Sistem Latihan Kim Pan-gon Buat Pemain Sampai Tak Nak Bercakap

Kehadiran jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas membawa perubahan yang cukup signifikan dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan pasukan kebangsaan. Hal ini juga diakui oleh para pemain sambil mengakui latihan yang diterapkan oleh jurulatih yang berasal dari Korea Selatan ini membuatkan pemain sehingga tidak sempat untuk bercakap. Sungguhpun percaturan Pan-gon hanya boleh diketahui menjelang sepak […]
Wajah Dion Cools Tertekan, Dah Tak Sabar Wakili Malaysia

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Johan Cools dilihat sedikit gelisah dan juga tidak sabar untuk mewakili Malaysia menjelang siri perlawanan persahabatan di Singapura tidak lama lagi. Pertahanan Zulte Weregem ini tersenarai dalam senarai akhir 25 orang pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran negara sekaligus menjadi medan persediaan terbaik sebelum aksi […]
Kim Pan-gon Akan Laksanakan Larangan Pemain Malaysia Main Telefon

Tiada istilah sambil lewa ketika berada di kem skuad kebangsaan. Tuntutan negara sangat penting dan perlu disulami dengan disiplin yang tinggi. Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan beberapa larangan bagi mendisiplin pemain-pemain negara selain mahu mengekalkan fokus pasukan sepanjang tempoh kem latihan ketika ini. Perkara ini disahkan oleh pemain sayap negara, Faisal Halim. […]
Kim Pan-gon Nampak Potensi Pemain, Sepatutnya Menang Piala AFF

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya bahawa skuad kebangsaan mempunyai kualiti yang dimiliki dan sepatutnya menjadi juara Piala AFF tahun lalu. Menerusi satu kenyataan oleh Nazrin Arif yang juga merupakan wartawan dan pengulas sukan, beliau ada berkongsikan mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim. Menurut beliau, Faisal menyatakan bahawa […]
Zhafri Yahya Akui Perlukan Masa ‘Hadam’ Falsafah Pan-gon

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya mengakui dirinya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan rentak terbaik bersama Harimau Malaya dan jurulatih, Kim Pan-gon. Beliau yang buat pertama kali mendapat panggilan bersama pasukan kebangsaan itu berkata, pengalaman berharga ini amat penting buat diri namun tidak menafikan beliau perlu segera menyesuaikan diri. ‘Memandangkan saya baru […]
Pertembungan ‘Darah Muda’ Luqman Hakim Dan Ikhsan Fandi Hangatkan Perlawanan Malaysia & Singapura

Pertembungan dua bintang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dan juga Ikhsan Fandi dijangka bakal menghangatkan lagi perlawanan antara Malaysia menentang Singapura nanti. Ikhsan yang baru sahaja berusia 22 tahun itu sedang menikmati perjalanan musim yang cukup baik ketika ini setelah perpindahannya ke BG Pathum United melonjakkan lagi namanya. Bukan itu sahaja, ketajaman penyudahnya di hadapan […]
‘Tegas Dan Mesra’ Jadi Kunci Pan-gon Utuhkan Ikatan Hati Pemain Harimau Malaya

Kehadiran jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu jelas memberi impak yang cukup besar dalam usaha menyatukan semula para pemain yang dipanggil. Umum mengetahui bahawa pasukan negara melalui detik yang sukar apabila tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF Suzuki akhir tahun lalu. Ia seakan menambah duka apabila persembahan yang […]
Jangkaan Formasi Pilihan Kim Pan-gon

Pemilihan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih sebelum ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan sebagai pemilihan yang tepat sebagai langkah pantas memperbaiki prestasi merosot skuad kebangsaan disamping perletakan jawatan mengejut Tan Cheng Hoe pada awal tahun ini. Persoalan formasi pilihan Kim Pan-gon dan pemain yang ingin digunakan jurulatih Korea tersebut mula timbul walaupun beliau baru […]
Aura ‘Korea’ Kim Pan Gon, Skuad Kebangsaan Rancak Berlatih Bertemankan Lagu K-pop

Skuad kebangsaan Harimau Malaya terus menjalani latihan harian seperti biasa pada hari ini namun suasana sewaktu sesi latihan tersebut meraih perhatian ramai apabila kedengaran lagu-lagu K-pop diputarkan. Dalam satu video pendek di Twitter, Zulhelmi Zainal Azam yang merupakan wartawan sukan melaporkan skuad kebangsaan menjalani latihan hari ke-5 namun lagu latar didalam video terbabit mendapat perhatian […]
Sesi Latihan Harimau Malaya Terganggu, Wajarkah Pindah Ke Fasiliti Latihan JDT?

Cuaca yang tidak menentu terutamanya di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang dalam seminggu dua ini sedikit sebanyak mengganggu persiapan Harimau Malaya ketika ini sekaligus menyebabkan JDT dilihat sebagai tempat yang paling ideal untuk dimanfaatkan bagi sesi latihan negara. Menurut laporan kajian cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan bahawa berlakunya hujan di kebanyakan tempat […]
Kim Pan-gon Punya Pasal, Safiq Rahim Pernah Jadi Penyerang

Sejarah telah tercatat apabila pasukan Malaysia mudah ditewaskan Hong Kong dengan keputusan 0-2 pada tahun 2017 dalam aksi Kelayakan Piala Asia AFC 2019. Hong Kong ketika itu dilatih oleh Kim Pan-gon yang kini menjadi jurulatih Harimau Malaya manakala skuad negara ketika itu dilatih oleh Nelo Vingada atau lebih dikenali dengan jolokan ‘The Professor’. Kekalahan 0-2 […]
Kim Pan-gon Buat ‘Analisis Khas’ Memahami Budaya & Masalah Bola Sepak Malaysia

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar dan memahami budaya bola sepak tempatan sebelum mengambil tindakan yang dirasakan sesuai dengan keadaan bola sepak semasa. Pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan, beliau perlu meneliti sebaik mungkin mengenai segala perkara yang melibatkan pemain dan juga panggil untuk mewakili Harimau Malaya sebelum tindakan […]
Kim Pan-gon Tak Sampai Hati Lagi Terapkan Tempo Permainan Intensiti Tinggi

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon yakin dengan kebolehan setiap pemain yang ada untuk membentuk sebuah skuad yang mantap. Kim Pan-gon bersama skuad Harimau Malaya telah selesai menjalani sesi latihan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada semalam. Jurulatih yang berusia 52 tahun itu mengakui bahawa corak permainan yang berintensiti tinggi atau tempo permainan yang pantas […]
Kim Pan-gon Akhirnya Pilih Zhafri Yahya Ganti Darren Lok

Penantian pemain pasukan KL City FC, Zhafri Yahya untuk mewakili Harimau Malaya berkahir apabila beliau dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk menyertai latihan pusat kebangsaan. Persembahan memukau pemain berusia 27 tahun itu dalam saingan Liga Super musim ini telah berjaya menawan hati pengendali dari Korea Selatan itu. Menurut satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal […]
Kim Pan-gon Akan Terapkan ‘Taktikal Sebenar’, Bakal Buat Pemain Termuntah

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon telah selesai menjalani latihan sulung pada semalam. Hari pertama latihan pusat kem Harimau Malaya telah dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pengendali yang juga merangkap pengurus pasukan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa sesi latihan pertama ini adalah berfokuskan kepada pemulihan pemain. Hal ini adalah kerana pada […]
Pau Marti Yakin Aura Penyokong Di SNBJ Bakal Bawa Tuah

Penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menzahirkan rasa gembira dan teruja setelah mengunjungi stadium utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil. Pau Marti dalam ciapannya meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan para pemain Harimau Malaya untuk mula berlatih bersama. Menerusi laman rasmi Twitter miliknya, Pau Marti juga menyatakan rasa bangga apabila berpeluang […]