Zainal Abidin Mahu Dua Kelab Kelantan Bergabung

Penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mencadangkan Kelantan FC dan Kelantan United FC digabungkan sebagai satu pasukan tunggal mewakili negeri itu. Cadangan ini diutarakan beliau semasa menjadi panel perlawanan Liga Super Perak FC menentang Kelantan di Astro Arena baru-baru ini. Zainal Abidin menyifatkan langkah ini sebagai langkah terbaik kerana ini akan membantu dari segi […]

Liga Super: JDT Dipaksa Bermandi Peluh Sebelum Tumbangkan Kelantan United

Hasrat Kelantan United untuk mengejutkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebentar tadi. JDT turun dengan gandingan Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo bagi merobek gawang Kelantan United dengan Bergson dan Arif Aiman berada di bangku […]

Challenge Cup: Kuching City Diikat Kelantan United

Kuching City diikat Kelantan United 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Challenge Cup di Stadium Negeri. Bruno Dybal mencetak gol seawal minit ke-10 untuk meletakkan Kuching City dihadapan. Namun Asraff Alifuddin muncul sebagai pemain penting apabila menyamakan kedudukan buat Kelantan United. Asraff berjaya menjaringkan gol pada minit ke-43 perlawanan. Aksi seri 1-1 ini dibawa sehingga […]

Liga Super: Kelantan United Buatkan Penang Terus Kempunan

Penang FC masih gagal mendapatkan rentak kebangkitan rentetan daripada deretan kekalahan dalam saingan Liga Super. Kali ini mereka tunduk kepada tuan rumah, Kelantan United 0-1 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi. Babak pertama bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat sangat berhati-hati. Penguasaan bola juga seimbang di antara kedua-dua pasukan. Peluang terbaik untuk Penang […]

Sentuhan Berbisa Indra Putra Tak Ditelan Usia

Pemain veteran Kelantan United, Indra Putra Mahayuddin muncul watak penting pasukan dalam kemenangan besar 7-0 ke atas Kelantan di Kota Bharu. Sentuhan berbisa Indra Putra masih tidak ditelan usia apabila beliau turut mencetak nama selaku penjaring menerusi sepakan percuma untuk gol ketiga pasukan. Indra Putra turut melakukan 1 bantuan jaringan menerusi sepakan sudut dimana penyerang […]

Challenge Cup: Kelantan United Belasah Kelantan 7-0

Aksi derby Kelantan dalam saingan suku akhir Challenge Cup membabitkan Kelantan United FC dan Kelantan FC berakhir dengan kemenangan besar buat skuad Kijang Hijau. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. Skuad Kijang turun dengan memori 29 gol dalam tiga perlawanan pada Ogos lalu. Sementara Kelantan United pula masih segar dengan kemenangan ke atas Kuching City […]

Liga Super: Kelantan United Benam Kuching City

Kelantan United FC mengakhiri penantian selama dua bulan untuk kemenangan kedua dengan menewaskan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu hari ini. Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza hari ini. Kijang Hijau berharap kemenangan kedua dapat diraih bagi meredakan tekanan ke atas jurulatih Ailton Silva. Sementara Il Gatto pula mahu mengakhiri […]

Azrif Nasrulhaq Jaring Gol Roket

Kelibat pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq kembali meniti di bibir penyokong selepas beliau menjaringkan gol yang cukup bermakna buat pasukan. Pemain pinjaman JDT ini menjadi pilihan utama Fandi Ahmad untuk mengisi posisi pertahanan kanan pasukan. Peluang tersebut nyata tidak dipersiakan oleh pemain berusia 30 tahun itu apabila memainkan peranan yang cukup penting untuk […]

Liga Super: Sri Pahang ‘Tawan’ Kelantan United Di Kota Bharu

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan United dan Sri Pahang. Seawal minit kesembilan permainan, Sri Pahang membuka akaun jaringan menerusi pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq. Azrif melepaskan satu percubaan kencang dari luar kotak penalti dan rembatan tersebut gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan United, Ilham Amirullah. Pada minit ke-22 permainan, giliran penyerang kebangsaan […]

K. Devan: Penyokong Perlu Sedar Kualiti Negeri Sembilan

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan berharap penyokong sedar dengan tahap kualiti yang dimiliki pasukan itu ketika ini. Dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia membabitkan skuad Rusa dan Kelantan United FC, wujud suara-suara yang tidak puas hati terutama bila tuan rumah ketinggalan 1-0 menerusi gol OJ Porteria. Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali bangkit dengan […]

Piala Malaysia: Negeri Sembilan Menang Besar Ke Atas Kelantan United

Negeri Sembilan berjaya menang besar ke atas Kelantan United dengan jaringan 4-2 dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di stadium Tuanku Abdul Rahman. Kelantan United terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-3 permainan menerusi OJ Porteria. Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan terus menggandakan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan 5 minit selepas itu hasil […]

Liga Super: Terengganu Mantap Belasah Kelantan United

Terengganu FC membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila membelasah Kelantan United FC 4-1 dalam aksi derby Pantai Timur di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Selepas berjaya meraih kemenangan ke atas KL Rovers dalam aksi Piala Malaysia, skuad Peteh berharap dapat mengakhiri kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam liga. Kali terakhir Terengganu […]

Piala Malaysia: Negeri Sembilan Bergelut Kalahkan Kelantan United

Jaringan tunggal Sean Selvaraj sudah cukup memastikan Negeri Sembilan FC meraih kemenangan ke atas Kelantan United FC dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023. Dengan status sebagai pasukan pelawat, Hoben Jang Hoben yang dibimbing K. Devan tahu kelebihan gol perlu diraih sekiranya mahu memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri untuk aksi kedua. Sebaik […]

Rezal Zambery & Kelantan Akhirnya Capai Kata Sepakat

Pengarah Teknikal Kelantan United FC, Rezal Zambery Yahya akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkenaan penyelesaian kewangan bersama pasukan lamanya, Kelantan FC. Sebelum ini, bekas penolong jurulatih Kijang itu menyatakan isu tersebut masih belum diselesaikan oleh pengurusan kelab menerusi satu kenyataan di Instagram Story beberapa hari lepas. Tetapi pada hari ini, satu penyelesaian telah dicapai antara […]

Kedah vs Kelantan United: Dua Gol Ifedayo Julang Kedah Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC menepati ramalan untuk terus berada di kedudukan empat teratas Liga Super selepas berjaya menumbangkan Kelantan United 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi. Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan bola lebih terarah kepada pasukan Kedah. Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-32 melalui tandukan Ifedayo Olusegun […]

Rezal Zambery Kini Pengarah Pembangunan Kelantan United

Bekas penolong jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi Kelantan United FC. Pengumuman dibuat oleh pengurusan Kijang Hijau menerusi laman media sosial mereka hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Rezal yang mempunyai pengalaman luas sebagai pemain dipertanggungjawabkan untuk menambahbaik program akar umbi dan pembangunan pemain […]