Rezal Zambery Puji Semangat Juang Kelantan Darul Naim

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang pasukan itu dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC semalam. Meskipun dianggap pasukan kerdil dalam saingan liga musim ini, Kelantan memberi saingan sengit kepada Tok Gajah sepanjang perlawanan. Kesungguhan semua pemain terutama penjaga gol, Khatul Anuar Jalil, Michal Jerabek […]
Liga Super: Gol Peluru Hidalgo Pastikan Sri Pahang Benam Kelantan Darul Naim

Sri Pahang bermula langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kelantan Darul Naim dalam aksi pertama Liga Super 2024/2025 di Stadium Temerloh. Skuad Tok Gajah menurunkan gandingan pertahanan ampuh yang dibarisi oleh Aleksandar Cvetkovic, Stefano Brundo, Azwan Aripin, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq manakala Zarif Irfan menjadi benteng terakhir pasukan. Kelantan Darul Naim pula memberikan lilitan kapten […]
VAR ‘Lumpuh’ Pada Aksi Sri Pahang & Kelantan DN

Aksi pertama Liga Super 2024/25 antara Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim menyaksikan VAR tidak dapat digunakan seperti yang dirancang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan hasrat untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan. Hal ini susulan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan VAR tidak dapat digunakan pada perlawanan ini. Sistem […]
Sokongan Padu Terhadap Palestine Punca Oday Kharoub Datang Ke Malaysia

Pemain import kelahiran Palestine, Oday Kharoub menjelaskan sebab memilih kelab Malaysia untuk melanjutkan karier sebagai pemain bola sepak. Oday Kharoub yang menyertai pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC daripada Hilal Al Quds pada Mac lalu tampil dengan rasa bangga melihat sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan. Oday menjelaskan bahawa aura […]
Siaran Langsung Liga Super: Sri Pahang vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super bagi aksi pertama musim baharu ini, Sri Pahang dan juga Kelantan Darul Naim yang akan berlangsung dengan cukup sengit pada malam ini. Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad masih berteka-teki siapa 11 pemain terbaik yang akan diturunkan bagi perlawanan malam ini. Kelantan Darul Naim ketika ini berada dalam momentum terbaik […]
Kelantan Darul Naim Terima Dua Tajaan Hampir Setengah Juta

Persiapan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjelang aksi Liga Super 2024/25 yang bermula esok semakin mantap apabila menerima tajaan berjumlah RM400,000. Tajaan ini disumbang oleh dua syarikat yang memainkan peranan sebagai rakan strategik Kelantan pada musim 2023. Dua syarikat tersebut ialah Madoo Bee Marketing Sdn. Bhd. dan Master Aleyh Yusof menerusi syarikatnya MAY Adjust […]
“Mungkin Pemain Terengganu Risaukan Akhyar Rashid” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi menentang Kelantan Darul Naim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dan terpaksa bermain tanpa kelibat pemain lincah, Akhyar Rashid yang disamun sehari sebelum perlawanan. Tomislav Steinbruckner berpendapat kejadian buruk yang menimpa […]
Pra-Musim: Terengganu & Kelantan Darul Naim Pamer Aksi Sama Hebat

Aksi Terengganu menentang Kelantan Darul Naim sekadar berakhir dengan keputusan seri antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Kelantan Darul Naim membariskan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Fazrul Amir, Ghaffar Rahman, Khatul Anuar dan Valdumar. Skuad Sang Penyu pula menurunkan gandingan Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul dibahagian […]
Kelantan Darul Naim Belum Mahu Tekan Butang Panik

Kelantan Darul Naim FC ambil pendekatan untuk percaya kepada proses dan tidak panik selepas melihat penyerang baharu, Valdu Te masih belum menggegar gawang lawan pada aksi pra-musim. Dalam satu hantaran di laman Instagram rasmi KDN FC, pihak pengurusan berpendapat Valdu Te sudah menampilkan aksi memuaskan dengan beberapa kali percubaannya hampir diterjemahkan kepada jaringan. “Valdumar atau […]
Pra-Musim: Kelantan Darul Naim Buat Negeri Sembilan Terduduk

Kelantan Darul Naim berjaya menundukkan cabaran Negeri Sembilan dalam aksi persahabatan pra-musim di Stadium Sultan Muhammad IV. Park Jaehong menagih kudrat 10 pemain tempatan dan hanya seorang pemain import Jung Byung Ju yang diturunkan dalam aksi menentang Negeri Sembilan. Skuad Jang pula menurunkan kesebelasan terbaik yang turut dibarisi pemain import seperti Mika, Aliyu Abubakar dan […]
Pra-Musim: Sri Pahang Bergelut Atasi Kelantan Darul Naim

Sri Pahang terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Kelantan Darul Naim dalam aksi pra-musim di Kota Bharu pada Rabu. Aksi persahabatan ini juga merupakan perlawanan ujian Video Bantuan Pengadil (VAR) yang akan digunapakai dalam saingan Liga Malaysia apabila liga membuka tirai kurang dari dua minggu dari sekarang. Kelantan turun dengan jersi baharu serba merah dengan barisan […]
Pra-Musim: Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Kelab Thailand, Pattani 3-0

Kelantan Darul Naim merekodkan pencapaian membanggakan apabila mudah menundukkan kelab Thailand, Pattani FC dengan keputusan 3-0. Aksi pra-musim pertama Kelantan Darul Naim sempena pra musim 2024/25 bermula langkah kanan mengatasi Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah bermula pada pada babak pertama menerusi serangan yang digerakkan dari kawasan tengah […]
Kelantan Sambar Pemain Republik Czech, Michal Jerabek

Kelantan Darul Naim FC mengumumkan pertahanan dari Czech Republik, Michal Jerabek sebagai rekrut terbaharu mereka bagi musim 2024/2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Kelantan Darul Naim yang memaparkan pemain berusia 30 tahun ini diperkenalkan oleh Presiden, YB Rozi Muhamad. Musim lalu Jerabek beraksi bersama Zemplin Michalovce dalam sainga liga utama […]
Kelantan Darul Naim Ada Sebab Kekal Guna Logo Lama Pada Jersi

Kelantan Darul Naim kini menjadi wajah baharu pasukan yang dulunya dikenali sebagai Kelantan United bagi mengharungi musim 2024/25 akan datang. Pembaharuan Kelantan Darul Naim bertujuan untuk menyatukan semula penyokong Kelantan di bawah satu panji kebanggaan negeri iaitu Kelantan Darul Naim setelah menerima kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB). Namun […]
Kelantan Darul Naim Terima Suntikan Setengah Juta

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini. Terbaru, KDN menerima suntikan penajaan jersi dan kit berjumlah RM600,000 daripada PUC Sport untuk musim 2024-2025. Pengumuman tajaan ini dibuat oleh pasukan itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka semalam. Majlis tandatangan […]
Kelantan United Berwajah Baru, Dikenali Sebagai Kelantan Darul Naim

Pasukan dari Pantai Timur, Kelantan United FC kini memiliki nama baru iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Pengumuman pertukaran nama kelab bola sepak itu diumumkan pengurusan kelab menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan. Pengurusan KDN FC memaklumkan perubahan tersebut dibuat bagi menyatukan semula penyokong Kelantan di bawah satu panji kebanggaan negeri iaitu […]