Kim Pan-gon: Saya Sangat Cemburu

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa cemburu terhadap sambutan yang diterima teutamanya pada kejohanan bola sepak di Korea Selatan. Pengendali berusia 54 tahun itu membawa kejayaan bermakna buat Harimau Malaya selepas menundukkan Kyrgyzstan menerusi satu kemenangan dramatik 4-3 pada saat akhir. Beliau yang ditemui ketika tamat perlawanan menceritakan detik manis tersebut dan tidak […]
Gol Sendiri Jordi Amat Disifatkan ‘Sempurna’

Malam sukar buat pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat apabila gol sendirinya telah menghukum pasukan apabila tewas besar kepada Iraq semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra itu menyaksikan pertahanan kelahiran Sepanyol itu bergandingan bersama Rizky Ramadhani dan Elkan Baggott. Wakil ASEAN ini bagaimanapun bergelut untuk memberi saingan terbaik kepada lawan yang beraksi di Piala […]
Kelayakan Piala Dunia: Tajikistan ‘Rantai’ Jordan

Pasukan kebangsaan Tajikistan mempamerkan persembahan memberangsangkan untuk mengikat Jordan dengan keputusan 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Central Republican menyaksikan anak buah Petar Segrt turun dengan barisan terbaik dengan nama pemain seperti Yatimov, Amirbek Juraboev dan Ehsan Panjshanbe berada dalam kesebelasan utama pasukan. Jordan yang menghuni tangga ke-82 dunia […]
Kim Pan-gon: Inilah Tahap Sebenar Pemain Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan yang diperagakan oleh anak buahnya selepas mencatat kemenangan dramatik berdepan Kyrgyzstan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membimbing pasukan untuk membenam cabaran pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menerusi satu kebangkitan dramatik pada saat akhir. “Hari ini para pemain menunjukkan karakter sebenar pasukan. Inilah Harimau Malaya. Sungguhpun […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kini Ke-130 Dunia

Kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan ranking FIFA negara melonjak 7 tangga untuk menghuni tangga ke-130 FIFA ketika ini. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. Harimau Malaya berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata. […]
Kelayakan Piala Dunia: Dion Cools Ketuai Kebangkitan Luar Biasa Malaysia, Benam Kyrgyzstan

Perlawanan kelayakan Piala Dunia malam ini menyaksikan pertembungan aksi pertama kumpulan D di antara Malaysia dan Kyrgyzstan yang berkesudahan dengan keputusan 4-3. Seawal minit ke-7 permainan, pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools membuka akaun jaringan menerusi tandukan deras ke gawang gol melalui sepakan sudut yang diambil oleh Arif Aiman. Pada minit ke-42 permainan, pemain pertahanan […]
Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Malaysia vs Kyrgyzstan, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi Pestabola Merdeka kembali memeriahkan suasana bola sepak negara apabila pertemuan pasukan ke-137 dunia, Malaysia dan Kyrgyzstan (96 dunia) menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil itu membolehkan skuad Harimau Malaya beraksi di atas padang baharu dengan kualiti lebih baik iaitu rumput Zeon Zoysia. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berada […]
Krisis Prestasi Kyrgyzstan Jadi Sandaran Malaysia ‘Hukum’ Lawan Di Bukit Jalil

Ketua jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic tetap melaungkan keazaman untuk meraih mata penuh berdepan Malaysia sungguhpun pasukannya dalam kemelut prestasi yang berpanjangan. Pengendali kelahiran Slovakia ini yakin kepulangan 12 tonggak utama pasukan yang mengalami kecederaan sebelum ini memberi tonik tambahan buat pasukan. Krisis ini bermula selepas Kyrgyzstan hanya mampu meraih tempat ke-4 dalam aksi CAFA Nations […]
Malaysia Dijangka Rombak Dua Posisi, Buru Mata Penuh FIFA

Malaysia difahamkan akan melakukan percaturan signifikan bagi memastikan kemenangan berjaya dicapai berdepan Kyrgyzstan di laman sendiri. Skuad bimbingan Kim Pan-gon akan menghadapi perlawanan pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang pasukan ke-96 dunia itu sambil memburu mata penuh. Aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu menyaksikan kehadiran ekor sejati Harimau Malaya bakal memberi nilai tambah buat […]
Ranking FIFA: Peluang Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kembali Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Ranking FIFA Malaysia: Pasukan kebangsaan berpeluang untuk memungut mata penting di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk melonjakkan kedudukan negara dalam ranking FIFA. Harimau Malaya akan memulakan kempen penting berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dalam misi meraih tiga mata pertama di laman sendiri. Skuad negara dijadualkan berdepan dua aksi pada bukan November ini dengan […]
“Semua Yang Saya Kenal Berikan Maklumat Tentang Malaysia” -Štefan Tarkovič

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič mahu memastikan bahawa kemenangan mampu menjadi milik pasukannya berdepan Malaysia di Bukit Jalil. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara pasukan Malaysia dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan tatkala kedua-dua pasukan memburu tiga mata. Skuad kendalian Kim Pan-gon mahu memanfaatkan aksi di laman sendiri berdepan pasukan ke-96 dunia itu. Jurulatih kelahiran […]
“Kelayakan Piala Dunia Amat Penting Buat Malaysia” -Hamidin

Fokus pasukan Malaysia kini tertumpu kepada persiapan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 dalam misi menyalakan harapan ke Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Perkara ini ditekankan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang kepentingan para pemain dan peminat untuk kekal memberikan sokongan kepada barisan pemain Harimau Malaya. “Sokongan padu […]
Warga Korea Selatan Teruja Dapat Uji Kekuatan Sebenar Singapura

Penyokong Korea Selatan teruja dapat berentap dengan skuad Singapura dan dizahirkan menerusi sambutan luar biasa bagi aksi tersebut tidak lama lagi. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 itu melibatkan pertembungan antara pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann dan juga Singapura di laman sendiri. Aksi yang cukup penting buat jaguh Asia itu dalam misi memungut tiga mata pertama selepas […]
Afiq Fazail Tempuhi Cabaran Berbeza Bersama Malaysia

Perancang tengah Malaysia, Afiq Fazail bersedia untuk memenuhi tuntutan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menghadapi dua lawan hebat di Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 29 tahun itu tersenarai dalam 25 orang pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke kem latihan kebangsaan menghadapi Kyrgyzstan dan Taiwan. Bercakap kepada MakanBola, beliau sedia memenuhi tuntutan besar pasukan untuk […]
Penyokong Sedih, Perlawanan Harimau Malaya Tidak Disiarkan Di Siaran TV Percuma

Sebahagian besar penyokong setia bola sepak Malaysia menzahirkan perasaan bercampur-baur susulan tiada siaran langsung aksi pasukan kesayangan negara, Harimau Malaya yang ditayangkan secara percuma di kaca televisyen. Perkara ini dirungkai hasil tinjauan yang dilakukan oleh MakanBola menerusi platform media sosial untuk mengetahui pandangan murni peminat bola sepak tanah air. Hasrat peminat yang tidak berkesempatan untuk […]
Hong Wan & Feroz Baharudin Kekal Bermakna Buat Kim Pan-gon

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa kelibat dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dan Feroz Baharudin kekal bermakna buatnya. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membuat keputusan untuk memanggil 25 orang pemain ke kem latihan kebangsaan bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Beliau bagaimanapun […]