Shanghai Port Pilih Jurulatih Kelab Jepun Berbanding Kim Pan-gon

Juara Chinese Super League (CSL), Shanghai Port mengumumkan pelantikan jurulatih baharu kelahiran Australia, Kevin Muscat sekaligus memastikan Kim Pan-gon terlepas daripada radar kelab tersebut. Baru-baru ini, tular sebuah khabar angin selepas media China melaporkan bahawa kelab tersebut sedang mencari pengganti susulan pemergian Javier Pereira yang tidak lagi bersama pasukan. Terdapat beberapa nama yang berada dalam […]

Juara Liga China Buru Khidmat Kim Pan-gon

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon dilaporkan sedang diburu oleh juara Liga China, Shanghai Port yang mahu mendapatkan khidmat beliau bagi musim baharu. Kelab China ini mengharungi musim yang cukup cemerlang tahun ini apabila muncul selaku juara Chinese Super League sungguhpun berdepan saingan sengit Shandong Taishan. Khidmat ketua jurulatih, Javier Pereira bagaimanapun tidak bertahan lama selepas beliau […]

Malaysia Dijangka Bertemu Negara Setanding Arab Saudi Demi Kim Pan-gon

Malaysia dijangka akan mengumumkan satu lagi lawanyang setaraf dengan Arab Saudi dalam misi mempersiapkan pasukan ke Piala Asia 2023. Harimau Malaya terpaksa menelan hakikat apabila jaguh Asia, Arab Saudi membatalkan aksi saat akhir apabila difahamkan sudah memperoleh tiga lawan yang lebih baik. Lubnan, Hong Kong dan Palestin menjadi pilihan ketua jurulatih, Roberto Mancini tatkala bekas […]

Nizaruddin Yusof: Malaysia Miliki Dua Penjaga Gol Terbaik Ketika Ini

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Nizaruddin Yusof melihat Malaysia mempunyai dua penjaga gol berbakat besar pada waktu ini. Nama Syihan Hazmi dan Suhaimi Husin menjadi bualan ramai berdasarkan prestasi semasa mereka yang semakin menyerlah bersama pasukan masing-masing. Syihan Hazmi ketika ini menjadi pilihan utama di JDT dan juga Kim Pan-gon untuk memegang peranan penjaga gol nombor […]

Roberto Mancini Yakin Malaysia Mampu Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Asia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini yakin dengan kemampuan Malaysia untuk melepasi halangan pada peringkat kumpulan di Piala Asia. Menerusi satu kenyataan oleh Asean Football, hasrat Harimau Malaya untuk berdepan pasukan ke-56 dunia itu terhenti selepas Arab Saudi difahamkan telah membuat keputusan untuk bertemu tiga negara lain iaitu Lubnan, Palestine dan Hong Kong. […]

Roberto Mancini ‘Punca’ Arab Saudi Tolak Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini difahamkan menjadi watak penting yang menyebabkan pertemuan antara Malaysia san gergasi Asia itu dibatalkan. Harimau Malaya sebelum ini bercadang untuk bertemu dengan pasukan ke-56 dunia itu dalam satu aksi persahabatan pada bulan Januari sebagai persediaan ke Piala Asia. Hasrat tersebut bagaimanapun tertangguh selepaa Arab Saudi memilih tiga […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Tidak Menjadi Kenyataan

Pertembungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan tidak menjadi kenyataan. Menerusi satu laporan oleh Asean Football, perlawanan yang sudah dirancang lebih awal itu difahamkan tidak akan diteruskan selepas wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu memilih tiga negara lain. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin […]

Korea Selatan Hadapi Pasukan Ke-63 Dunia Sebelum Bertemu Malaysia

KFA

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mahu memastikan anak buahnya bersedia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 apabila mengadakan satu lagi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-63 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang amat memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau […]

Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]

Bakat Baru: Pemain Malaysia-Belanda, Noah Leembruggen Kukuhkan Langkah di Eropah

Malaysia berpotensi mempunyai seorang lagi pemain kacukan kelahiran Belanda, Noah Leembruggen yang kini mengukuhkan langkah di pentas bola sepak Eropah. Pemain berusia 18 tahun ini mula meraih perhatian selepas laman Frfuturetalents memaklumkan tentang perkembangan terkini pertahanan kanan kelahiran Belanda ini. Beliau yang juga merupakan bekas pemain Akademi Ajax memiliki hubungan tiga kewarganegaraan iaitu Malaysia, Belanda […]

Corbin-Ong Cedera Di Final Piala Malaysia?

Pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin-Ong mencetuskan kebimbingan selepas beliau dikeluarkan dua minit memasuki babak kedua permainan. Perlawanan yang berlangsung di SNBJ menyaksikan permukaan padang memberi kesan kepada persembahan kedua-dua pasukan. Hal ini memberi impak kepada pertahanan kiri dan kanan untuk membuat larian-larian berbahaya bagi membantu jentera serangan. Semua mata tertumpu kepada […]

Kim Pan-gon Pantau Rapat Pemain JDT & Terengganu

Aksi akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan JDT dan Terengganu malam ini berjaya menarik perhatian ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Kim Pan-gon dikesan turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama beberapa staf kejurulatihan seperti E. Elavarasan dan Pau Marti. Kehadiran Kim Pan-gon pastinya untuk memantau dan menilai keupayaan para pemain tempatan bagi mempersiapkan pasukan […]

Nama Kim Pan-gon Kembali Jadi Sebutan Di Korea Selatan

Kecemerlangan Kim Pan-gon memulihkan kembali reputasi bola sepak Malaysia menyebabkan namanya menjadi sebutan di Korea Selatan. Nama Pan-gon bukan calang-calang di Korea Selatan kerana beliau pernah menggalas peranan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) dari 2018 hingga 2021. Semasa tempoh tersebut, beliau juga bertanggungjawab membantu penambahbaikan skuad Korea Selatan menerusi kapasiti sebagai […]

“Kali Ini Rezeki Kita” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan negara, Faisal Halim menganggap rezeki memihak kepada Malaysia selepas berjaya menewaskan Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon berjaya melakar kebangkitan menakjubkan untuk menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Beliau ketika ditemui selepas perlawanan tersebut mengakui tidak menjangka akan […]

Persaingan Pertahanan Kiri Malaysia Ke Piala Asia Makin Rancak

Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum kejohanan Piala Asia 2023 bermula, persaingan posisi pertahanan kiri skuad Malaysia kini menjadi tumpuan apabila beberapa nama mula menonjol. Kim Pan-gon pastinya sudah mempunyai beberapa pemain pilihan untuk menggalas posisi tersebut namun persaingan masih terbuka untuk terus meraih kepercayaan ketua jurulatih itu. Kecederaan pertahanan kiri berbakat, Azam Azmi Murad yang […]

Razman Roslan Anggap Pesaing Afiq Fazail Terlalu Ramai

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menganggap kedudukan Afiq Fazail terlalu ramai ketika ini dalam usahanya untuk merebut tempat ke Piala Asia. Pemain berusia 29 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk beraksi buat skuad kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu namun yakin semuanya terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Beliau tahu bahawa peranan seorang pemain […]