Pogba Dikatakan Punca Mohun Bagan Dibantai KL City

Pemain pertahanan tengah pasukan ATK Mohun Bagan, Florentin Pogba mendapat kecaman dan juga respon yang pelbagai daripada para penyokong dan juga media di India susulan prestasi kurang memberangsangkan semalam. Abang kepada bintang sensasi dunia, Paul Pogba itu merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk bagi memantapkan lagi  pasukan untuk bersaing di pentas AFC. Pertemuan menentang KL […]

KL City Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan separuh akhir antara zon semalam telah melonjakkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia. Pertemuan menentang wakil India, ATK Mohun Bagan menyaksikan anak didik Bojan mencipta kejutan apabila menang dengan keputusan 3-1. Jaringan pembukaan yang disudahkan oleh kapten pasukan, Paulo Josue sebelum dua jaringan dramatik pada akhir permainan menoktahkan […]

Rajagobal Puji Prestasi Cemerlang KL City Di Pentas AFC

Bekas jurulatih kebanggsaan, Datuk K. Rajagobal memuji prestasi cemerlang KL City setelah sekali lagi mencipta sejarah layak ke Final Interzone AFC Cup. Jurulatih berusia 66 tahun itu menyifatkan bahawa KL City mempamerkan corak permainan yang luar biasa dan sememangnya layak untuk pergi ke peringkat tertinggi. “Setinggi-tinggi tahniah kepada @KLCityFootball paparan bola sepak yang hebat sebagai […]

Bekas Penyerang Kelantan Jadi Taruhan Mohun Bagan Berdepan KL City

Bekas penyerang Kelantan FC dikhabarkan bakal jadi taruhan Mohun Bagan dalam pertembungan separuh akhir inter-zon nanti. Pemain yang dimaksudkan itu ialah bekas penyerang kebangsaan Australia iaitu Dimitri Petratos yang kini beraksi bersama kelab India tersebut. Pemain berusia 29 tahun ini memiliki pengalaman yang cukup luas di peringkat Asia setelah berkelana bersama beberapa kelab elit di […]

Bojan Hodak Ada Pelan Khas Buat KL City Di Pentas AFC

Pengendali KL City, Bojan Hodak memberi bayangan bahawa beliau ada pelan khas buat KL City di pentas separuh akhir Piala AFC. Bagaimanapun, pengendali kelahiran Croatia ini akui bukan mudah untuk menghadapi Sabah. Malah, beliau turut menegaskan kepada anak buahnya terus bersedia dengan apa jua ancaman The Rhinos kerana mereka ada kelebihan yang  akan dibantu sokongan […]

Giancarlo Gallifuoco Teruja Bawa Nama Malaysia Di Pentas AFC

Pertahanan tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya untuk membawa cabaran pasukan dan juga Malaysia di pentas AFC. Bekas pertahanan bawah 23 tahun Tottenham Hotspur ini akui perasaan beliau sukar diungkap tatkala memacu cabaran The City Boys untuk menjulang lebih banyak kejayaan buat kelab dan juga negara. Katanya, Piala AFC ini […]

KL City Bakal Uji Kekuatan Sebenar Mohun Bagan

Juara AFC Zon Asean, KL City FC bakal berdepan cabaran kelab dari India, Mohun Bagan pada aksi separuh akhir antara zon Piala AFC. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini telah membatalkan pergantungan terhadap Pesekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF). Ekoran daripada penarikan serta merta ini, India boleh kembali aktif dalam menyertai pertandingan-pertamdingan antarabangsa. […]

Azri Ghani Cemerlang Bina Karakter Tersendiri Di Pentas Asia

Penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani tampil menzahirkan penghargaan kepada seluruh barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan kerana telah banyak mendorong beliau daripada pelbagai aspek untuk beraksi di pentas Asia. Terdahulu, tatkala Azri Ghani diberikan tugas menjadi penjaga gol Malaysia pada aksi Piala AFF B-23, beliau telah tersalah menilai arah bola. Perlawanan tersebut telah mengakibatkan […]

Piala AFC: KL City Belasah PSM Makassar Juarai Zon ASEAN

Wakil Malaysia di pentas AFC, Kuala Lumpur City FC tidak berdepan cabaran apabila mereka mudah menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Bojan Hodak turun dengan persembahan terbaik apabila berjaya membariskan hampir semua pemain terbaik pada malam ini. The City Boys jelas berada dalam keadaan terbaik apabila mereka mendominasi permainan seawal minit pertama […]

Liga Super: KL City Pamer Aksi Bertenaga Benam Cabaran Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super ke-17 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Negeri Sembilan FC yang berlangsung dengan cukup sengit hari ini. Skuad Hobin Jang Hobin turun dengan misi besar ke Stadium Cheras nyata tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Percubaan demi percubaan hadir oleh anak didik K.Devan dengan satu sepakan percuma […]

Final Piala AFC Zon ASEAN Bakal Dilangsungkan Di Stadium KLFA

Pertembungan pentas akhir Piala AFC Zon ASEAN yang melibatkan wakil serumpun,  Kuala Lumpur City FC dan juga PSM Makassar bakal berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. PSM Makassar yang juga wakil tunggal Indonesia berjaya melangkah ke final selepas menewaskan pasukan dari Malaysia, Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 2-1. Pada hari ini, satu lagi pertembungan wakil […]

Liga Super: Terengganu, PJ City Sama Handal

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Petaling Jaya City FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan kedua-kedua pasukan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan dilihat memperagakan aksi agresif sebaik perlawanan dimulakan dengan saling melakukan serangan ke benteng pertahanan lawan masing-masing. Terengganu yang menurunkan gandingan […]

Liga Super: Héctor Bidoglio Lulus Ujian Pertama, JDT Mudah Tewaskan KL City

Pertemuan Liga Super 2022 diteruskan dengan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan KL City FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan pasukan tuan rumah meraih tiga mata mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri. Jaringan pertama terhasil menerusi penjaring terbanyak liga, Bergson da Silva. Bergson mudah menewaskan penjaga gol KL City, Kevin […]

Kepulangan ‘Jeneral’ Akram Mahinan Nyalakan Perjuangan KL City

Kepulangan perancang tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan untuk mengetuai pasukannya menentang Kedah Darul Aman semalam membawa tuah apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri. Pemain berusia 28 tahun itu kembali dipertaruhkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengemudi jentera tengah pasukan bersama Arif Syakirin dan juga Romel Morales. Beliau kelihatan cukup tenang […]

Liga Super: Duka Penalti Ngah Wanja Beri Senyuman 3 Mata Buat KL City

Pertemuan dua pasukan yang bersaing di pentas AFC iaitu KL City dan juga Kedah Darul Aman berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan bermula dengan cukup baik apabila saling bertukar serangan. Walau bagaimanapun, KL hampir memevah kebuntuan menerusi rembatan Romel Morales pada minit ke-5 sebelum rembatan susulan Fakhrul Aiman singgah […]

Bojan Hodak Gembira Beri Peluang Pemain Muda Minit Permainan

Ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur City (KL City FC), Bojan Hodak berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh anak buahnya ketika berjaya mengikat PJ City dengan keputusan 0-0. Katanya, kehilangan beberapa tonggak utama termasuklah kesemua pemain yang menjadi tunjang utama di bahagian tengah jelas memberi kesan kepada persembahan pasukan. Walau bagaimanapun, pengendali kelahiran Croatia ini […]