“Dah Semak Dengan Kelab, Maklumat Pemain Warisan Tidak Betul”

Maklumat seorang pemain yang dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia disahkan tidak benar. Perkara ini disuarakan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad mengenai sosok yang dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Laman Frfuturetalents telah memuat naik biodata mengenai seorang pemain Cardiff City, Isaac James Davies yang dilaporkan berdarah Malaysia. Pemain berusia 23 tahun […]
Selepas Kobe Chong, Lagi Pemain Berdarah Perak Ditemui Di Arsenal

Malaysia berpotensi miliki seorang lagi pemain warisan berdarah Perak selepas Kobe Chong apabila kini beliau beraksi di Arsenal. Umum mengetahui bahawa Kobe merupakan pemain warisan Malaysia berdarah Perak menerusi bapanya yang berasal dari Ipoh. Perkongsian oleh laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa terdapat seorang lagi tonggak warisan negara yang berkelana di Eropah bersama kelab Liga Perdana Inggeris […]
“Saya Perhatikan Dari Tahun Lepas, Masanya Dengan Harimau Malaya Akan Tiba”

Bekas penjaga gol Malaysia, Azmin Azram Abdul Aziz melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gol Perak FC untuk mewakili Harimau Malaya. Beliau kini berkelana di Vietnam bersama Cong An Ha Noi (CAHN) FCÂ berkongsi pandangannya terhadap potensi yang dimiliki oleh penjaga gol berbakat, Ramadhan Abdul Hamid bersama Malaysia. Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke […]
Formula Kejayaan Malaysia Jadi Rujukan Negara Asia Timur

Formula kejayaan bola sepak Malaysia kini menjadi rujukan negara Asia Timur. Skuad kebangsaan baru sahaja menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 di tangga ketiga sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan seterusnya. Pendekatan yang digunakan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon dalam membentuk acuan terbaik hasil gabungan pemain muda, berpengalaman serta kacukan dan warisan mula membuahkan hasil. […]
Kim Pan-gon Tarik Perhatian FIFA

Khidmat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama pasukan Malaysia telah mendapat perhatian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial rasmi FIFA, FIFA menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan dan dukungan kepada pengendali dari Korea Selatan itu untuk kekal membimbing dan menerajui skuad Harimau Malaya. […]
Kobe Chong Dedah Perbezaan Bola Sepak Malaysia & England

Pemain warisan negara, Kobe Chong mendedahkan perbezaan ketara bola sepak Malaysia dan Eropah. Tonggak berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia dan mendapat liputan hangat dalam kalangan peminat. Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia dengan tiga kelab dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Menerusi satu temu bual besama Keesh Sundaresan di Stadium […]
Kontrak Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Terjawab

Kontrak Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya kini terjawab. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah mengambil alih skuad kebangsaan sejak tahun 2022 dan membantu negara mengecapi pelbagai kejayaan. Jurulatih berusia 55 tahun itu berjaya melonjakkan ranking FIFA negara hingga ke kedudukan 133 dunia ketika ini berbanding 174 kira-kira dua tahun yang lalu. Sungguhpun […]
“Beri Kim Pan-gon Masa” – Zainal Abidin

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan melaungkan sokongan agar Kim Pan-gon terus diberikan peluang sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan satu seri dalam dua aksi terakhir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 tetapi gagal melangkah ke pusingan seterusnya setelah menamatkan kumpulan D di tangga ketiga. Skuad kendalian Kim Pan-gon masih […]
Ranking FIFA: Malaysia Catat Peningkatan Mendadak, Naik Tiga Tangga

Ranking FIFA: Kemas kini terbaru kedudukan ranking FIFA menyaksikan Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dan naik tiga tangga. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terakhir apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan kebangsaan berjaya mengikat Kyrgyzstan sebelum menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1 di laman […]
3 Keutamaan Haqimi Azim Untuk Bergelar Penyerang Unggul

Penyerang muda negara dan KL City, Haqimi Azim berkongsikan tiga keutamaan beliau untuk bergelar penyerang unggul pada musim ini. Haqimi berjaya menjaringkan satu gol untuk KL City dalam aksi pusingan 16 Piala FA menentang Kuching City namun perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kuching City. Penyerang berusia 21 tahun itu turun sebagai pemain gantian […]
ASEAN Championship Fokus Terbaru Kim Pan-gon

Fokus terbaru pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon selepas ini ialah saingan ASEAN Championship 2024. ASEAN Championship atau nama komersialnya, ASEAN Mitsubishi Electric Cup kembali lagi untuk edisi 2024 bagi menentukan siapa jaguh bola sepak di rantau Asia Tenggara. Pan-gon melihat kejohanan ini penting buat skuad negara kerana ini bukan saja peluang menambah mata ranking Persekutuan […]
Kobe Chong Tiba Di Malaysia, Impian Penyokong Bakal Jadi Kenyataan?

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong sudah tiba di Malaysia. Tonggak berusia 22 tahun itu sebelum ini memberi bayangan akan terbang ke Malaysia beberapa minggu lalu dan akhirnya menjadi kenyataan. Beliau telah mengembangkan sebahagian besar kariernya di Eropah menimbulkan tanda tanya mengenai keberadaannya di Malaysia. Sebelum ini, laman Frfuturetalents melaporkan bahawa proses dokumentasi Wan Kuzain dan […]
Malaysia Rekod Markah Terbaik Negara Asean Di Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia

Malaysia dapat mengubati sedikit kekecewaan apabila muncul selaku negara Asean dengan rekod markah terbaik pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa menangguhkan hajat untuk ke Piala Asia 2027 lebih awal apabila mengakhiri cabaran di tangga ketiga Kumpulan D. Pungutan 10 mata itu bagaimanapun meletakkan Harimau Malaya selaku negara Asia Tenggara […]
Kim Pan-gon Buka Mulut Selepas Impian Besar Malaysia Tertangguh

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuka mulut selepas skuad negara menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendaliannya mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas mengutip 10 maat daripada 6 perlawanan Kumpulan D. Usaha itu bagaimanapun tidak mencukupi apabila Harimau Malaya mengakhiri cabaran di tangga ketiga. Pegendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terdapat beberapa […]
Azri Ghani Diramal Bersedia Galas Tugas Syihan Hazmi

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya penjaga gol KL City FC, Azri Ghani sudah bersedia menggalas peranan Syihan Hazmi Mohamed iaitu penjaga gol utama Harimau Malaya. Selepas Syihan terpaksa disisihkan Kim Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 akibat kecederaan, Azri dipilih menggalas tugas sebagai penjaga kubu terakhir negara. Penjaga gol […]
Perbandingan Nilai Pasaran Luqman Hakim & Haqimi Azim Jadi Bualan

Perbandingan nilai pasaran antara dua tonggak utama negara, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Haqimi Azim mencuri perhatian. Kedua-dua pemain ini beraksi bersama skuad B-23 negara dengan Haqimi kembali mendapat tempat di bawah kendalian Kim Pan-gon. Luqman pula berada dalam senarai bersedia sekaligus menyaksikan lebih ramai pemain muda mendapat tempat dalam percaturan pengendali Korea Selatan itu. […]