E. Elavarasan Sah Jadi Penolong Kim Pan-gon

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun mengesahkan bahawa beliau telah pun memilih E. Elavarasan sebagai penolong jurulatih tempatan dalam senarai barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah meneliti kesemua calon yang memohon jawatan tersebut dan mahu menjadikan pengendali berusia 60 tahun itu dalam senarai barisan kejurulatihan Harimau Malaya kendaliannya. Bukan […]
Penyokong Cadangkan Kim Pan-gon Ambil Alih Skuad Muda Malaysia

Perjalanan skuad bawah 23 tahun negara dalam Kejohanana Piala AFF B-23 berakhir selepas tewas sekali lagi kepada Laos. Kali ini tewas 0-2 dan sekaligus gagal untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut. Walaupun diakui pasukan negara tidak menurunkan barisan pemain terbaik dalam kejohanan ini, namun kekalahan kepada pasukan kerdil seperti Laos pastinya agak sukar […]
Irfan Bakti Yakin Pan-gon Tak Pilih Pemain Tangkap Muat

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti bersikap positif apabila Pan-gon benar-benar mahu mencari pemain yang bernilai dalam pasukan kebangsaan. Beliau berharap agar jurulatih baru skuad negara itu tidak memilih pemain dengan sambil lewa kerana perkara ini sangat penting bagi memperkuatkan lagi barisan skuad Harimau Malaya. Dalam pada itu, Irfan turut menegaskan tidak perlu ada unsur-unsur […]
Terpukau, Kim Pan-gon Lawat Fasiliti JDT

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk […]
Debut Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya Menentang Filipina Bulan Depan

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya ternyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air. Rata-rata mereka memahami berkenaan ‘proses’ sebelum tibanya kejayaan. Para peminat pastinya tertunggu-tunggu perlawanan pertama Kim Pan-gon dalam mengendalikan pasukan Harimau Malaya yang terluka selepas tersingkir awal di Piala AFF Suzuki 2020 tahun lepas. Persatuan Bola […]
Perpaduan Adalah Kekuatan – Kim Pan-gon

Ketua Jurulatih Kebangsaan Baharu, Kim Pan-gon kelihatan sudah ‘ulang kaji’ falsafah bola sepak di Malaysia. Menurut satu kenyataan, jurulatih Republik Korea itu sedar akan kekuatan yang ada pada bola sepak kebangsaan ini adalah dengan perpaduan yang kukuh. Kim Pan-gon dalam pada itu menyeru kepada semua pihak termasuk para peminat Harimau Malaya untuk sentiasa memberi sokongan […]
Kim Pan-gon Beri Bayangan Masa Depan Pemain Naturalisasi

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini menjelaskan kepada umum mengenai perancangan beliau sebaik sahaja dimumkan sebagai pengendali baharu Malaysia. Dalam sidang media tersebut, jurulatih berusia 52 tahun itu sudah pun memberi gambaran awal mengenai hasrat dan juga keinginannya untuk memperbaiki beberapa kelemahan dalam kem negara. Bukan itu sahaja, beliau juga optimis untuk memberikan segalanya […]
Kim Pan-gon Mahu Berikan Segalanya Buat Harimau Malaya

Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon secara rasminya telah diperkenalkan oleh media hari ini sebagai jurulatih bersama-sama 4 orang pembantunya sekaligus mengesahkan keberadaan bersama pasukan kebangsaan bermula hari ini. Dalam sidang media sebentar tadi, pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan bahawa beliau berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia. ‘Peluang untuk […]
Brendan Gan Yakin Pan-gon Mampu Bawa Falsafah Baharu Dalam Harimau Malaya

Pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan dilihat amat teruja dengan pelantikan pengendali Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan-gon. Pemain kacukan Malaysia/Australia itu menganggap kehadiran Pan-gon sebagai satu perkara yang positif buat skuad kebangsaan. Menurut Brendan, ketua jurulatih dari Korea itu bakal membawa dimensi baru dalam pasukan. “Mengenai kehadiran Pan-gon, saya pasti dia akan menerapkan falsafah […]
Pembantu Kim Pan-gon Telah Dikenal Pasti

Seorang jurulatih Liga Super telah pun dimuktamadkan bakal menjadi individu terakhir bagi melengkapkan senarai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai oleh Kim Pan-gon. Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh pengacara terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad memberi bayangan mengenai kriteria yang berjaya menambat hati pihak FAM dan juga Pan-gon sendiri. Jelas beliau dalam ciapan tersebut, […]
Kim Pan-gon Kini Berada Di Malaysia

Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat kelibat jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka bakal berakhir dalam masa terdekat. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tiba di Malaysia dari negaranya pada petang semalam. Jurulatih berusia 52 tahun itu hadir bersama barisan kejurulatihannya yang terdiri […]
Pan-gon Akan Pilih Sendiri Lawan Harimau Malaya Kelak

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan mengesahkan sebanyak enam negara telah menunjukkan minat untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya. Namun begitu, beliau berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu iaitu Kim Pan-gon sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Sungguhpun senarai negara tersebut tidak didedahkan, […]
Thailand Tak Sabar Uji Skuad Kim Pan-gon

Pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand mahu menguji kekuatan pasukan negara setelah melantik pengendali baharu, Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih baharu. Menerusi satu kenyataan oleh pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madam pang telah memberitahu bahawa pasukan Gajah Perang itu sudah pun merencanakan dua aksi persahabatan buat pasukan itu. Ia juga bakal melibatkan pertembungan antara pasukan kendalian Mano […]
Terengganu Sedia Lepaskan Nafuzi Jadi Pembantu Kim Pan-gon

Pasukan gergasi pantai timur, Terengganu FC menzahirkan rasa gembira sekiranya khidmat jurulatih pasukan, Nafuzi Zain dipilih untuk menjadi pembantu kepada jurulatih baharu pasukan negara, Kim Pan-gon. Menerusi satu kenyataan yang dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh, pasukan sentiasa terbuka dan bersedia untuk melepaskan jurulatih tersebut untuk membantu Harimau […]
Teka-Teki Bakal Terjawab, Tinggal Dua Nama Calon Akhir

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan bahawa FAM telah menyenarai pendek, dua nama calon terbaik untuk menyandang jawatan penolong jurulatih Harimau Malaya. Hamidin ketika ditemui pada semalam menjelaskan sesi temuduga telah dijalankan sepenuhnya oleh pengarah teknikal dan pihak jawatankuasa. Seramai enam orang calon telah memohon untuk menjadi pembantu kepada Kim Pan-Gon. […]
Kim Pan-gon Bawa Jurulatih Barcelona Ke Malaysia

Pengendali baru Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka bakal memperkuatkan barisan kejurulatihannya dengan membawa bekas jurulatih Barcelona bersama-samanya ke Malaysia. Menurut satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih yang dimaksudkan itu ialah Pau Marti Vicente yang juga merupakan pembantu jurulatih pasukan bawah 18 tahun Barcelona ketika ini. Jurulatih berusia 39 tahun itu dilaporkan […]