Respon Kecewa Jurulatih Arab Saudi Selepas Dimalukan Indonesia

Pengendali Arab Saudi menzahirkan kekecewaan selepas tunduk di tangan Indonesia. Aksi keenam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Arab Saudi datang ke Stadium Gelora Bung Karno turun dengan momentum yang kurang baik. Peluang itu dimanfaatkan oleh anak buah Shin Tae-yong apabila dua jaringan Marselino Ferdinan memastikan Indonesia melakar kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi. […]

Jordan Dijerat Pasukan Ke-135 Dunia Kali Kedua

Jordan menerima keputusan mengejutkan apabila diikat pasukan ke-135 dunia dengan keputusan 1-1. Finalis Piala Asia 2023 itu turun dengan momentuk terbaik dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan pada peringkat kumpulan. Nama-nama seperti Mousa Al-Taamari, Yazan Al-Naimat, Nizar Al-Rashdan dan juga Yazan Al-Arab berada dalam kesebelasan utama menentang satu lagi negara Timur […]

Indonesia Berbisa, Belasah Arab Saudi Di Gelora Bung Karno

Timnas Indonesia mencipta kemenangan pertama apabila menundukkan Arab Saudi di Stadium Gelora Bung Karno. Anak didik Shin Tae-yong turun dengan kesebelasan terbaik dengan Rafael Struick dan Marselino Ferdinan mengetuai jentera serangan. Sang Garuda memanfaatkan sokongan padu di laman sendiri apabila membuka tirai jaringan selepas Marselino bijak memperdaya empat pertahanan sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Ahmed […]

Live: Indonesia vs Jepun, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Dunia 2026

Aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertembungan antara Indonesia dan juga Jepun. Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu waspada dengan peningkatan kualiti yang dimiliki oleh Timnas Indonesia ketika ini. “Indonesia adalah salah satu negara yang membuat kemajuan dan mendapat kekuatan lebih baik berbanding sebelum ini,” kata Moriyasu. “Kami bersedia untuk perlawanan yang sukar, tetapi kami […]

Arab Saudi & Australia Sama Liat

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 kumpulan C menyaksikan Arab Saudi berjaya mengikat Australia pada Khamis. Setelah berjaya mengikat Jepun 1-1 dalam aksi terakhir pada Oktober lalu, Australia kembali ke Melbourne untuk berdepan Arab Saudi yang kembali mendapat sentuhan Herve Renard. Jurulatih Australia, Tony Popovic melakukan satu pertukaran berbanding aksi sebelum ini dengan membawa masuk Aiden […]

Timnas Indonesia Terima 3 Hukuman Dari FIFA

Skuad kebangsaan Indonesia menerima tiga hukuman daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) baru-baru ini. Tiga hukuman ini dijatuhkan menjelang aksi kelima pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Tim Garuda dan Jepun di Gelora Bung Karno pada 14 November ini. Tiga hukuman tersebut ialah pertama, Indonesia didenda 10,000 Swiss Franc (RM50,000). Denda tersebut dikenakan […]

Indonesia Sambut Kehadiran Jepun Penuh Debaran

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Indonesia dan Jepun pada 15 November ini dijangka menarik. Ini kerana Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu masih kekal tanpa kalah dalam Kumpulan C selepas mengharungi empat perlawanan. Sementara Tim Garuda pula mahu melupakan kekalahan pahit 2-1 di tangan China. Aksi ini cukup menarik ia merupakan ulangan aksi […]

Jordan Menang Besar Ke Atas Oman

Finalis Piala Asia 2024, Jordan bangkit dari kekalahan lalu dengan membelasah Oman dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di gelanggang sendiri. Setelah tumbang 0-2 di tangan Korea Selatan, Jordan turun melayani kunjungan Oman yang hadir dengan momentum cemerlang selepas mengaibkan Kuwait 4-0 tempoh hari. Trio Selangor menjadi taruhan besar oleh pengendali Jordan, Jamal Sellami sementara Oman […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Indonesia Terkeluar Dari Kelompok 120 Dunia

Ranking masa-nyata FIFA menyaksikan Indonesia terkeluar dari kelompok 120 pasukan terbaik dunia. Skuad kendalian Shin Tae-yong turun dengan 4 pertukaran dalam kesebelasan utama untuk melakar kemenangan pertama pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. China bagaimanapun tidak memberi laluan mudah apabila mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri mengecewakan Indonesia. Berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA, kekalahan […]

Live: Info Siaran Langsung China vs Indonesia, Kesebelasan Utama & Siaran TV

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 melibatkan China dan Indonesia mencuri tumpuan. Pemain sayap China, Wei Shi hao yakin pasukannya sudah bersedia dan mahu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri. Beliau juga yakin para pemain China sudah mendapat motivasi terbaik untuk perlawanan kali ini. China bakal turun dengan barisan terkuat dalam misi mengutip kemenangan pertama untuk […]

Penyokong Malaysia Zahir Simpati, Jepun Pula Sudah Lali

Penyokong Malaysia menzahirkan simpati terhadap nasib Timnas Indonesia manakala Jepun seakan lali dengan situasi tersebut. Skuad kendalian Shin Tae-yong dihukum saat akhir apabila terpaksa berkongsi mata dengan pasukan ke-75 dunia, Bahrain selepas seri 2-2 awal pagi ini. Kekecewaan jelas terpancar pada reaksi pemain dan penyokong Timnas Indonesia selepas pengadil perlawanan, Ahmed Abu Bakar Al-kaf yang […]

Macam Main Atas Bendang, Perlawanan Venezuela vs Argentina Terganggu

Aksi tumpuan Venezuela vs Argentina sedikit terganggu dengan keadaan padang yang dipenuhi takungan air seakan bermain di atas bendang. Argentina hadir ke laman Venezuela dengan misi besar untuk bangkit mencatat kemenangan setelah tumpas 1-2 di tangan Colombia sebelum ini selain mengukuhkan tempat di tangga teratas. Walau bagaimanapun, hasrat Juara Piala Dunia 2022 ini tidak kesampaian […]

Indonesia Akan Hantar Surat Bantahan Rasmi Kepada AFC

Indonesia bakal membuat bantahan secara rasmi kepada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu pengadil ketika aksi bertemu Bahrain pada awal pagi Jumaat. Skuad kendalian Shin Tae-yong terbang ke Riffa bagi aksi ketiga peringkat kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Bahrain setelah berjaya mengikat Arab Saudi dan Australia. Namun, perlawanan tersebut dicemari keputusan […]

UAE Dijerat Pasukan Ke-111 Dunia

Emeriah Arab Bersatu (UAE) menanggung malu besar apabila diikat pasukan ke-111 dunia. Skuad kendalian Paulo Bento turun dengan barisan terbaik sambil Caio Canedo dan Bruno Oliviera mengemudi jentera serangan. Aksi babak pertama seimbang dengan DPR Korea berjaya mengekang beberapa percubaan penting UAE. Perlawanan 45 minit pertama berkesudahan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, tuan rumah memberikan […]

Pengadil Robek 3 Mata Indonesia Di Bahrain

Aksi Kelayakan Piala Dunia antara Indonesia dan Bahrain dicemari dengan keputusan kontroversi dari pengadil. Indonesia hadir ke gelanggang lawan untuk bertemu Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan C Kelayakan Piala Dunia dengan misi mengutip tiga mata penuh. Anak didik Shin Tae-yong hadir dengan momentum setelah berhasil mengikat dua pasukan gergasi dari benua Asia iaitu Arab […]

Indonesia & Bahrain Sama Hebat

Hasrat wakil tunggal Asia Tenggara, Indonesia meraih tiga mata pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 tidak kesampaian setelah terikat seri dengan Bahrain pada awal pagi Jumaat. Setelah berjaya mengikat Arab Saudi dan Australia sebelum ini, Indonesia terbang ke Riffa untuk bertemu Bahrain pada aksi ketiga peringkat kumpulan C dengan misi mengutip tiga mata. Sang […]