Borneo Tagih Kepakaran Jurulatih Malaysia

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC mendapat sentuhan jurulatih Malaysia dengan kehadiran jurulatih penjaga gol, Khairul Nizam Mohd Taib. Perlantikan jurulatih berusia 47 tahun itu diumumkan Pesut Etam menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka pada 3 Julai lalu. Kehadiran bekas jurulatih penjaga gol Kelantan FC itu menambah staf kejurulatihan yang membantu pengendali […]