FA Korea Berpotensi Besar Digantung

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berpotensi dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ini selepas Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan (MCST) selesai menjalankan audit khas ke atas badan induk bola sepak Korea Selatan itu. Hasil audit mereka mendapati wujud 27 kes kesalahan undang-undang dan amalan perniagaan yang tidak sah membabitkan KFA. […]

Korea Selatan ‘Pening Kepala’ Cari Pengganti Jurgen Klinsmann

Korea Selatan masih lagi tercari-cari siapa jurulatih baru yang menggantikan jurulatih sebelumnya, Jurgen Klinsmann. Selepas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memecat Klinsmann pada Februari lalu, beberapa jurulatih asing dikaitkan dengan jawatan tersebut. Antara nama yang dicanang ialah Senol Gunes, Steve Bruce, Fabio Cannavaro, Herve Renard dan Jesse Marsch. KFA berharap dapat memuktamadkan perlantikan jurulatih […]

Korea Selatan Minta Maaf, Gagal Ke Olimpik Kerana Indonesia

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) membuat permohonan maaf ekoran kegagalan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Pahlawan Taeguk gagal layak selepas tunduk kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir Piala Asia B-23 2024. Kekalahan ini turut menyaksikan Korea Selatan gagal layak buat […]

KFA Jawab Dakwaan Berhubung Kes Rasuah RM6 Juta

Arena bola sepak negara kecoh susulan dakwaan rasuah bernilai RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini. Lantas, pada hari ini, Presiden KFA, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tampil memberi penjelasan tentang tuduhan berkenaan. Sanusi menjelaskan wang RM5 juta yang disalurkan ke akaun KFA pada 2020 merupakan wang pinjaman dibuat oleh Syarikat […]

Kedah FA Nafi Terlibat Dengan Rasuah

Arena bola sepak negara kecoh susulan penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron atas kesalahan rasuah baru-baru ini. Hari ini, KFA menerusi Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Haji Ismail tampil dengan satu kenyataan media untuk menjawab isu berkenaan. Badan induk bola sepak negeri Kedah itu menafikan […]

Program Akar Umbi JDT Tarik Perhatian Korea Selatan

Nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menjadi tumpuan hari ini apabila mereka menerima kunjungan daripada Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA). Perkara ini dikongsikan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers. Pengurusan JDT diketuai CEO, Alistair Edwards mengalu-alukan kehadiran delegasi KFA diketuai naib presiden, Choi Young-il. […]

Media Korea Lapor Beberapa Individu Terlibat Dalam Jenayah Bola Sepak

Arena bola sepak Korea Selatan dikejutkan dengan penglibatan beberapa figura dalam jenayah rasuah. Korea Football News melaporkan 12 individu termasuk bekas penolong jurulatih skuad Korea Selatan, Choi Tae-uk disiasat pihak berkuasa atas kesalahan rasuah. Tae-uk didakwa merasuah dua figura utama kelab K-League 2, Ansan Greeners iaitu CEO, Lee Jong-geol dan pengurus, Lim Jong-heon. Suapan tersebut […]