Matthew Davies & Junior Eldstal Disisihkan Dari Skuad Ke Oman

Dua watak penting Malaysia, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan daripada skuad negara sebelum berlepas ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan untuk meninggalkan dua pemain berpengalaman negara ini atas faktor kecederaan. Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul […]
Keyakinan Tinggi Bersama Terengganu Lonjak Motivasi Safawi Rasid

Penyerang pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid tekad memberikan yang terbaik menerusi keyakinannya yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak pasukan negara. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023 di bawah kendalian Kim Pan-gon selain menjadi antara tunjang dalam skuad senior. Beliau yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan […]
Jepun Umum 26 Pemain Tanpa Bintang EPL

Jaguh Asia, Jepun mengumumkan para pemain bagi menghadapi tentangan Korea Utara dalam aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Skuad Samurai Biru membuat pengumuman barisan 26 pemain menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA). Tidak banyak perubahan dalam senarai nama pemain yang dipanggil oleh jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu […]
“Kami Akan Lawan Belanda Atau Indonesia?” – Do Duy Manh

Pemain Vietnam, Do Duy Manh sempat menyindir mengenai lawannya, Indonesia menjelang pertemuan kedua-dua negara dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Beliau berkata, melalui maklumat yang mereka dapati, Indonesia kini berbeza apabila diperkuat dengan ramai pemain yang beraksi di luar negara seperti Justin Hubner, Sandy Walsh, Rafael Struijk dan lain-lain. “Menerusi maklumat […]
Nilai Skuad Indonesia Meningkat RM21 Juta, Hampiri Finalis Piala Asia 2023

Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023. Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati. Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia. Ketika memasuki fasa Piala […]
Persaingan Terlalu Sengit, Nooa Laine Sasar Rebut Tempat Ke Oman

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine optimis untuk memberikan yang terbaik bersama skuad kebangsaan sekiranya terpilih dalam senarai 25 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pemain berusia 22 tahun itu memilih untuk pulang ke Malaysia secara pinjaman apabila menyertai Selangor FC bagi saingan musim 2024/25. Bintang kelahiran Finland itu bagaimanapun optimis untuk terus membawa […]
“Pemain Malaysia Dalam Skuad Sedikit Malang”

Pemain sayap lincah Malaysia, Faisal Halim menzahirkan rasa simpati dengan barisan pemain yang dipanggil bagi tugasan negara kali ini. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan watak penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon terutamanya ketika membantu skuad kebangsaan di Piala Asia 2023 tempoh hari. Beliau ketika ini bersama barisan pemain negara sedang menjalani persiapan memasuki hari […]
Tiket Aksi Malaysia & Oman Bermula Serendah RM5

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi aksi Kelayakan Piala Dunia di antara Malaysia dan Oman. Memerusi hantaran di laman instagram FAM, para penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia menentang Oman dengan harga di antara RM 5 sehingga RM 80. Bagi tempat duduk terbuka, tiket dijual dengan harga RM 40 kepada para peminat […]
Gugurkan 5 Pemain Senior, Kim Pan-gon Ada Alasan Kukuh

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keyakinan dengan skuad yang dipanggil namun berkongsi sebab menggugurkan 5 pemain senior berdepan Oman. Harimau Malaya melalui kempen yang cukup baik di Piala Asia 2023 apabila menamatkan saingan dengan memperoleh satu mata. Skuad kebangsaan juga berjaya melakar kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Pengendali […]
Trio Fandi Ketuai Singapura Kekang Ancaman China

Singapura mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi China dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Singapura menyaksikan tiga tonggak utama pasukan iaitu Ikhsan Fandi, Irfan Fandi dan Ilhan Fandi bakal menerajui pasukan. Ikhsan yang kini bersama BG Pathum akan mengetuai jentera serangan bersama adiknya […]
JDT Sedia Lepaskan Pemain Lebih Awal Ke Kem Latihan Harimau Malaya

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melepaskan para pemainnya ke kem kebangsaan lebih awal. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Alistair Edwards di media sosial rasmi pasukan bahawa JDT bakal mengikuti dengan melepaskan para pemain ke kem kebangsaan tujuh hari sebelum hari perlawanan. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan mengikuti praktis global berhubung panggilan […]
Peluang Kedua Suhaimi Husin Bersama Harimau Malaya

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin kembali mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon. Ini merupakan kali kedua penjaga gawang berusia 29 tahun ini menerima panggilan ke skuad kebangsaan selepas kali pertama ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka pada September yang lalu. Selepas itu, namanya tidak tersenarai oleh barisan kejurulatihan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia […]
Kim Pan-gon Gugur 5 Pemain Senior Hadapi Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk menggugurkan 5 pemain senior bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Harimau Malaya melalui kempen yang amat cemerlang apabila meraih satu mata berharga di pentas Piala Asia AFC 2023 bertemu Korea Selatan. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini berdepan satu lagi tugas sukar apabila perlu membawa skuad […]
Kim Pan-gon Ada Sebab Belum Umum Pemain Pilihan Lawan Oman

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki sebab yang kukuh masih belum mengumumkan senarai pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengharungi tempoh yang cukup baik apabila memimpin Malaysia ke Piala Asia 2023 dan berjaya meraih satu mata. Keputusan seri berdepan Korea Selatan itu diserikan lagi apabila gol […]
Orang Korea Mula Sebut Nama Park Hang-seo Ganti Jurgen Klinsmann

Nama bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula disebut-sebut oleh orang Korea Selatan bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Jurgen Klinsman. Memetik laporan akhbar daripada Korea Selatan, Park Hang-seo antara calon yang sesuai sebagai jurulatih sementara. Kredibiliti yang ada padanya dikatakan mampu membantu masalah dalaman yang dihadapi oleh skuad kebangsaan Korea Selatan ketika ini. Kini, difahamkan […]
Stadium Rajamangala Bakal Berwajah Baru

Gelanggang keramat Thailand, Stadium Rajamangala akan menjalani sedikit perubahan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac. Menerusi ciapan daripada wartawan Thailand, Ta Lao, beliau mengatakan bahawa padang di stadium berkenaan akan ditukar baharu sebelum kempen Kelayakan Piala Dunia bersambung bulan hadapan. ”Stadium Rajamangala akan mempunyai padang baharu untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / […]