MZ Gold ‘Belanja’ Siaran Perlawanan Kelantan Secara Percuma

Pemilik kelab Kelantan FC, Zamsaham hari ini mengumumkan bahawa perlawanan akhir Liga Premier akan disiarkan secara percuma untuk para penyokong bola sepak terutamanya penyokong The Red Warrior. Menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa perlawanan secara langsung itu bakal disiarkan di siaran Youtube rasmi pasukan itu. MZ Gold telah menjadi […]

5 Pemain ‘Bekas Produk Kelantan’ Yang Kini Mencuri Tumpuan Dalam Saingan Liga Super 2021

Kelantan FC kini sedang berjuang untuk kembali bersaing di Liga Super setelah mereka terpaksa turun liga pada tahun 2019 ekoran menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-11. Namun pasukan tersebut berjaya mencungkil beberapa bakat muda walaupun sedang bergelut dengan prestasi ketika itu. Terdapat beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden Kelantan yang diserap ke skuad utama berjaya […]

Piya Akui Terlalu Rindukan Zaman Kegemilangan Pasukan Kelantan

Pemain tengah Kelantan United FC, Muhd Badhri Radzi baru-baru ini ada menceritakan momen-momen terindah dalam kariernya ketika bersama Kelantan FC suatu ketika dahulu sehingga boleh merangkul kejuaraan ‘treble’ pada tahun 2012 dan tahun-tahun berikutnya. Menurut penjelasan dalam segmen 5 minit bersama Badhri Radzi oleh MFL, tambah pemain kelahiran Kelantan ini, beliau tidak dapat menafikan perasaan […]

Percaturan Zamsaham Perkuat Kelantan FC Dengan Pemain Bintang

Pemilik Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran di akaun rasmi Facebook miliknya berkaitan perkembangan pasukan Kelantan FC. Beliau yang lebih mesra disapa Zamsaham memaklumkan bahawa kelabnya sedang berkira-kira untuk melabur lebih bagi saingan Liga Premier musim depan. Zamsaham bercadang untuk mencari beberapa pemain yang berstatus bintang untuk […]

Nurshamil Abdul Ghani Miliki Rekod Gemar Jaringkan Gol Pada Minit Akhir

Kelantan FC berjaya mencuri tiga mata penuh sewaktu aksi bertemu Negeri Sembilan FC kelmarin menerusi jaringan minit akhir perlawanan oleh Nurshamil Abdul Ghani. Namun begitu, ini bukanlah kali pertama pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya. Sepanjang beraksi di Liga Premier bersama Kelantan FC musim ini, Nurshamil telah berjaya menjaringkan […]

Penjaring Terbanyak Kelantan, Nurshamil Ghani Atasi Pemain Import

Bekas penjaring terbanyak Melaka United pada tahun 2015, Nurshamil Abd Ghani muncul sebagai penjaring terbanyak bersama pasukan barunya, Kelantan FC. Lebih manis, beliau mengatasi keupayaan pemain import Kelantan FC, Jack Hindle, Ringgo, Mario dan Christos dengan 7 jaringan. Di Kelantan FC beliau digelar sebagai super-sub dan mampu membantu pasukan memperoleh jaringan pada saat akhir permainan […]

‘Wonderkid’ Indonesia Curi Tumpuan Julang Kelantan FC

Pemain bintang muda Indonesia, Natanael Siringoringo semakin menjadi bualan hangat peminat ‘The Red Warrior’ apabila mencetak dua gol buat pasukannya, Kelantan FC. Kelantan FC berjaya menundukkan cabaran seteru terdekat, Kelantan United FC dengan jaringan 3-1 pada perlawanan ke-18 Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi. Gol pertama Kelantan FC hadir menerusi Nurshamil […]

Shakir Shaari: Defensive Midfielder Terbaik Dimiliki Kelantan

Nama Shakir Shaari bukanlah satu nama yang asing bagi peminat bola sepak Malaysia terutama bagi para penyokong pasukan Kelantan. Tidak keterlaluan jika dikatakan Shakir Shaari merupakan antara pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang terbaik pernah dimiliki Malaysia. Shakir menyertai pasukan Kelantan pada tahun 2010 selepas mendapat perhatian jurulatih Kelantan waktu itu, Peter James Butler. Diberikan […]

Liga Premier: PDRM Sekat Kemaraan Kelantan FC

Kelantan FC gagal meraih sebarang mata selepas tumpas 1-2 di laman sendiri menerusi jaringan lewat permainan Bruno Suzuki pada minit ke-83. Perlawanan Liga Premier ini dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi untuk aksi Liga Premier musim 2021. Kelantan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh PDRM pada minit ke-26 menerusi penalti yang disudahkan kapten PDRM […]

Liga Premier: Kelantan FC Bangkit Tewaskan Skuad Projek FAM-MSN

Kelantan FC hampir dimalukan Skuad Projek FAM-MSN namun kebangkitan saat akhir perlawanan memberikan tuan rumah 3 mata penuh selepas menang 2-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi. Babak pertama, Kelantan FC memperoleh beberapa peluang berharga namun tiada jaringan dapat dihasilkan. Bersambung babak ke-2, pasukan pelawat yang dibimbingi Yusri Che Lah […]

Highlight: Kelantan United 0-2 Kelantan – Liga Super 2021

Pasukan Kelantan United yang kini berada dikedudukan ke-7 Liga Premier melayani kunjungan pasukan Kelantan FC yang berada dikedudukan ke-6 Liga Premier 2021 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu. Pertembungan derby Kelate ini bakal menyaksikan pertembungan pertama kedua-dua pasukan selepas dua tahun di mana dalam perlawanan sebelum ini Kelantan FC menewaskan Kelantan United 2-0 di […]

Kelantan 0-1 Sarawak United – Liga Premier 2021

Pasukan Kelantan FC yang kini berada dikedudukan ke-6 Liga Premier melayani kunjungan pasukan Sarawak United FC yang berada dikedudukan ke-2 Liga Premier 2021 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Kelantan seri 1-1 menentang pasukan T-Team manakala pasukan Sarawak United pula dalam perlawanan sebelum ini seri 0-0 juga menentang pasukan […]

Kelantan Catat Keuntungan Operasi Hari Pertama Liga Perdana

Pasukan yang baru diambil alih oleh pengurusan baru di bawah kepimpinan ahli perniagaan dari Johor, Norizam Tukiman mencatatkan keuntungan pada hari pertama perlawanan Liga Perdana semalam. Dalam perlawanan terbabit TRW Kelantan tewas 0-1 ke atas pasukan pelawat (Perak II) di Stadium Sultan Muhammad IV. Menurut Norizam, Kelantan memperoleh lebih RM43,000 jualan tiket siaran langsung beserta […]

Aksi Pengadil Seolah-olah Beliau Sedang Mamai

Dalam satu perlawanan Liga Perdana melibatkan Perak II dan TRW Kelantan terdapat satu babak di mana pengadil masuk ke dalam kotak penalti seperti sedang hayal. Kelihatan pengadil terbabit seolah-olah terlupa siapa dirinya seperti sedang bermain petang-petang di taman rumahnya ataupun mungkin beliau fikir beliau adalah penyerang pasukan Kelantan. Dalam satu muat naik di Facebook pemilik […]

Kelantan Didakwa Terima RM400, UKM RM25 Menerusi Siaran MyCujoo

Menurut salah satu akaun Twitter, Pulotutui, pasukan TRW Kelantan didakwa hanya menerima pembayaran sebanyak RM400 untuk perlawanan melibatkan pasukan tersebut yang bersiaran di MyCujoo. MyCujoo merupakan satu portal siaran langsung acara-acara sukan bola sepak terkenal dari Switzerland. Sebelum ini pemilik pasukan TRW Kelantan, Tuan Norizam Tukiman pernah mempersoalkan tentang hasil pembayaran keuntungan dari siaran langsung […]