lagi mengalami kecederaan ketika perlawanan pra musim lalu. 2 pemain tersebut ialah Brendan Gan dan Safuwan Baharudin menurut laporan Sinar Harian. Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner mengesahkan perkara tersebut namun beliau tidak terlalu bimbang mengenai […]

2 Aksi Derbi Hiasi Perlawanan Pertama Liga Super 2022

Berbaki sehari lagi sebelum bermulanya perlawanan pertama Liga Super 2022, para peminat bola sepak tempatan pastinya tidak sabar melihat aksi kelab kegemaran mereka turun padang. Perlawanan pertama esok bermula dengan aksi Sabah menentang juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC. Namun apa yang mencuri tumpuan pastinya aksi derbi setempat dalam perlawanan pertama liga. Derbi Lembah […]

Lima Perpindahan Menarik Liga Malaysia

Saingan Liga Malaysia bakal bermula tidak lama lagi. Dengan Piala Sumbangsih sah milik Johor Darul Ta’zim, ramai tidak sabar menantikan saingan liga bermula. Berikut beberapa perpindahan yang menarik perhatian peminat dan pemerhati bola sepak negara. 1- Fernando Forestieri Penyerang Itali berpengalaman ini menempa nama di Serie A. Tetapi di Liga Kejohanan, namanya mula dikenali bersama […]

Kim Pan-gon Pantau Pemain JDT & KL City

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikhabarkan sudah pun memulakan tugasnya untuk melihat barisan pemain yang dirasakan layak untuk menyarung jersi kebangsaan. Pengendali berusia 52 tahun itu dilaporkan berada di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor bagi menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC. Menurut laporan oleh wartawan, […]

Safee Sali Tekad Gugat JDT

Penyerang KL City FC, Safee Sali optimis dengan kelebihan yang ada pada rakan pasukan bakal menggugat pasukan pendahulu liga 2021 itu dalam saingan Piala Sumbangsih esok. Dalam pada itu, Safee menjelaskan setiap saingan mesti ada keajaiban yang berlaku, akan tetapi beliau dan pasukan akan mempamerkan corak permainan yang terbaik untuk mengalahkan juara bertahan liga. Beliau turut […]

Irfan Zakaria Mahu Tambat Hati Bojan Hodak

Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC, Irfan Zakaria menyatakan bahawa sudah persiapkan diri jika diberi peluang dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Sabtu ini. Pemain yang berusia 27 tahun itu mengakui masih tiada keyakinan untuk kembali beraksi selepas diketepikan khidmatnya dalam perlawanan sejak kempen TM Piala Malaysia musim lalu. Namun, perkara itu bukan […]

Hadin Azman Bongkar Sasaran KL City Di Piala AFC

Pemain sayap KL City FC, Hadin Azman optimis dengan barisan pemain The City Boys musim ini mampu pacu KL City pergi ke peringkat akhir Piala AFC. Pemain berusia 27 tahun ini yakin akan kekuatan pasukan KL City untuk memberi saingan yang hebat musim ini. “Pasukan KL nak pergi sejauh yang boleh. Kalau boleh nak sampai […]

Azri Mahu Ikut Jejak Kevin Mendoza

Penjaga gol baharu Kuala Lumpur City FC, Azri Ab Ghani mengakui teruja apabila diberi peluang untuk beraksi dalam kelab yang telah menjuarai Piala Malaysia musim lepas. Penjaga gol yang berusia 22 tahun ini meluahkan rasa gembira apabila dapat bekerjasama dengan Kevin Mendoza kerana bagi beliau ini adalah peluang emas untuk belajar dan ambil ilmu dari […]

Shukor Adan Beri Amaran, Tiada Pemain Boleh ‘Mengelat’

Penolong jurulatih Kuala Lumpur City FC, Shukor Adan mengakui memerlukan masa untuk menjiwai bidang kejurulatihan kerana daripada pemain kepada jurulatih itu satu pengalaman baru bagi beliau. Shukor juga bersikap positif dengan situasinya sekarang dan ramai yang membantu memberikan ilmu kejurulatihan terutamanya barisan kejurulatihan dan staff supaya beliau melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Penolong jurulatih […]

Nik Shahrul Masih Dalam Fasa Pemulihan

Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Nik Shahrul Azim Ab Halim terima dengan hati yang terbuka apabila masih belum cukup sembuh untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2022 kerana kecederaan lutut yang dialaminya November lalu. Nik berkemungkinan memerlukan waktu yang lama sekitar dua bulan untuk fasa pemulihan. Akan tetapi, ujian ini tidak memutuskan semangat beliau untuk […]

Romel Morales Nyatakan Keinginan Perkuat Jentera Serangan Harimau Malaya

Juara Piala Malaysia 2021 KL City berhasrat untuk menaturalisasikan penyerang dari Colombia, Romel Morales apabila penyerang terbaik itu sudah menepati syarat lima tahun beraksi di Liga Malaysia untuk musim 2022. Morales akui mahu bersama-sama dengan Harimau Malaya jika dipanggil. Akan tetapi ini adalah perancangan jangka masa panjang untuknya apabila dinaturalisasi. “Memang dia (Morales) nak main […]

Shahidan Kassim Akan Beri Hadiah Buat Pemain KL City

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengumumkan bahawa para pemain KL City akan menerima habuan kemenangan setelah mereka berjaya menjulang piala berprestij, Piala Malaysia semalam. Ahli Parlimen Arau itu menyatakan sedemikian menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya. Beliau menjelaskan bahawa pihaknya akan menjemput pemain KL City untuk memberi hadiah selepas pengorbanan […]

Kenny Pallraj Akui Penghijrahan Ke KL City Adalah Keputusan Terbaik Dalam Kariernya

Pemain kelahiran Perak, Kenny Pallraj telah berkongsi sedikit sebanyak pengalamanya ketika bersama KL City FC yang telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Melaka United di separuh akhir dengan penentuan sepakan penalti.  Kenny dalam pada itu menyatakan bahawa sebelum beliau memutuskan untuk meninggalkan pasukan Perak, ada beberapa buah pasukan memberi tawaran […]

Piala Malaysia: Melaka United Ikat KL City Di Cheras

Pertembungan separuh akhir malam ini menyaksikan pasukan KL City FC melayan kunjungan Melaka United FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu berakhir dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan bermula rancak seawal minit kelapan permainan apabila sepakan percuma daripada Adriano menatijahkan gol pembukaan buat pasukan Melaka United FC malam ini.  Serangan demi serangan […]

Piala Malaysia: Selangor FC Terkulai Dihukum KL City FC

Pertembungan Derby Lembah Klang dalam saingan Piala Malaysia 2021 hari ini menyaksikan skuad Merah Kuning melayan kunjungan KL City FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya itu berakhir dengan kemenangan kepada KL City FC. Serangan awal bermula pada minit ketiga permainan, ketika Selangor FC mendapat peluang pertama melalui sepakan percuma apabila Kenny Palrajj […]