“Saya Bina Sistem, Harimau Malaya Tak Akan Goyah” – Kim Pan-gon

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin dengan kemampuan yang dimiliki pasukan bola sepak Malaysia. Pengendali berusia 55 tahun itu dalam sidang media khas pengumuman perletakan jawatan menjelaskan beliau sudah membina satu sistem yang mampu mengangkat skuad Malaysia ke satu peringkat yang lebih tinggi. “Saya sudah bina sistem, Harimau Malaya tak akan goyah selepas […]

Kim Pan-gon Perlu Bayar Lebih RM3 Juta Kepada FAM

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon difahamkan perlu membayar lebih RM3 Juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Hal ini susulan peletakan jawatannya dalam tempoh singkat sekaligus meninggalkan posisinya selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Pengendali berusia 55 tahun itu telah berkhidmat bersama skuad kebangsaan selama 2 tahun 6 bulan sebelum memutuskan untuk tidak lagi bersama […]

Ucapan Menyentuh Hati Dion Cools Kepada Kim Pan-gon

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menyatakan penghargaan buat bekas pengendali pasukan itu, Kim Pan-gon. Jurulatih berusia 55 tahun itu mencipta kejutan dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia dalam satu sidang media pada 16 Julai lalu. Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai pemangku jurulatih dan dibantu […]

Kim Pan-gon Jawab Maksud ‘Bahaya’ Dalam Ucapannya

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelaskan maksud bahaya yang cuba disampaikannya ketika sesi sidang media baru-baru ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu akhirnya meletakkan jawatan selepas dua tahun 6 bulan bersama Harimau Malaya. Ucapannya ketika sesi perpisahan baru-baru ini mengundang tanda tanya selepas beliau memaklumkan sukar untuk menjelaskan beberapa perkara kerana bahaya. Situasi ini […]

Tunku Ismail: Dia Dalam Perjalanan Minum Kopi Dengan Saya Di St Regis

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memaklumkan perkembangan terbaru mengenai Kim Pan-gon. Baginda dalam satu kenyataan di laman X memberi jawapan balas kepada @RimauXI mengenai perancangan untuk bertemu dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. @RimauXI berhasrat untuk bertemu dengan jurulatih berusia 55 […]

Tunku Ismail: Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya?

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor tampil mengulas perkataan bahaya yang dimaksudkan Kim Pan-gon. Ketika sesi sidang media khas di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini, Kim Pan-gon telah ditanya berkenaan mengapa beliau meninggalkan pasukan. Kim Pan-gon menegaskan bahawa beliau terpaksa meletak jawatan kerana faktor peribadi. “Saya bercakap […]

Wartawan Korea Selatan Lapor Kim Pan-gon Calon Utama Ke Ulsan HD

FA Malaysia

Khabar angin membabitkan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon semakin kuat apabila difahamkan bakal kembali ke Korea Selatan sebagai calon pengendali Ulsan HD. Terdahulu, Kim Pan-gon mengumumkan perpisahan beliau bersama skuad kebangsaan dalam satu sesi sidang media pada Rabu setelah dua tahun mengemudi pasukan negara sejak 2022. “Kepada penyokong bola sepak Malaysia, hari ini […]

Faisal Halim Sedih Mengenangkan Kim Pan-gon

Pemain sayap lincah Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim turut meluahkan rasa sedih dengan perletakan jawatan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan. Dalam satu instagram story milik Faisal, pemain sayap berusia 26 tahun itu terkenang kata-kata semangat daripada Pan-gon yang hadir melawat dirinya ketika terlantar di hospital beberapa bulan lalu akibat daripada simbahan […]

Prestasi Pau Marti Akan Dinilai Dalam Dua Kejohanan

Prestasi Pemangku Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal dinilai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui dua kejohanan terdekat. Dalam satu siaran media sebentar tadi, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi menegaskan prestasi Pau Marti akan dinilai dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September depan serta kejohanan Piala Mitsubishi Electric 2024 hujung tahun […]

FAM Akur Gagal Pujuk Kim Pan-gon

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mengakui pihaknya dan beberapa individu lain sudah cuba memujuk Kim Pan-gon untuk kekal namun tidak berjaya. Yusoff juga dalam masa yang sama menganggap kehilangan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad kebangsaan adalah sangat dirasai memandangkan jurulatih dari Korea Selatan itu telah melakukan kerja dengan […]

Kim Pan-gon Pernah Terima Tawaran Lumayan Di China

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan beliau pernah menerima tawaran yang lumayan di China. Ketika sesi sidang media khas di Wisma FAM hari ini, Kim Pan-gon menjelaskan perletakan jawatan beliau bersama Malaysia adalah kerana faktor peribadi. Pengendali berusia 55 tahun ini akui sedih untuk meninggalkan pasukan namun selepas mengambil kira beberapa faktor beliau terpaksa […]

Kim Pan-gon Bakal Sertai Ulsan HD?

Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal memeriahkan saingan K-League 1 musim 2024. Sebelum ini, Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali Korea Selatan berusia 55 tahun itu berbuat demikian atas komitmen peribadi. Pengumuman ini dibuat oleh FAM dalam satu sidang media khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Susulan […]

Pau Marti Galas Tugas Kim Pan-gon

Pembantu jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente akan mengambil alih tugas Kim Pan-gon selaku pengendali Harimau Malaya berkuat kusa serta-merta. Ini susulan peletakan jawatan Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan yang diumumkan sendiri oleh beliau dalam satu sesi sidang media yang berlangsung di Wisma FAM pada Rabu. “Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur […]

Kim Pan-gon Dedah Punca Tinggalkan Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mendedahkan sebab Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon meletakkan jawatan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah memegang tampuk kejurulatihan Malaysia sejak tahun 2022 dan memacu rekod cemerlang pasukan. Tempoh beliau bersama skuad kebangsaan bagaimanapun akhirnya menemui titik noktah apabila beliau memilih untuk berpisah dengan pasukan negara. Pengumuman oleh FAM di Wisma […]

Terkini: Kim Pan-gon Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Malaysia

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membuat keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan selepas dua tahun enam bulan menjadi jurulatih pasukan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu sesi sidang media yang diadakan di Wisma FAM hari ini. Kim Pan-gon […]

“Hanya Kim Pan-gon Letak Jawatan, Staf Lain Kekal”

Hanya Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang difahamkan meletak jawatan namun staf sokongan lain bakal kekal bersama Harimau Malaya. Perkara ini dijelaskan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengenai situasi yang melanda kem negara ketika ini. Umum mengetahui bahawa berita peletakan jawatan jurulatih berusia 55 tahun itu sudah tersebar luas dan dilaporkan oleh beberapa media […]