Pemain Dan Pegawai Kelantan FC Curi Tumpuan, Tiba Di Kuching Dengan ‘Ramadan Style’

Menjelang pertemuan Liga Premier bertemu Kuching FC esok, pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC diberitakan sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 2.00 petang tadi dan terus bergerak ke tempat penginapan. Namun sesuatu yang agak unik apabila barisan pemain dan pegawai pasukan sepakat memperagakan kurta edisi khas The Red Warriors yang kini […]

Zamsaham Kongsikan Perkembangan Pusat Latihan Sendiri Kelantan FC

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman berkongsi perkembangan tentang cadangan untuk memiliki pusat latihan sendiri buat pasukan The Red Warrior tersebut. Sebelum ini, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham pernah berkongsi tentang cadangan memiliki pusat latihan sendiri. “InshaAllah suatu hari nanti kita bukan ada satu padang, tapi 10 padang dengan pejabat sekali,” jelas Zamsaham pada […]

Zamsaham Hadiahkan Sebidang Tanah Kepada Staff Tanda Penghargaan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizan Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menghadiahkan sebidang tanah kepada salah seorang pekerjanya. Beliau difahamkan melakukan tindakan tersebut kepada stafnya yang bernama En Daren Eg yang difahamkan baru sahaja memeluk Islam. Bukan itu sahaja, Zamsaham difahamkan menghadiahkan sebidang tanah berukuran 8000 kps kepada En […]

Jika JDT Bangga Dengan Potensi Daryl Sham, Kelantan FC Juga Bangga Dengan Kelincahan Fazrul Amir

Seiring dengan peredaran masa, pastinya pemain-pemain muda berbakat besar akan muncul setiap kali liga berlangsung. Melihat pemain muda yang meningkat naik ianya sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan mengenai sistem pembangunan bola sepak negara. Baru-baru ini tular di media mengenai pemain muda Johor Darul Ta’azim (JDT) yang sangat konsisten pada musim ini iaitu Daryl Sham. Produk Akademi […]

Pemain Import Kelantan, Belfort Cuba Makan Budu

Penyerang baharu Kelantan, Kervens Belfort perlahan-lahan mula menyesuaikan diri di tempat baharunya apabila dilihat mencuba makanan tradisional Kelantan, budu. Dalam satu video Tik Tok miliknya, Belfort menikmati nasi sambil mencuba budu yang merupakan juadah terkenal di Kelantan. Beliau kemudian membuat isyarat tangan thumbs up sambil berkata “Budu the best“. Video berkenaan mendapat pujian dari penyokong […]

Liga Premier: Kelantan FC Mudah Atasi Bintang-Bintang JDT II

Perlawanan pertama saingan Liga Premier 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Kelantan FC menentang Johor Darul Ta’zim II yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin. JDT II yang turun pertaruhkan pemain daripada skuad utama seperti Hazwan Bakri, Daniel Amier dan Azrif Nasrulhaq dilihat sukar untuk menembusi gawang Kelantan FC. Sementara pengendali […]

Rezal Zambery Puas Hati, Kelantan Mampu Cabar Pasukan Liga Super

Kelantan FC dinobatkan sebagai naib juara Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) yang telah berlangsung baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah. Kelantan FC berjaya memenangi dua perlawanan dalam tiga perlawanan berlangsung. Ianya satu keputusan yang positif kerana mampu beri tentangan yang hebat kepada pasukan yang beraksi di Liga Super. Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya […]

Kehadiran Tiga Pemain Import Tidak Lenturkan Semangat Nurshamil

Penjaring terbanyak tempatan Liga Premier 2021, Nurshamil Abd Ghani bersedia untuk bersaing dengan pemain import untuk merebut kesebelasan utama skuad Kelantan FC musim ini. Meskipun Kelantan FC pada musim ini telah mendatangani tiga penyerang import, ianya bukan satu halangan untuk pemain berusia 27 tahun ini menonjolkan kredibilitinya di atas padang. “Kerja keras tu memang pasti […]

Kelantan Buat Kajian Minuman Berkhasiat Untuk Tingkatkan Prestasi Atlet

Pemilik kelab Kelantan FC, Zamsaham teleh mengumumkan bahawa para pemain Kelantan akan dibekalkan dengan jus yang membantu bagi mengekalkan prestasi pada tahap yang terbaik. Menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Norizam memaklumkan bahawa syarikatnya iaitu Zamburger telah pun mendapat kelulusan untuk menjalinkan kerjasama dengan penyelidik dari UTM bagi kajian jus nenas Bromelain. […]

Farhan Roslan Mahu Timba Pengalaman Di Kelantan

Bekas pemain Kedah dan Perak, Farhan Roslan itu menyatakan hasrat ingin membina pengalaman baharu bersama Kelantan FC. Pemain yang berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa selepas mendapat restu daripada keluarga beliau terus memilih untuk beraksi bersama pasukan TRW sekaligus mengambil ini sebagai satu cabaran untuk dirinya lebih opitimis berada di atas padang. Namun bagi Farhan […]

Pas Bermusim 2022 Kelantan FC Yang Istimewa Dan Tak Terfikir Dek Akal

Pasukan Liga Premier, Kelantan FC telah memperkenalkan Pas Bermusim mereka untuk musim 2022. Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ternyata berfikiran di luar kotak dengan memberikan beberapa keistimewaan yang tidak terfikir dek akal. Kelantan FC menyediakan 4 pakej pas bermusim. Pakej pertama dinamakan Premier berharga RM250. Pakej kedua pula dinamakan Platinum berharga RM690. Pakej ketiga […]

Lubnan FA Sahkan Kelantan FC Sambar Penyerang Prolifik Fadel Antar

Kelantan FC dilihat semakin bernafsu untuk menyediakan pasukan terbaik bagi menghadapi musim 2022 yang dijadualkan bulan hadapan. Selepas berjaya mendapatkan pemain penyerang prolifik dari Brazil, Nixon Guylherme, Kelantan kini semakin hampir untuk membawa seorang lagi penyerang berbisa dari Lubnan. Pemain itu adalah Fadel Antar yang setakat ini telah menjaringkan 9 gol dalam 8 perlawanan Liga […]

Zamsaham: Inilah Uniknya TRW, Saya Pun Pelik

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman hari ini dalam satu hantaran di Facebook miliknya menafikan beberapa khabar angin yang mendakwa pasukannya itu bakal membawa masuk beberapa nama bintang untuk perkuat pasukan musim hadapan. Ahli perniagaan berjaya itu menegaskan bahawa pihak pengurusan The Red Warrior akan membuat pengumuman di laman rasmi media sosial TRW Kelantan sekiranya pemain […]

Mat Yo Bakal Kembali Perkuat Kelantan?

Ibarat sireh pulang ke gagang, bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha difahamkan bakal membuat kemunculan semula bersama The Red Warriors bagi musim 2022. Menurut satu kenyataan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa Mat Yo masih dalam sesi rundingan untuk kembali ke pangkuan Kelantan. Mat Yo dalam pada itu sah tidak akan […]

Zamsaham: Saya Tahu Ada Yang Tunggu Saya Jatuh

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dengan nada kecewa meluahkan perasaan berkaitan isu permasalahan berbangkit pasukan Kelantan FC yang sengaja dicipta segelintir penyokong bola sepak. Beberapa tahun lalu, Kelantan FA pernah mengalami krisis kewangan yang teruk sehingga gagal membayar gaji pemain dan ianya berjaya diselesaikan oleh pemilik baru, Norizam Tukiman yang membuat pembaharuan tangga gaji pemain […]

Kelantan FC Jawab Isu Gaji ‘9 Hari’ Pemain

Pihak TRW Kelantan FC kesal dengan dakwaan dan kenyataan beberapa bekas pemain pasukan berkenaan yang mencemarkan imej pasukan. Terdahulu beberapa bekas pemain pasukan berkenaan memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang mempersoalkan tindakan kelab membayar gaji ‘9 hari’ dan meluahkan kekecewaan. Lantas pihak TRW Kelantan FC membuat satu kenyataan media menjawab isu berbangkit dan […]