Penolong Jurulatih Kelantan Peluk Islam

Hari ini, keceriaan kem pasukan Kelantan dalam menghadapi musim baru Liga Super nampak berbeza. Ini selepas penolong jurulatih The Red Warriors dari Sepanyol, Pol Corpas telah memeluk Islam hari ini. Perkara ini dikongsikan oleh pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam satu hantaran di Facebook. “Alhamdulillah, Pol Corpas assistant coach (penolong jurulatih) Kelantan FC […]
Pemain Import Kelantan Terima Ugutan Bunuh

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu daripada penyokong Kelantan. Difahamkan, pemain import baharu Kelantan, Christian Mangaron Rontini menerima ugutan bunuh di Instagram miliknya sendiri. “Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Fans Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baru Kelantan FC Christian Mangaron Rontini. “Sepatutnya sebagai penyokong yang bijaksana […]
Import Kelahiran Itali Kini Sah Milik Kelantan

Kelantan terus memperkukuh kesebelasan utama mereka menjelang Liga Super yang bermula pada 24 Februari ini. Terbaru, pemain import Itali-Filipina, Christian Rontini kini menjadi awang import terbaru The Red Warriors. Perpindahan bekas pemain import Penang itu diumumkan Kelantan menerusi laman media sosial mereka hari ini. Memulakan karier bersama Verbania, dia kemudiannya beraksi Sangiovannese dan Antella 99. […]
Kelantan Bakal Bawa Masuk Bintang Jepun?

Selepas sah membawa masuk dua awang import Korea Selatan iaitu Kim Min-gyu dan Kang Yi-chan, Kelantan dikhabarkan bakal membawa seorang pemain Jepun sebagai awang import baru mereka. Awang import yang dicanang menyertai The Red Warriors itu ialah Ryohei Michibuchi. Sekiranya perpindahan ini menjadi realiti, kehadirannya dijangka menambah pilihan yang dimiliki jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik di […]
Trio Afrika Tinggi Lampai Jadi Sandaran Kelantan

Kelantan FC mempunyai pendekatan yang berbeza musim ini berbanding musim-musim sebelumnya apabila membawa masuk pemain yang mempunyai fizikal yang tinggi terutamanya di bahagian serangan pasukan. Selepas disahkan tidak melanjutkan kontrak tiga pemain import musim lalu, Kelantan telah membawa masuk dua penyerang baru yang mempunyai ketinggian melebihi 1.90 meter. Dua penyerang yang dibawa masuk itu adalah […]
Laman Penyokong Korea Bocorkan Kriteria Pertahanan Baharu Kelantan

Sebuah laman penyokong kelab korea, Pohang Steelers di Twitter ada berkongsikan kriteria pemain import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Kim Min-qyu, pertahanan muda kelahiran Korea Selatan. Bekas pertahanan bawah 17 Korea Selatan ini merupakan antara pilihan jurulatih, Choi Moon-sik untuk memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan. Katanya, pemain ini sebenarnya […]
Bekas Penyerang Import Kelantan Kini Gigih Mencari Pasukan

Ternyata bukan mudah untuk seorang pemain dalam mencari pasukan baharu setelah dilepaskan oleh majikan sebelum ini. Situasi itu kini berlaku kepada bekas pemain import Kelantan FC dari England, Jack Hindle. Selepas meninggalkan Kelantan pada Januari 2022, Hindle telah pulang ke negara asalnya, England dan beraksi untuk pasukan, Matlock Town. Namun jodoh beliau bersama pasukan itu […]
Choi Moon-sik Simpan Hasrat Kelantan Mampu Tewaskan JDT & Kedah

Walaupun beberapa minggu mengambil alih skuad Kelantan, Choi Moon-sik dilihat mempunyai keyakinan terhadap anak-anak buahnya itu. Malah, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu percaya skuad Red Warriors mampu mengatasi pasukan-pasukan elit termasuk JDT dan Kedah. Ketika ini, skuad Kelantan sedang menjalani program pra-musim sebagai persiapan menghadapi Liga Super yang bermula akhir Februari ini. “Sekarang saya dalam […]
Aksi ‘Otak Geliga’ Nuha Marong Dipuji Penyokong Kelantan

Penyokong kelab Liga Super, Kelantan FC, memuji impak pemain import baharu pasukan, Nuha Marong yang memberi impak segera sejak dibawa masuk baru-baru ini. Pemain pasukan kebangsaan Gambia ini merupakan pengganti yang dibawa bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Brazil, Nixon. Beliau jelas mudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang cuba diterapkan oleh ketua jurulatih, […]
Mario Arques Kembali Ke Kelantan

Pada ketika ini, kebanyakan pasukan sedang memperkemaskan skuad mereka bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 yang dijangka bermula 24 Februari depan. Tidak ketinggalan ialah pasukan Kelantan FC. Selepas berjaya menandatangani penyerang dari Gambia, Nuha Marong, Kelantan berjaya mendapatkan semula khidmat bekas pemain mereka pada musim 2021, Mario Arques. Kehadiran semula arkitek berusia 31 tahun dari […]
Falsafah Choi Moon-sik Mula Beri Impak Kepada Kelantan

Sedikit demi sedikit, pasukan Kelantan mula mengikut falsafah jurulatih baru mereka Choi Moon-sik. Ini dibuktikan menerusi kemenangan 3-0 ke atas UiTM dalam aksi persahabatan pra-musim hari ini. Kelantan yang menurunkan Nuha Marong dan duo Korea Selatan, Kang Eui-chan dan Kim Ming-yu tampil garang pada babak pertama. Skuad Kijang mendahului menerusi Ghaffar Abd Rahman dan Eui-chan […]
Zamsaham Sambut Baik Usaha MFL Adakan Perlawanan Waktu Siang

Ramai pihak memberi reaksi positif terhadap usaha MFL mengadakan perlawanan pada waktu siang. Terbaru, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham turut memuji langkah yang diambil MFL. Mengikut pengumuman MFL beberapa hari lepas, perlawanan waktu petang di Semenanjung Malaysia bakal diadakan pada 5.15 atau 5.30 petang. Sementara untuk perlawanan di Sabah dan Sarawak, perlawanan diadakan sekitar […]
Kelantan Perkenal Pas Bermusim Bermula RM93

Dengan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, kelab-kelab mula berusaha menarik penyokong untuk datang ke stadium. Kelantan tidak ketinggalan dalam hal ini dengan memperkenal pas bermusim bermula dengan harga RM93. Pengumuman pas bermusim dan jenis kategori pas yang boleh didapatkan penyokong dibuat di laman media sosial Kelantan hari ini. Terdapat lima pakej yang ditawarkan […]
Kelantan Bakal Miliki Padang Latihan & Pusat Pemulihan Sukan Sendiri

Pasukan Kelantan FC bakal memiliki padang latihan baharu dan pusat pemulihan sukan sendiri. Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham dalam satu kenyataan pada semalam memaklumkan bahawa pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu bakal menyediakan kemudahan fasiliti sukan terbaik untuk para pemain. Dalam satu hantaran Bos Zam di Facebook miliknya, beliau menjelaskan […]
Zamsaham Mahu Kelantan Miliki Pesawat Sendiri

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham sentiasa mencari jalan untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi. Terbaru, beliau mendedahkan keinginan pasukan bergelar Red Warriors itu untuk memiliki pesawat sendiri. Dengan adanya pesawat milik mereka, ia dapat memudahkan pergerakan pasukan terutama ke sebelah Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia dapat menjimatkan kos berbanding kos menggunakan penerbangan […]
‘Kaki Kaca’ Punca Zamsaham Lepaskan Tiga Import Kelantan

Tindakan Kelantan FC melepaskan tiga pemain import mereka musim lalu iaitu Kenta Hara, Nixon Guylherme dan Felipe Hereda menimbulkan tanda tanya dikalangan penyokong ‘The Red Warriors’. Namun segala yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab yang tersendiri. Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham, menyifatkan ketiga-tiga pemain import itu merupakan pemain yang bagus […]