Saham Kelantan FC Sebenarnya Cecah RM60 Juta?

Saham pasukan gergasi dari pantai timur, TRW Kelantan FC dianggarkan sudah mencecah pada tanda harga RM60 juta. Hal ini berikutan daripada pengumuman baharu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman di laman Facebook miliknya hari ini yang memaklumkan bahawa ada diantara penyokong The Red Warrior yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemilik pasukan. Penyokong tegar Kelantan itu […]

Kelantan Serahkan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah

Pasukan Kelantan FC dalam satu muat naik terkini di laman Facebook mereka mengesahkan bahawa pihak pengurusan akan bertindak tegas dalam dalam menangani isu fitnah yang disebarkan dalam media massa. Pihak Kelantan FC telah mengambil tindakan dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000 kepada seorang pesalah laku yang menyebarkan fitnah baru-baru ini. Pesalah laku telah memohon […]

Zamsaham Pastikan Pemain Kelantan Tak Pura-Pura Cedera

Pemilik kelab pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman telah melakukan soal siasat khas berkenaan dengan keadaan pemain Kelantan yang terbaring semasa perlawanan tempoh hari. Seperti yang sedia maklum, The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup luar biasa apabila berjaya membenam cabaran PDRM dengan keputusan 2-1. Walau bagaimanapun, individu yang mesra dikenali sebagai Zamsaham ini mendedahkan perbualan […]

Tonton: Gol Roket Ikhwan Yazek Buat Penjaga Gol PDRM ‘Lemas’

Pemain sayap pasukan Kelantan FC, Ikhwan Yazek meraih tumpuan apabila menjadi wira untuk membantu pasukan mencatat kemenangan ke atas PDRM dengan keputusan 2-1. Ikhwan masuk sebagai pemain gantian buat   Kelantan nyata memberi suntikan tambahan buat jentera serangan pasukan. Selepas gol penyamaan menerusi sepakan penalti Shamil Abd Ghani, para pemain The Red Warriors jelas terus bersemangat untuk […]

Liga Premier: Kelantan Pamer Kebangkitan Luar Biasa Tumbangkan PDRM

Pertembungan saingan Liga Premier yang melibatkan pasukan Kelantan dan juga PDRM berlangsung sengit dalam usaha meraih mata penting di Liga Premier. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 5 petang ini berkesudahan dengan kekecewaan buat PDRM apabila kehilangan 3 mata berharga. Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal minit pertama permainan apabila PDRM lebih […]

“Wa Dah Main World Level La Mat” – CEO Perak

Pasukan Perak FC tampil cemerlang selepas berjaya meleburkan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah pendahulu Liga Premier, Kelantan FC dengan keputusan 2-1.  Namun, terdapat insiden aneh yang berlaku ketika perlawanan dan juga selepas tamat perlawanan.  Pemain Perak FC, Sunday Kolawole Afolabi bertindak memanaskan lagi keadaan dengan aksi tak masuk akal yang dilakukannya ketika 5 minit sebelum […]

Zamsaham: Semoga Kelantan Tak Jadi Macam “P” Berlakon Drama

Walaupun pasukan Kelantan FC tewas kepada Perak FC 2-1 di Kota Bharu, namun pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Walau bagaimanapun, beberapa insiden di dalam dan luar padang sedikit sebanyak mencemarkan sukan bolasepak di negara kita. Zamsaham dalam pada masa yang sama sedikit […]

Penyokong Perak Dikumpulkan Atas Faktor Keselamatan

Perlawanan antara pasukan Kelantan dan juga Perak petang tadi tidak terlepas dengan pelbagai insiden yang melibat penyokong kedua-dua pasukan. Drama dan juga pelbagai situasi panas telah terjadi sepanjang 90 minit permainan yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat. Walau bagaimanapun, sejurus selepas tamat perlawanan, para penyokong setia The Bos Gaurus dilaporkan terpaksa dikumpulkan atas faktor […]

Tonton: Kejadian Aneh Macam Helikopter Tarik Perhatian Netizen

Pertembungan yang melibatkan pasukan Kelantan FC menentang Perak FC dihiasi dengan insiden aneh dan panas yang melibatkan pemain kedua-dua pasukan. Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan ini sedikit tegang apabila ada cubaan daripada pemain Perak untuk melakukan provokasi. Selepas anak didik Yusri Che Lah selesa mendahului sehingga minit ke-85, terdapat cubaan oleh […]

Liga Premier: Kelantan FC Terduduk Di Kota Bharu Tewas Kepada Perak

Pendahulu Liga Premier, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada pasukan Perak FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed ke-IV sebentar tadi. Kelantan yang menurunkan hanya seorang pemain import dalam perlawanan ini bermula garang apabila berada di depan seawal minit ke-2 melalui Jasmier Mehat. Gol itu terhasil selepas Jasmir […]

Zamsaham Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Buat Penyokong

Usaha pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam usaha untuk menarik para penyokong untuk hadir ke stadium adalah dengan menawarkan harga tiket yang tidak masuk akal. Terbaru, beliau telah pun mengumumkan bahawa para penyokong boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM 5 sahaja. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Zamsaham mengumumkan bahawa tiket […]

“Malu Kokre” Penyokong Kelantan Gesa Perbadanan Stadium Baiki LED Scoreboard

Baru-baru ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham ada berkongsi levi yang dibayar kepada Perbadanan Stadium Kelantan disebabkan pasukan Kelantan FC menggunakan Stadium Sultan Muhammed ke-IV untuk aksi Liga Premier. Namun begitu, disebalik bayaran hampir RM 50,000 yang dibayar kepada pihak perbadanan, segelintir penyokong Kelantan dilihat sedikit ralat dengan kemudahan […]

Bayaran Levi Hampir RM50,000, Zamsaham Gembira Dapat Bantu Kitaran Ekonomi Di Kelantan

Tidak semua pemilik kelab bola sepak yang mahu berkongsi berkenaan situasi kewangan kelab kepada para penyokong. Namun tidak bagi pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham. Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi berkenaan jumlah tajaan pada musim akan datang dan juga beliau turut berkongsi mengenai keuntungan buat Kelantan FC. Terkini, Zamsaham mendedahkan […]

Tawaran Lumayan Pernah Tarik Piya ‘Selangkah’ Tinggalkan Kelantan

Perancang tengah lagenda Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkongsi detik genting dalam kariernya apabila beliau hampir-hampir meninggalkan pasukan Kelantan ketika berada di puncak kariernya. Bekas bintang tengah The Red Warriors berusia 40 tahun itu mengenang semula perjalanan karier gemilang beliau apabila berjaya menjadi salah seorang perancang terbaik dalam generasinya ketika itu. Mengulas lanjut, individu […]

Kenapa Orang Kelantan Boleh Terima Pemilik Dari Johor?

Nama Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai ZamSaham tidaklah asing dalam dunia bola sepak semenjak keputusan beliau untuk membeli pasukan Kelantan FC kira-kira dua tahun yang lalu.  Beliau secara rasmi menjadi pemilik pasukan Kelantan FC selepas membeli pemilikan penuh saham syarikat TRW Sdn. Bhd dengan jumlah sebesar RM3 juta serta RM3.8 juta bagi menyelesaikan hutang […]

Belfort Percaya, Muhaimin Izuddin Adalah Pemain Masa Depan Terbaik Malaysia

Penyerang import The Red Warrior Kelantan FC, Kerven Fils Belfort mengakui pemain muda Kelantan, Muhamin Izuddin bakal menjadi pemain tengah masa depan terbaik Malaysia. Beliau dilihat sudah mengenal pasti bakat terpendam pemain muda Kelantan ini apabila Muhaimin yang beraksi selama ini menggantikan Belfort tatkala beliau mengalami kecederaan. Perkara itu telah dikongsikan oleh Belfort di laman […]