Kim Pan-gon Sahkan Betis Khuzaimi Piee Koyak Ketika Bertemu Myanmar

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan tentang status kecederaan bintang utama Malaysia, Khuzaimi Piee. Beliau dalam satu kenyataan sejurus tamat perlawanan mengesahkan bahawa pemain baharu Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian betisnya. Kim Pan-gon menjelaskan bahawa laporan daripada pihak perubatan pasukan mengesahkan kecederaan tersebut namun beliau kekal disenaraikan dalam senarai pemain simpanan. “Keadaan Khuzaimi […]

Kecederaan Mengejut Khuzaimi Piee Bukti Pemain “Bukan Mesin”

Kecederaan mengejut Khuzaimi Piee semasa perlawanan Malaysia menentang Myanmar di Yangon mengejutkan penyokong bola sepak Malaysia. Siapa sangka, tunjang utama pasukan yang cukup penting dan cemerlang mengalami kecederaan dalam perlawanan pertama Malaysia di Piala AFF ketika sedang membuang bola dalam satu situasi kelam kabut berdekatan gawang Malaysia. Kecederaannya juga membimbangkan dan kelihatan serius dan beliau […]

Status Kecederaan Khuzaimi Piee Resahkan Kem Harimau Malaya

Status kecederaan yang melanda tonggak pertahanan utama Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee jelas meresahkan kem negara ketika ini. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tonggak penting sejak kehadiran ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengemudi benteng skuad kebangsaan. Beliau sekali lagi menjadi taruhan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu tatkala Malaysia memulakan aksi menentang tuan […]

Khuzaimi Piee Rasmi Bergelar Tonggak Baharu Selangor

Pertahanan tengah kebal Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu skuad Selangor FC. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Negeri Sembilan pada musim lalu. Khidmat beliau sentiasa menjadi pilihan utama ketua jurulatih, K. Devan untuk membawa cabaran pasukan mengharungi musim yang cukup panjang. Hal ini telah […]

“Khidmat Saya Bersama Negeri Sembilan Sampai Sini Saja” – Khuzaimi Piee

Pertahanan kental Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee akhirnya membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan tersebut. Pemain berusia 29 tahun ini merupakan tonggak utama untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan kendalian K. Devan hingga berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia. Walau bagaimanapun, masa depannya bersama pasukan itu mula menjadi tanda tanya selepas timbul pelbagai […]

“Mana Tahu 4 Tahun Lagi Kita Layak Ke Piala Dunia” – Khuzaimi Piee

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan bahawa harapan peminat untuk melihat pasukan negara layak ke Piala Dunia masih menyinar. Beliau yang ditemui ketika majlis pelancaran jersi Harimau Malaya 2022-2024 hari ini menjelaskan, para pemain sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali beraksi. Malah, pertahanan kental Negeri Sembilan ini yakin perjalanan pasukan negara di […]

Nike Buat Kejutan, Tampilkan Rekaan Unik Pada Jersi Terbaru Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Nike telah melancarkan jersi terbaru skuad Malaysia bagi tahun 2022/2024 hari ini. Majlis pelancaran yang diadakan di Football Republic, Sunway Piramid ini menyaksikan pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Kim Pan-gon selain […]

Selangor Tinggal Selangkah Sambar Tiga Bintang Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC kini berada pada landasan yang cukup baik untuk memperkuatkan pasukan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk tiga muka baharu yang mewakili Harimau Malaya. Kemasukan jurulatih berpengalaman tempatan, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak segera terhadap persembahan pasukan apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini. The Red Giants cemerlang membenam […]

Fadhli Shas Ganti Khuzaimi Piee Di Negeri Sembilan

Pertahanan tengah skuad emas Piala AFF 2010, Fadhli Shas bakal menyertai Negeri Sembilan apabila khidmatnya ditagih oleh pasukan tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila beliau memaklumkan perkara ini. Menerusi satu hantaran di laman Twitternya, Zulhelmi sebelum ini sudah pun mengesahkan bahawa skuad Hobin Jang Hobin akan kehilangan […]

Khuzaimi Piee Idam Debut Di Pentas AFC

Pemain pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee mengidamkan debut di pentas Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023. Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan bahawa akan memberikan sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan menentang Sri Pahang di tempat lawan Sabtu ini. Beliau juga tidak akan sia-siakan peluang yang ada membawa pasukan ke tahap yang luar biasa. […]

Khuzaimi Pertahan Devan, Beliau Bukan Rehatkan Pemain Sesuka Hati

Tindakan jurulatih Negeri Sembilan, K.Devan merehatkan ramai pemain tonggak ketika tewas besar 0-5 kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, diketahui mengundang kecaman dari penyokong setia pasukan itu. Apatah lagi, ia adalah perlawanan yang cukup penting untuk pasukan hoben jang hoben untuk terus menyalakan peluang menghuni kedudukan tiga teratas yang kini menjadi pertarungan tiga […]

Kombinasi 3 Serangkai Cools, Khuzaimi, Davies Petanda Era Moden Bola Sepak Malaysia

Percaturan yang digunakan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mempertaruhkan tonggak 3 pertahanan tengah membuahkan hasil apabila Malaysia menang menerusi penentuan sepakan penalti. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menurunkan Matthew Davies, Dion Cools dan juga Khuzaimi Piee sambil dibantu oleh Arif Aiman dan juga Corbin Ong di bahagian sayap. Sungguhpun berdepan lawan yang […]

Khuzaimi Piee: Kami Akan Cuba Bawa Piala AFF Ke Malaysia

Pertahanan kental Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan untuk membantu Harimau Malaya merampas kejuaraan Piala AFF edisi kali ini. Pemain yang mesra disapa Jimie ini menyedari cabaran yang bakal ditempuh oleh beliau dan rakan sepasukan selepas mendapat kumpulan yang seimbang semalam. Sungguhpun beliau akui harapan yang tinggi digalas selepas nama Malaysia dan juga Vietnam menjadi […]

Seorang Pertahanan Tengah Harimau Malaya Dikatakan Bakal Sertai Selangor

Seorang pertahanan tengah pasukan kebangsaan yang kini beraksi bersama salah sebuah pasukan Liga Super dikhabarkan bakal menyertai Selangor FC pada musim hadapan. Seperti yang sedia maklum, prestasi terumbang-ambing The Red Giants ini semakin ketara selepas pasukan gagal beraksi dengan baik selain kelemahan ketara pada posisi pertahanan menjadi punca kepada permasalahan pasukan. Anak didik Nidzam Jamil […]

Gerakan ‘Double X’ Khuzaimi Piee Buktikan Beliau Pertahanan Moden Sejati

Pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0. Pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau memiliki ketenangan yang cukup baik untuk merencanakan perlawanan selain membantu untuk […]

Khuzaimi Piee: Pemain Akan Berikan 120% Komitmen Menentang Bahrain

Pertahanan tengah pasukan negara, Khuzaimi Piee percaya bahawa pasukan akan memberikan segalanya dalam usaha untuk memperoleh mata menentang Bahrain esok. Pemain berusia 28 tahun itu tidak lagi beraksi dalam Kelayakan Piala Asia ini namun masih optimis bahawa peluang beliau akan tiba kelak. Malah, pertahanan kebal Negeri Sembilan FC ini sering mempamerkan kemampuan sebenarnya setiap kali […]