Bajet Kelantan Darul Naim Cecah RM12 Juta

Bajet pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk musim 2024/25 mencecah angka RM12 juta. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh presiden pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu, Rozi Muhamad kepada portal Harimau Malaya baru-baru ini. Beliau melihat bajet tersebut sebagai munasabah memandangkan pasukan itu menguruskan lima pasukan bermula musim 2024/25. Ini termasuk pasukan Piala […]
Kelantan Darul Naim & CHS Football Korea Jalin Kerjasama

Nama Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bakal lebih dikenali di Korea Selatan selepas menjalin kerjasama dengan CHS Football Korea. Pengumuman kerjasama ini diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. Pemeteraian perjanjian diadakan di pejabat urusan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang semalam. Presiden kelab, YB […]
Kelantan Darul Naim Fokus Naik Taraf Stadium Sultan Muhamad Ke-IV

Kerajaan negeri Kelantan kini fokus menaiktaraf stadium keramat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). Perkara ini dinyatakan oleh Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad menerusi satu hantaran video di akaun TikTok beliau. Salah satu fokus penaiktarafan yang mahu diselesaikan ialah isu papan mata elektronik stadium yang […]
Berita Kelantan Jadi Bualan Orang Korea

Nama pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjadi bualan di Korea Selatan baru-baru ini. Ini selepas pasukan itu mengumumkan perlantikan Park Jae-hong sebagai jurulatih baru Kijang Emas untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih kelab K3 League, Yangju Citizen itu mendapat perhatian di negara itu menerusi satu artikel yang disiarkan di portal Goal […]
Jurulatih Kelantan Seru Pemain Berbakat Munculkan Diri

Kelab Liga A1 Semi Pro, Kelantan FC bakal melancarkan proses pemilihan pemain untuk membawa cabaran pasukan itu dalam musim 2024/25. Atas sebab itu, jurulatih Kelantan, Manja Man menyeru pemain-pemain berbakat di luar sana agar hadir dan menyertai proses pemilihan berkenaan. Manja melihat kehadiran pemain baru penting buat The Red Warriors kerana ini dapat memudahkan persiapan […]
Park Jae-hong Sah Jurulatih Baharu Kelantan

Spekulasi tentang siapa jurulatih baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akhirnya terjawab apabila Park Jae-hong diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan itu. Perlantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi mereka semalam. Ini menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim […]
Kelantan Diberi Peluang Akhir Sehingga 8 Mei

Nasib pasukan Kelantan masih belum selamat meskipun sudah mengesahkan tempat dalam saingan Liga A1 Semi Pro. Sebelum ini pihak Amateur Football League (AFL) yang diwakili oleh pengerusi, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad menjelaskan dua sebab Kelantan FC dibenarkan untuk bermain di Liga A1 Semi Pro musim […]
Kelantan Dapat Peluang Beraksi Di Liga A1 Semi Pro Dengan Dua Sebab

Penyertaan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro telah mendapat penjelasan meskipun pasukan tersebut bergelut dengan isu tunggakan gaji. Sebelum ini, Amateur Football League (AFL) dalam satu kenyataan memberi nafas baharu buat Kelantan FC beraksi di Liga Malaysia apabila memberi peluang kepada pasukan milik Norizam Tukiman untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro. […]
Manja Man Diumum Jurulatih Baharu Kelantan

Pasukan Liga A1 Semi Pro, Kelantan FC mengumumkan perlantikan Manja Man sebagai jurulatih baharu pasukan untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih Perlis FA itu diumumkan pengurusan The Red Warriors di platform media sosial mereka semalam. Manja dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Argentina, Alfredo Vera. Ini selepas Vera memilih kembali ke Indonesia untuk […]
Bekas Pemain Kebangsaan Tak Terima 7 Bulan Gaji?

Bekas pemain kebangsaan, Khairil Anuar Zamri atau lebih mesra dipanggil Beto mendedahkan bahawa masih belum menerima tujuh bulan tunggakan gaji daripada dua bekas kelabnya. Dalam satu hantaran di laman X, Beto difahamkan masih menunggu tiga bulan tunggakan gaji dari Sarawak United FC manakala empat bulan tunggakan gaji dari Kelantan FC. “Sarawak United FC 9,10,11. Kelantan […]
Ikhwan Yazek Hampir Tinggalkan Dunia Bola Sepak

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Ikhwan Yazek mengakui beliau pernah memikirkan kemungkinan untuk menggantung but. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh beliau kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam. Ikhwan mengakui kemungkinan tersebut timbul selepas mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) semasa bersama Kelantan FC. Kecederaan tersebut memaksa beliau berehat panjang dan terlepas […]
Zamsaham: RM1000 Pun Besar Bagi Yang Memerlukan

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham menganggap bahawa nilai RM1000 amat besar kepada yang memerlukan. Baru-baru ini, tular satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya tentang tunggakan gaji selama tiga bulan terhadap para pemain TRW Kelantan FC. Beliau optimis untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dengan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000 […]
Allee Putra: Saya Bermain Dengan Kelantan, Kenapa Heret Ayah Saya?

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Allee Putra memberitahu bahawa tiada sebarang proses perbincangan dijalankan bersamanya mengenai tunggakan gaji 7 bulan yang melanda. Sebelum ini, pemilik kelab The Red Warriors, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberitahu bahawa terdapat halangan untuk melakukan pembayaran gaji pemain ini susulan ia diuruskan oleh pihak lain. “Baik, berkenaan kes […]
Tunggakan Gaji Allee Putra 7 Bulan? Zamsaham Anggap Ia Kes Terpencil

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham berdepan kontroversi apabila didakwa tidak melunaskan tunggakan gaji bekas pemain mereka, Allee Putra Azril selama tujuh bulan. Isu ini hangat diperkatakan di media sosial susulan satu pertanyaan yang dibuat seorang penyokong Kelantan kepada Norizam baru-baru ini. Beliau yang mesra disapa Zamsaham memaklumkan isu tunggakan gaji Allee Putra yang […]
Zamsaham: Tunggakan 3 Bulan Gaji, Alhamdulillah Dah Masukkan RM1000

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur. Beliau dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu bahawa pihaknya tidak lepas tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Katanya, beliau mengambil maklum tentang tunggakan gaji yang dialami oleh para pemainnya namun berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya. […]
Jalil Elias & Oday Kharoub Bawa Tarikan Berbeza Ke Liga Super

Kehadiran dua bintang import baru Liga Super, Jalil Elias dan Oday Kharoub dijangka menambah tarikan berbeza menjelang musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Elias bukan saja hadir dengan reputasi sebagai pemain paling mahal dalam Liga Super dengan nilai semasa €3 juta (RM15 juta). Malah, pemain tengah Johor […]