Giliran Akhyar Rashid Resahkan Kim Pan-gon

Giliran pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid memberi keresahan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Terdapat dua insiden serangan yang menggemparkan Malaysia selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim diserang oleh pihak yang dikenali. Keadaan bertambah buruk apabila pemain sayap Selangor itu disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah Damansara sementara Akhyar diserang dengan […]

Harimau Malaya Bakal Uji Kelab Liga Super Sebelum Berdepan Kyrgyzstan

Harimau Malaya dijangka berdepan sebuah pasukan Liga Super sebelum berdepan Kyrgyzstan Jun ini. Perkara ini jelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan bagi persiapan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon terpaksa menelan hakikat apabila tunduk di tangan pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan […]

Arif Aiman Rasai Kehilangan Matthew Davies

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dilihat merasai ketiadaan kapten pasukan negara, Matthew Davies sebagai gandingannya di atas padang. Perkara ini dikongsikan oleh lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali berkenaan analisis selepas perlawanan aksi skuad kebangsaan menentang Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Katanya, pasukan kebangsaan kelihatan sedikit tumpul untuk merencanakan segala […]

Korea Terima Hukuman Berat FIFA

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman berat kepada Korea berhubung pembatalan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah menetapkan bahawa kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Jepun selepas aksi yang dijadualkan telah pun terbatal. Pembatalan aksi ini juga menyaksikan Jepun berjaya merekodkan kemenangan […]

Ramalan Faisal Halim Sebelum Lawan Oman Jadi Kenyataan

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menjangka kecaman yang bakal diterima sebelum berdepan Oman lagi. Bintang pasukan Selangor FC itu merupakan watak penting sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon kira-kira dua tahun yang lalu. Persembahan yang diharapkan oleh penyokong setia Harimau Malaya bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad negara tunduk di tangan Oman sebanyak […]

Kyrgyzstan Beri Amaran Keras Kepada Malaysia

Wakil Kumpulan D aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Kyrgyzstan memberi amaran keras kepada Malaysia menjelang aksi Jun nanti. Skuad kendalian Stefan Tarkovic mengharungi musim yang agak bercelaru namun kembali mendapat rentak dalam tiga aksi terakhir. Kyrgyzstan juga melonjak 4 anak tangga setelah merekodkan dua kemenangan berdepan Chinese Taipei sekaligus gah mendahului saingan kumpulan dengan 9 […]

Madame Pang Puas Hati Hampir 50,000 Penyokong Thailand Ke Stadium

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA), Madame Pang meluahkan kelegaan beliau melihat puluhan ribu penyokong hadir ke Stadium Rajamangala bagi memberi sokongan kepada pasukan. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Thailand FA, beliau jelas gembira melihat kehadiran para penonton yang memasang impian melihat pasukan Thailand mecapai kejayaan. “45,458 orang! Madame Pang gembira melihat gambar peminat […]

Terkini: Jurulatih Vietnam Dipecat Selepas Dimalukan Indonesia

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya setelah mengalami kekalahan memalukan di tangan Indonesia di laman sendiri dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Berita ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi satu hantaran di laman Instagram yang mengesahkan kontrak jurulatih kelahiran Perancis itu ditamatkan serta-merta selepas perlawanan. “Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menamatkan kontrak dengan […]

Tajikistan Nafikan Hajat Tiga Mata Arab Saudi

Jaringan lewat Tajikistan selamatkan maruah pasukan ketika berdepan Arab Saudi dalam aksi keempat kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Minggu lalu, Arab Saudi yang dibimbing Roberto Mancini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan hasil jaringan ayam tambatan pasukan, Salem Al Dawsari pada awal permainan. Aksi yang berlangsung di Dushanbe Central […]

“Saya Lebih Risau Pemain Hilang Identiti Berbanding Keputusan” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa berpuas hati terhadap persembahan Harimau Malaya sungguhpun tewas kali kedua berdepan Oman di Bukit Jalil. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencari tiga mata. Perjuangan hebat pemain negara akhirnya terbayar apabila berjaya menundukkan pasukan ke-80 dunia itu dengan […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Hilang Mata Maksimum, Turun Dua Tangga Lagi

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan mata penting apabila hilang mata maksimum dan turun dua tangga menentang Oman. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mencatatkan pencapaian membanggakan selepas menewaskan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Rekod itu bagaimanapun tidak berjaya dikekalkan menentang Oman di Muscat apabila skuad kebangsaan tewas 0-2 hasil dua jaringan pada babak […]

Kyrgyzstan Terus Mengganas ‘Sekolahkan’ Chinese Taipei

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Kyrgyzstan sekali lagi tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Chinese Taipei. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Spartak, Kyrgyzstan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut. Anak didik Stefan Tarkovic kelihatan begitu selesa untuk beraksi di laman sendiri apabila turun dengan barisan terhebat yang diketuai oleh Joel […]

Azam Azmi Alami Kecederaan Ngeri Di SNBJ

Pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa. Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ketika ingin merebut bola bersama salah seorang pemain Oman menyebabkan kaki kirinya keihatan ‘tersangkut’ di atas permukaan padang dan seakan terseliuh. Akibat daripada insiden malang itu, beliau […]

Korea Selatan Kekal Jaguh Asia, Belasah Thailand

Perlawanan keempat aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Thailand berdepan jaguh Asia Korea Selatan berkesudahan dengan keputusan 3-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala Bangkok, Thailand itu bermula dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan prestasi yang cemerlang. Anak buah pengendali sementara Korea Selatan, Hwang Sun-Hong membuat beberapa serangan bagi mencari gol pembukaan, namun tiada sebarang gol […]

Info Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia vs Oman (Live Streaming)

Aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 sekali lagi akan mempertemukan antara pasukan Malaysia dan Oman. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup baik apabila menang dua daripada tiga perlawanan di Kelayakan Piala Dunia. Beliau bagaimanapun bersikap realistik untuk memastikan Harimau Malaya sekurang-kurangnya satu mata menentang pasukan ke-80 dunia itu. Ketua jurulatih Oman, Jaroslav […]

Jaroslav Silhavy: Kami Sudah Kaji Taktikal Malaysia Di Bukit Jalil

Jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui persiapan pasukan kendaliannya dalam keadaan baik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. Beliau yang ditemui ketika sidang media pra perlawanan menegaskan bahawa mental dan fizikal anak-anak buahnya kini di tahap terbaik bagi mengulangi kemenangan di Muscat minggu lalu pada pertemuan di […]