Natanael Siringoringo Mahu Kembali Ke Kelantan

Pemain sayap Kelantan FC, Natanael Siringoringo tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dirinya masih merindukan kelab asalnya. Bintang sensasi Indonesia itu kini dipinjamkan ke kelab Liga 1, Dewa United bagi musim ini telah menjadi tunjang utama pasukannya. Beliau telah beraksi sebanyak 25 perlawanan dengan menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol musim ini. Menerusi satu perkongsian […]

Mario Arques Lepas Geram Kepada Jurulatih Kelantan?

Tiada pasukan di dalam dunia ini mahu kalah namun begitulah adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi penyokong Kelantan FC, mereka sudah pasti sukar untuk menelan kekalahan besar 4-2 kepada Negeri Sembilan FC. Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, aksi yang dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi itu turut dicemari dengan satu […]

Liga Super: Negeri Sembilan Catat Kemenangan Dramatik Tewaskan Kelantan

Negeri Sembilan memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila berjaya menundukkan Kelantan 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol pendahuluan. The Red Warriors menguji kecekapan penjaga gol tuan rumah, Sikh Izhan Nazrel menerusi percubaan Ismaheel Akinade seawal minit pertama tetapi ia berjaya ditangkap kemas penjaga gol […]

Sani Express Bakal Tawan Perkhidmatan Feri Ke Langkawi

Selepas berjaya memeterai penajaan dengan pasukan Kelantan, Sani Express terus mengorak langkah dengan menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi. Kehadiran operator bas ekspres terbesar di Malaysia itu dijangka bakal memecah monopoli perkhidmatan feri ke pulau berkenaan. Ini kerana Sani Express menerusi Sani Ferry Sdn. Bhd bersedia menawarkan perkhidmatan feri alternatif ke Pulau Langkawi terutama menjelang […]

Kelantan Bakal Panggil Semula Pemain Import Indonesia Perkuat Pasukan

Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super, penilaian tentang keberkesanan tenaga import Kelantan sudah mula dibuat. Dengan sesetengah pemain import menunjukkan prestasi kurang memuaskan, pemilik pasukan, Norizam Tukiman bersedia memanggil semula awang import Indonesia, Natanael Siringoringo. Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham berpandangan langkah tersebut perlu demi memperkuat pasukan. Dengan pasukan kini menduduki tangga ke-10 liga, […]

Zamsaham Taruh Harapan Tinggi Terhadap Choi Moon-sik

Semalam, pengumuman perlantikan Frank Bernhardt sebagai Pengarah Teknikal Kelantan menamatkan spekulasi berkenaan kedudukan Choi Moon-sik. Dan bagi pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham, beliau masih percaya dengan keupayaan jurulatih Korea Selatan itu membimbing The Red Warriors. Setakat ini, Kelantan merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Tetapi semangat juang yang ditunjukkan The Red Warriors […]

Frank Bernhandt Pengarah Teknikal Baru Kelantan

Sebagai usaha memperkukuh struktur akar umbi dan kejurulatihan Kelantan, pengurusan The Red Warriors telah mengumumkan pengarah teknikal baru mereka hari ini. Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Frank Bernhardt diperkenalkan sebagai pengarah teknikal baru pasukan. Bernhardt yang juga bekas jurulatih UiTM FC dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Nasir Yusof. Pengumuman […]

Kelantan ‘Heret’ Bekas Staf Ke Polis Susulan Salah Guna Kuasa

Isu penyalahgunaan data membabitkan pasukan Liga Super merupakan satu perkara serius dan perlu ditangani segera. Atas sebab itulah, hari ini, Kelantan membuat satu laporan polis berkenaan hal ini. Menurut ketua keselamatan kelab, Tuan Hazli Tuan Mamat, laporan tersebut difailkan berkenaan tindak-tanduk seorang bekas staf TRW Kelantan FC. Individu berkenaan didapati menyeleweng dan menyerahkan data pasukan […]

“Saya Rasa Kami Bodoh” – Bojan Hodak

Keputusan seri 2-2 KL City dan Kelantan nyata mengecewakan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bojan menyifatkan kenaifan anak-anak buahnya menggagalkan usaha meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini. KL City terlebih dahulu mendahului menerusi bekas penyerang Terengganu, Tchetche Kipre pada minit ke-11. Declan Lambert menggandakan kelebihan City Boys pada minit ke-34. Bagaimanapun, anak-anak buah Choi […]

Info Siaran Langsung Kelantan vs KL City | Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super ke-5 menyaksikan pertembungan antara dua seteru, Kelantan dan juga KL City FC yang kini dalm misi meraih 3 mata. The Red Warriors turun sudah tentu mahu memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri sambil menanti cabaran hebat oleh anak didik Bojan Hodak. Kelantan kini gah mahu bangkit daripada kedukaan aksi lalu sambil KL […]

Zamsaham Sambut Baik Idea Penukaran Rumput Zeon Zoysia

Susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf rumput stadium negeri yang terpilih kepada Zeon Zoysia secara percuma, semakin ramai yang berharap ia dapat dilaksanakan. Salah seorang yang menyokong cadangan ini ialah Norizam Tukiman atau Zamsaham, pemilik pasukan Kelantan. Bagi Zamsaham, ini menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh amat prihatin dengan perkembangan sukan […]

Kelantan Bakal Ada Pusat Latihan Sendiri Sebelum 2025

Dengan situasi kewangan Kelantan sudah stabil, pengurusan The Red Warriors mula fokus kepada pembinaan infrastruktur termasuk pusat latihan. Terbaru, pemilik pasukan Norizam Tukiman mendedahkan Kelantan bakal mempunyai pusat latihan sendiri sebelum tahun 2025. Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Norizam yang mesra dikenali sebagai Zamsaham berkongsi imej ilustrasi pusat latihan The Red Warriors yang sedang diusahakan. […]

Suasana Ala EPL JDT Terima Pujian Penyokong Serantau

Kehangatan aksi Liga Super 2023 yang dilangsungkan pada sebelah petang terus hangat diperkatakan. Beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Singapura turut mengikuti rapat perkembangan terkini saingan Liga Malaysia 2023. Menerusi tinjauan MakanBola di laman Twitter dan Facebook, beberapa akaun bola sepak Indonesia memuji langkah yang diambil MFL. Seperti yang sedia maklum, musim ini terdapat beberapa […]

“Saya Tak Hebat Macam Arif Aiman” – Muhaimin Izzudin

Perancang tengah berbakat Kelantan FC, Muhaimin Izzudin tampil merendah diri tatkala persembahan beliau bersama pasukan mendapat perhatian ramai. Pemain muda berusia 21 tahun itu merupakan antara aset terbaik yang dimiliki oleh The Red Warriors termasuklah ketika membantu mereka menjadi naib juara Liga Premier musim lalu. Muhamin yang juga merupakan produk skuad projek FAM-MSN disambar oleh […]

Tano Solari Anggap Pertahanan JDT Bakal Tampil Lebih Baik Berdepan Selangor

Walaupun mengecapi kemenangan keempat Liga Super ke atas Kelantan hari ini, seri kemenangan 5-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalar apabila gawang mereka dibolosi menerusi penalti Leonardo Rolon untuk pasukan Kelantan. Bagi jurulatih JDT, Esteban ‘Tano’ Solari, barisan pertahanan Harimau Selatan perlu tampil lebih baik dalam perlawanan seterusnya menentang Selangor. Gol Kelantan terhasil apabila penjaga gol […]

Kelantan Akhirnya Buat JDT & Syihan Hazmi Tertewas Buat Kali Pertama Musim 2023

Pasukan Liga Super, Kelantan FC akhirnya menjadi pasukan pertama yang berjaya merobek gawang gol Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023. Anak didik Choi Moon-sik turun dalam misi besar di Stadium Sultan Ibrahim untuk memecah kebuntuan selepas skuad Harimau Selatan masih tidak bolos dalam tiga aksi pertama musim ini. Sungguhpun ketinggalan pada babak pertama 4-0 […]