Washington Brandao Milik Kelantan DN

Bekas penggempur PJ City FC, Washington Brandao sah memperkuat jentera serangan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Perpindahan ini disahkan pengurusan Kijang Emas menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka. “Kelantan Darul Naim FC menandatangani penyerang kelahiran Brazil, Washington Brandao pada perpindahan kedua Liga Malaysia 2024. Pemain berusia 34 tahun ini pernah beraksi […]
Ciri Unik Tonggak Baharu Kelantan DN, Aung Kaung Mann

Penyerang baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Aung Kaung Mann memiliki satu ciri unik yang dapat membantu pasukan itu. Ciri yang dimaksudkan ialah keupayaannya membantu pasukan bawahan untuk bangkit dan mendaki kedudukan liga. Ini dibuktikan menerusi tempohnya bersama dua kelab Thailand, Khon Kaen United dan Nakhon Ratchasima. Semasa bersama Khon Kaen United, penyerang berusia […]
“Seorang Lagi Penyerang Import Akan Tiba”

Seorang lagi penyerang import bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia. Perkara ini telah disahkan oleh Kelantan Darul Naim (KDN) selepas memberikan perkhabaran bahawa seorang lagi tonggak import bakal dibawa masuk. Baru-baru ini, Kelantan DN telah mengumumkan ketibaan 5 pemain baharu dengan dua daripadanya pemain import iaitu Layth Kharoub dan juga Aung Kaung Mann. 3 orang […]
Kelantan DN Mohon Guna Stadium Sultan Ibrahim

Kelantan Darul Naim FC (Kelantan DN FC) telah membuat permohonan untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue sementara. Menerusi satu kenyataan, Kelantan DN telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue tuan rumah bagi perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 22 September 2024. […]
Kelantan DN Bakal Tampil Penuh Kelainan

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong percaya pasukannya bakal memberi saingan berbeza dengan kehadiran lima pemain baru. Selepas tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada 26 Ogos lalu, Kelantan DN menjadi antara pasukan yang sibuk mendapatkan pemain baru. Lima pemain sah menyertai pasukan Pantai Timur itu. Mereka ialah Layth Kharoub, […]
Kelantan DN Jelaskan Sebab Lepaskan David Ribera

Pengurusan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) tampil menjelaskan sebab mereka melepaskan pemain sayap Bolivia, David Ribera. Ribera dibawa masuk pada awal musim 2024/25 sebagai antara tonggak import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M). Walau bagaimanapun, pengurusan Kelantan DN kemudiannya memutuskan untuk melepaskan khidmat beliau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Muzungu. Keputusan ini dibuat sebelum […]
Senarai 5 Tonggak Baharu Kelantan DN

Tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menambah baik kualiti pasukan itu. Usaha ini digerakkan pengurusan Kijang Emas bagi membolehkan pasukan itu dapat keluar dari kelompok tercorot liga. Ketika ini, Kelantan DN berada di tangga ke-13 dengan tiga mata daripada sembilan perlawanan. Pasukan itu turut merekodkan […]
Kelantan DN Terima Sentuhan Tonggak Myanmar, Aung Kaung Mann

Kelantan Darul Naim mengumumkan ketibaan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann sebagai rekrut terbaharu bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di platform media sosial Kelantan Darul Naim yang menyaksikan Aung Kaung Mann dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Kijang Emas. Nama Kaung Mann bukanlah asing di Malaysia setelah penyerang muda ini […]
Hakimi Abdullah Tinggalkan Terengganu Secara Pinjaman

Pemain sayap Terengganu FC, Hakimi Abdullah menjadi pemain terbaru menyertai Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selepas memilih meninggalkan Terengganu untuk mencari lebih banyak minit permainan, ramai penyokong Peteh ingin tahu pasukan mana menjadi pilihan beliau. Ini membawa kepada khabar angin perpindahan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Beliau memaklumkan Hakimi bakal menyertai Kelantan […]
Kelantan DN Bawa Pulang Fikri Che Soh

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memantapkan bahagian penjaga gol mereka dengan merekrut Mohd Fikri Che Soh. Sebelum ini, penjaga gol berusia 26 tahun itu menjadi pemain kedua meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas pemain tengah Bahrain, Habib Haroon. Pemergian Fikri disahkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi […]
4 Pemain Setuju Sertai Kelantan DN

Dilaporkan seramai empat pemain baharu bakal dibawa masuk memperkuat Kelantan DN bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Kelantan DN kini menduduki tangga tercorot Liga Super setelah hanya mencatat 1 kemengan dan lapan kekalahan dalam 9 perlawanan termasuklah tewas 1-0 di tangan Kuching City. Disebabkan prestasi hambar dalam saingan liga, Presiden Kelantan DN, Rozi Muhamad menjanjikan […]
Aidil Sharin Tak Mahu Dibuai Mimpi

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin tidak mahu dibuai mimpi selepas mencatatkan kemenangan ke-6 dalam saingan Liga Super musim ini. Kuching City ketika ini berada dalam prestasi terbaik selepas beraksi 5 perlawanan berturut tanpa kalah. Skuad kendalian Aidil Sharin berada di tangga ke-4 Liga dengan 14 mata, beza satu mata sahaja dengan pasukan ke-3 Liga, […]
Rezal Zambery Kesan Peningkatan Besar Kelantan DN

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya berpuas hati dengan persembahan anak buahnya semasa menentang Kuching City FC pada 26 Ogos lalu. Kelantan DN yang turun beraksi menentang Kuching City untuk aksi tertunda Liga Super terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah yang dibimbing Aidil Sharin Sahak. The Cats meraih kemenangan tipis […]
“Mental Pemain Muda Kelantan DN Tercabar” – Khairan Eroza

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) II, Khairan Eroza Razali mengakui berdepan kesukaran mengekalkan mentaliti anak buahnya pada tahap terbaik. Kelantan DN II ketika ini menerajui carta Piala MFL musim 2024/25 dengan 17 mata, satu mata di hadapan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II. Ini selepas pasukan itu merekodkan lima kemenangan dan dua […]
Liga Super: Kuching City Pintas Sabah Setelah Tumbangkan Kelantan DN

Kuching City terus mempamerkan aksi positif apabila berjaya menumbangkan cabaran Kelantan Darul Naim untuk mendaki tangga ke-4 Liga Super. Aidil Sharin mempertaruhkan barisan pemain terbaik bagi aksi yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak seperti Danial Amier, Tchetche Kipre, Jordan Mintah, Rodney Celvin dan Petrus Shitembi. Kelantan DN yang dibimbing oleh Park Jaehong pula dibarisi pemain […]
Media Arab Bocorkan Perpindahan Penyerang Palestin Ke Kelantan

Media Arab membocorkan berita perpindahan penyerang Palestin ke Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang Emas melalui tempoh sukar dalam saingan musim 2024/25 apabila menghuni tangga tercorot Liga Super selepas 8 perlawanan. Kelantan DN merekodkan hanya satu kemenangan dan 7 kekalahan selain hilang dua tonggak utama iaitu Chadrack Muzungu dan juga Valdumar yang membawa haluan baharu. Usaha […]