Malaysia Rekod Markah Terbaik Negara Asean Di Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia

Malaysia dapat mengubati sedikit kekecewaan apabila muncul selaku negara Asean dengan rekod markah terbaik pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa menangguhkan hajat untuk ke Piala Asia 2027 lebih awal apabila mengakhiri cabaran di tangga ketiga Kumpulan D. Pungutan 10 mata itu bagaimanapun meletakkan Harimau Malaya selaku negara Asia Tenggara […]
Kim Pan-gon Buka Mulut Selepas Impian Besar Malaysia Tertangguh

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuka mulut selepas skuad negara menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendaliannya mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas mengutip 10 maat daripada 6 perlawanan Kumpulan D. Usaha itu bagaimanapun tidak mencukupi apabila Harimau Malaya mengakhiri cabaran di tangga ketiga. Pegendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terdapat beberapa […]
Senarai Kedudukan Pasukan Bagi Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026

Pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan 18 negara Asia yang layak disusun mengikut kedudukan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Berdasarkan kedudukan terkini FIFA, Jepun mengetuai 18 pasukan itu dengan menduduki ranking ke-18 dunia. Ini disusuli Iran yang menduduki ranking ke-20. Korea Selatan dan Australia pula turun satu anak tangga dengan masing-masing menduduki […]
India Minta FIFA Siasat Kemenangan Qatar

India meminta agar Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyiasat kemenangan Qatar dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi ke-6 Kelayakan Piala Dunia dengan harapan India untuk mencuri mata bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga. Usaha itu bagaimanapun diranapkan oleh jaringan yang dihasilkan oleh Yousef Aimen pada minit ke-73 sekaligus menghantar […]
Chinese Taipei Cuba ‘Tiru’ Pendekatan Malaysia

Chinese Taipei kini dalam usaha untuk melakukan semula pendekatan Malaysia yang telah membuahkan hasil baru-baru ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. Mengulas lanjut, pendekatan yang digunakan oleh Harimau Malaya dalam membentuk skuad berteraskan pemain tempatan, warisan dan juga naturalisasi telah […]
“Maaf Chanatip Songkrasin, Saya Hanya Melakukan Tugas Saya” – Ikhsan Fandi

Penyerang Singapura, Ikhsan Fandi memohon maaf kepada perancang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Ikhsan dan Chanatip merupakan rakan sepasukan di BG Pathum United yang bersaing dalam Thai League 1, namun kali ini, kedua-duanya bertemu di atas padang bukan sebagai rakan sepasukan apabila masing-masing mewakili negara masing-masing. Chanatip bersama skuad Thailand […]
Thailand Terima Bonus RM1.2 Juta

Meskipun gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, skuad kebangsaan Thailand menerima bonus kewangan berjumlah 10 juta baht (RM1.2 juta). SNE Sports melaporkan bonus ini diterima selepas mereka meraih dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam enam perlawanan Kumpulan C. Ini termasuklah kemenangan 3-1 yang dilakar ke atas Singapura di Stadium Rajamangala semalam. […]
Bisnes Hassan Sunny Naik Mendadak Selepas Jadi Hero Warga China

Bisnes penjaga gol veteran Singapura, Hassan Sunny meningkat dengan begitu mendadak selepas muncul wira buat China layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 40 tahun itu menjadi antara watak penting pasukan selepas menafikan pesta gol anak didik Masatada Ishii. Antara watak pemain Singapura yang menjadi tumpuan peminat China ialah Ikhsan Fandi yang […]
Jurulatih Kelahiran England Puji Kualiti Liga Malaysia

Jurulatih kelahiran England telah memuji peningkatan yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia sejak kebelakangan ini. Pengendali berusia 49 tahun itu tewas dua perlawanan menentang Harimau Malaya dengan keputusan 1-0 dan 3-1 di Bukit Jalil. Beliau bagaimanapun memuji persembahan dan persaingan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan namun kemenangan memihak kepada skuad negara. Antara langkah yang mahu […]
Ranking FIFA: Malaysia Raih Mata Maksimum, Lonjak Kedudukan Terkini

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berjaya melonjakkan diri ke kedudukan lebih baik selepas meraih mata maksimum susulan kemenangan ke atas Chinese Taipei. Berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA, Harimau Malaya berjaya memungut tambahan +10.23 mata dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata. Kedudukan ini membolehkan skuad kebangsaan memperbaiki kedudukan semasa dan naik satu tangga ke kedudukan 134 […]
Theerathon Bunmathan: Ini Mungkin Kelayakan Piala Dunia Terakhir Saya

Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengakui perlawanan menentang Singapura semalam berpotensi sebagai kempen kelayakan Piala Dunia terakhirnya. Thailand terlepas peluang layak ke pusingan ketiga kelayakan meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas The Lions dalam aksi terakhir Kumpulan C. Ini kerana China memiliki rekod pertemuan lebih baik daripada skuad Gajah Perang di peringkat kumpulan. Ini selepas kedua-dua […]
Iraq Kekal Rekod Kebal Tundukkan Vietnam

Iraq mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai juara Kumpulan F dengan menewaskan Vietnam di Basra. Dengan Indonesia sah mengiringi Iraq ke pusingan seterusnya, peluang Vietnam untuk layak kini sudah tertutup. Iraq yang dibimbing Jesus Casas menurunkan barisan mantap diketuai bintang muda Air Force Club, Ali Jasim. Sementara Vietnam yang dibimbing Kim […]
Kyrgyzstan Ikat Oman, Iringi Langkah Ke Pusingan Ketiga

Jaringan di awal babak pertama memastikan impian Kyrgyzstan untuk layak ke peringkat seterusnya menjadi kenyataan setelah mengikat Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Oman yang sudah menempah tiket terlebih dahulu turun di laman sendiri untuk aksi terakhir menentang Kyrgyzstan yang memerlukan keputusan positif bagi mengesahkan tempat setelah kejayaan skuad negara meraih tiga mata. Kedua-dua […]
Kim Pan-gon: Harimau Malaya Terima Banyak Pengajaran Berguna

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya ketika menundukkan Chinese Taipei di Bukit Jalil. Skuad kendaliannya mempamerkan persembahan memukau untuk menewaskan lawan dengan keputusan 3-1. Kedudukan ini bagaimanapun masih tidak mengubah masa depan negara untuk layak ke pusingan seterusnya. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini mengakui terdapat beberapa kecatatan […]
Gary White Anggap Chinese Taipei Sia-Siakan 6 Gol Lawan Malaysia

Ketua Jurulatih Chinese Taipei, Gary White akur apabila tunduk kepada Malaysia di Bukit Jalil. Pengendali kelahiran England itu sudah melaungkan keazaman untuk membantu anak buahnya untuk merakamkan kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau yakin gabungan pemain muda dan berpengalaman dapat memberikan hasil yang diharapkan menentang Harimau Malaya. Hasrat itu bagaimanapun terbantut apabila […]
Kemenangan Malaysia Ke Atas Chinese Taipei Diwarnai Suka & Duka

Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia mencatat kemenangan tipis apabila menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik untuk meraih tiga mata penting dengan anak didik Gary White memburu slot untuk ke pusingan ketiga. Harimau Malaya melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menentang Kyrgyzstan tempoh hari. Usaha itu bagaimanapun dikejutkan dengan gol […]