Malaysia Catat 70% Kemenangan Sejak Dibimbing Kim Pan-gon

Selepas Malaysia mendapat sentuhan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon pada 2022, kemajuan prestasi skuad negara amat memberangsangkan. Malaysia bukan saja berjaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 di bawah bimbingan Pan-gon. Malah, Harimau Malaya telah merekodkan kemenangan sebanyak 70% atau 19 daripada 27 perlawanan sejak 2022. Peratusan ini didedahkan oleh akaun X HarimauMYstats semalam. […]

Status Endrick Bersama Malaysia Jadi Tanda Tanya

Skuad Harimau Malaya kini berada dalam momentum terbaik sebelum memulakan aksi pertama di Qatar namun status perancang tengah negara, Endrick Dos Santos menjadi tanda tanya. Pemain berusia 27 tahun itu terpilih dalam senarai 26 pemain untuk membarisi skuad Kim Pan-gon di Piala Asia 2023. Beliau sebelum ini melapor diri lewat ke kem latihan kebangsaan susulan […]

Situasi Semasa Pertahanan Malaysia Jadi Tumpuan Di Qatar

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria tempoh hari berkesudahan dengan skuad kebangsaan berjaya mengekalkan rekod dengan keputusan seri 2-2. Dalam perlawanan pemanas badan itu, pemin sayap Johor Darul Ta’zim, Arif aiman berjaya membuka tirai dengan meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-39. Syria menyangka mereka telah meraih kemenangan menerusi dua pemain warisan mereka kerana […]

Superkomputer Opta Ramal Malaysia Miliki 0.2% Peluang Rangkul Kejuaraan Piala Asia

Laman Opta Analyst telah mengeluarkan satu ramalan tentang perjalanan Malaysia untuk merangkul trofi Piala Asia 2023 menerusi simulasi superkomputer untuk melihat nasib Harimau Malaya. Laman yang menganalisis lebih 13,500 kelab bola sepak di seluruh dunia itu telah menunjukkan nasib pasukan bimbingan Kim Pan-gon di Qatar yang bakal bermula tidak lama lagi. Menurut statsitik AFC, Malaysia […]

Corbin-Ong Buat Penyokong Malaysia Tersenyum Semula

Pertahanan kental Harimau Malaya, La’vere Corbin-Ong kini memberi khabar gembira buat pasukan negara selepas kembali menjalani latihan bersama Malaysia. Pemain berusia 33 tahun itu difahamkan tidak dapat diturunkan bersama Malaysia ketika berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria. Menerusi laporan oleh Astro Arena, pemain tinggi lampai ini difahamkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalani latihan sekaligus memberikan khabar […]

Bayangan Awal Skuad Malaysia Lawan Jordan Sudah Muncul

Bayangan awal barisan pemain yang bakal dipertaruhkan oleh Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia 2023 sudah pun muncul. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi di Qatar berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024. Harimau Malaya berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan keputusan seri berdepan jaguh Timur Tengah, Syria dengan keputusan 2-2 hasil […]

Nama Arif Aiman Jadi Bualan Orang Argentina

Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi menjadi bualan orang Argentina menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Pemain berusia 22 tahun itu tersenarai dalam 26 orang pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk memacu cabaran negara ke Qatar. Harimau Malaya layak secara merit selepas 43 tahun tidak melakukannya sakaligus menjadi tumpuan di Asia. […]

Kim Pan-gon: Terlalu Banyak Potensi Pemain Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kagum dan mengakui bakat serta kebolehan yang dimiliki pemain-pemain negara. Baru-baru ini, Pan-gon menceritakan kepada sebuah portal Korea Selatan, Sports Chosun berkenaan potensi besar yang dimiliki oleh para pemain di Malaysia yang menjadikannya semakin berusaha keras sebagai seorang jurulatih. “Terdapat lebih banyak potensi di Malaysia daripada magis. Saya terpaksa menzahirkan […]

Kim Pan-gon Gembira Dengan Semangat Juang Harimau Malaya

Pengendali skuad senior negara, Kim Pan-gon gembira dengan persembahan dan semangat juang yang ditampilkan mereka hari ini. Malaysia membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan apabila berjaya mengikat Syria 2-2 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Doha, Qatar awal pagi ini. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi meletakkan Harimau Malaya […]

Malaysia Gah Ikat Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria berkesudahan dengan skuad negara berjaya mengikat lawan dengan keputusan 2-2. Perlawanan pemanas badan itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan beberapa pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan. Syria yang mendapat sentuhan ketua jurulatih, Hector Cuper tampil dengan strategi tersendiri untuk memburu kemenangan sebelum Piala Asia. Qasioun […]

Kim Pan-gon Puji Malaysia Di Hadapan Orang Korea

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melambungkan pujian tertinggi kepada pasukan kebangsaan di hadapan orang Korea tentang kualiti pemain yang dikendalikannya ketika ini. Pengendali berusia 54 tahun itu bercakap kepada laman Korea Selatan, Sport Chosun tentang kehandalan pasukan negara ketika ini termasuklah kejayaan melonjak ke tangga 130 dunia. Beliau memberikan pandangan jujur tentang perkembangan bola sepak […]

Siaran Langsung Persahabatan: Syria vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Syria dan Malaysia akan berlangsung pada 8 Januari 2024 jam 8 malam menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat kesebelasan taruhan ketua jurulatih, Kim pan-gon. Pasukan ke-91 dunia itu menerima tamparan hebat selepas terikat 1-1 dengan Kyrgyzstan tempoh hari sebagai persiapan menjelang kejohanan penting ini. Anak didik Hector […]

3 Pemain Bernilai ‘RM8.6 Juta’ Malaysia Dijangka Turun Kekang Syria

Piala Asia: Pertemuan Malaysia dan pasukan ke-91 dunia, Syria bakal menjadi medan persiapan buat para pemain sebelum melangkah ke Piala Asia tahun ini. Harimau Malaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke Qatar dengan tiga cabaran berbeza bakal menjadi halangan terbesar skuad negara. Bertemu pasukan yang cukup handal, persiapan ketua jurulatih, Kim […]

Corak Latihan Kim Pan-gon Di Qatar Kini Berubah

Corak latihan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Qatar kini difahamkan telah pun berubah menjelang Piala Asia 2023. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah mencuri perhatian banyak media terutamanya di pentas antarabangsa dengan temu bual bersama laman FIFA dan Forbes menunjukkan kemampuan sebenar pelatih ini. Harimau Malaya berada dalam momentum baik untuk […]

Persiapan Syria Terjejas, Tukar Pelan Saat Akhir Bertemu Malaysia

Persiapan menjelang pertemuan antara Malaysia dan Syria bagi aksi persahabatan tidak berlangsung seperti yang diharapkan oleh pasukan gergasi Timur Tengah itu. Pasukan kendalian Hector Cuper menerima tamparan hebat selepas hanya seri berdepan pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 awal pagi tadi. Keadaan ini bertambah buruk selepas pasukan hanya merekodkan dua kemenangan dalam 6 aksi […]

Nilai Terkini Skuad Malaysia Mengejutkan, Atasi Pasukan Ke-94 Dunia

Nilai pasaran skuad Malaysia yang dibawa ke Piala Asia telah pun berjaya mengatasi beberapa pasukan 100 terbaik dunia sekaligus membuktikan perkembangan yang amat baik tahun 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon dibarisi muka berpengalaman di pentas tertinggi Asia itu apabila layak secara merit selepas 43 tahun. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untuk mempertaruhkan muka baharu […]