Gelagat Akhyar Rashid Tumbang Berdepan Papua New Guinea Curi Perhatian

Gelagat pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid yang terbaring berdepan Papua New Guinea mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Malaysia bersama-sama Paulo Josue dan juga Safawi Rasid banyak memberi masalah kepada lawan. Gerakan lincah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memaksa para pemain Kepulauan Solomon untuk […]
Kim Pan-gon Risau Dengan Peningkatan Mendadak Harimau Malaya

Prestasi cemerlang Harimau Malaya kebelakangan ini sudah pastinya menggembirakan penyokong negara. Tetapi bagi pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, peningkatan mendadak ini merisaukan beliau kerana ini secara tidak langsung meningkatkan jangkaan penyokong terhadap mereka. Ini kerana bila jangkaan penyokong semakin bertambah, ia bakal menambah tekanan kepada Harimau Malaya untuk beraksi dengan baik terutama di gelanggang sendiri. […]
Visi Luar Biasa Nooa Laine Belah Pertahanan Papua New Guinea Jadi Bualan

Tatkala kemenangan besar Malaysia ke atas Papua New Guinea jadi tumpuan, persembahan individu yang ditampilkan oleh pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine terus menjadi bualan. Pemain berusia 21 tahun itu diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia untuk membawa cabaran negara sungguhpun terlepas aksi pertama berdepan Kepulauan Solomon. Beliau yang mengisi posisi Syamer Kutty selaku pemain tengah bertahan […]
Durian Blackthorn Jadi ‘Tonik’ Kim Pan-gon Sembur Semangat 10 Gol

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon sempat menikmati beberapa ulas Durian jenis Blackthorn di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjelang pertembungan antara Malaysia bertemu Papua New Guinea pada kelmarin. Malaysia berjaya mencatat kemenangan bergaya, menewaskan Papua New Guinea dengan keputusan 10-0. Empat jaringan Arif Aiman, tiga daripada Paulo Josue, satu daripada Faisal Halim, Daniel Ting dan […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea | Persahabatan Antarabangsa

Pertembungan antara Malaysia dan juga Papua New Guinea menyaksikan kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abiidn, Terengganu. Harimau Malaya berdepan dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan juga Papua New Guinea menjadi medan persediaan terbaik buat skuad kebangsaan. Pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon juga mahu menguji gabungan pemain yang dibawanya kali ini […]
Kim Pan-gon Terkejut Malaysia Pernah Tewas Kepada Papua New Guinea

Menjelang aksi persahabatan Malaysia-Papua New Guinea malam ini, ramai mengharapkan Harimau Malaya meneruskan kecemerlangan seperti sebelumnya. Tetapi hakikat bahawa Harimau Malaya pernah tumbang kepada Kapuls merupakan satu perkara yang mengejutkan jurulatih negara, Kim Pan-gon. Untuk rekod, Malaysia yang ketika itu dibimbing Datuk Ong Kim Swee tewas 2-0 kepada Papua New Guinea. Dua gol Kapuls disumbangkan […]
Nooa Laine Galas Peranan Penting Berdepan Papua New Guinea

Perancang tengah Malaysia-Finland, Nooa Laine diberi bayangan akan memainkan peranan berdepan Papua New Guinea Selasa ini. Pemain muda berusia 21 tahun diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia bagi memacu cabaran skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan berdepan Kepulauan Solomon minggu lalu kerana difahamkan kurang cergas. Kehilangan Natxo Insa bagaimanapunntelah membuka […]
Kim Pan-gon Ada Cara Sendiri Ubah Gaya Permainan Lama Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memiliki ramuan tersendiri untuk menerapkan corak permainan lebih segar kepada skuad negara menjelang cabaran Piala Asia tahun hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu sedang menerapkan elemen penting dalam skuad kebangsaan sejak mula mengambil alih pasukan dan menekankan ‘DNA Malaysia’ dalam setiap perlawanan. Kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon bagaimanapun menyaksikan […]
“Satu Penghargaan Dapat Main 90 Minit Selepas Setahun” – Syamer Kutty

Jeneral tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty menganggap peluang yang diberikan terhadapnya untuk beraksi 90 minit bersama skuad kebangsaan adalah satu penghargaan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengalami kecederaan jangka panjang sejak tahun lalu yang menyaksikan beliau terlepas sebahagian besar aksi di bawah kendalian Kim Pan-gon. Sungguhpun baru mula menapak untuk kembali meraih minit permainan […]
“Pemain Malaysia Juga Manusia Biasa” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak menyalahkan pemainnya sungguhpun terdapat kesilapan yang hampir memakan nasib pasukan. Malaysia dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Kepulauan Solomon yang menyebabkan aksi Malaysia tersentak seketika. Harimau Malaya bagaimanapun kembali mendapatkan rentak apabila menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk menutup kesilapan tersebut. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun yakin […]
Gol Sulung Arif Aiman Pastikan Malaysia Tumbangkan Solomon Islands

Pertembungan melibatkan Malaysia dan Solomon Islands bagi aksi persahabatan tier 1 berkesudahan kemenangan menjadi milik skuad kebangsaan dengan penuh bergaya. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon memulakan perlawanan dengan rentak terbaik untuk menekan pertahanan lawan. Asakan bertali arus skuad kebangsaan bagaimanapun gagal diterjemahkan dengan gol yang […]
Info Siaran Langung Malaysia vs Kepulauan Solomon | Persahabatan Antarabangsa

Malaysia kembali menghadapi dua aksi persahabatan apabila dijadualkan berdepan Kepulauan Solomon malam ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu menyaksikan anak didik Kim Pan-gon mahu meneruskan rekod cemerlang di laman sendiri. Malaysia merakamkan keputusan yang amat memberangsangkan termasuklah dua kemenangan berdepan Hong Kong dan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim Mac […]
Kurang Cergas Punca Natxo Insa Disisihkan Berdepan Kepulauan Solomon

Hasrat untuk melihat kelibat jeneral tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa untuk mengemudi bahagian tengah pasukan akhirnya berkecai sekelip mata. Kim Pan-gon sudah pasti mahu membawa skuad terbaik apabila beraksi di laman sendiri namun berhadapan masalah di luar jangkaan. Setelah kecederaan penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim sebelum sesi latihan bermula, pengendali kelahiran […]
Faisal Halim Tak Marah

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim optimis untuk kekal fokus terhadap tugas bersama skuad kebangsaan meskipun dikaitkan dengan pelbagai isu di luar padang. Dalam satu temubual ketika sesi latihan hari ini, bintang berusia 25 tahun itu kelihatan begitu bermotivasi untuk membantu skuad kebangsaan. Bekas bintang Terengganu ini bagaimanapun tidak berselindung untuk mengakui bahawa dirinya sentiasa […]
Kim Pan-gon Bukan Saja-Saja Pilih Lawan Ranking Lebih Rendah

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih lawan yang berada pada kedudukan yang lebih rendah berbanding Malaysia. Skuad kebangsaan kini sedang melakukan persiapan menjelang sepak mula berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin dapat mengekalkan rekod baik di laman sendiri di samping […]
Kim Pan-gon Gugurkan Haqimi Azim

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan khidmat penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim. Pemain muda berusia 20 tahun itu merupakan sebahagian daripada senarai 27 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan di Terengganu. Khidmat beliau bagaimanapun terpaksa dilupakan oleh Pan-gon menjelang pertemuan dengan Kepulauan Solomon dan Papua […]