Kelantan DN Dijangka Kembali Ke SSMIV Januari 2025

Kelantan Darul Naim dijangka kembali menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) sebagai gelanggang keramat bermula Januari 2025. Sebelum ini, SSMIV menjalani kerja-kerja naik taraf sistem perparitan dan longkang bermula sejak Ogos 2024, setelah Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan khusus untuk projek tersebut. Ini sekaligus memaksa Kelantan DN menggunakan venue di luar negeri sebagai gelanggang tuan rumah […]
Penyokong Kelantan Cadang Satu Nama Kepada Pau Marti

Penyokong Kelantan mencadangkan satu nama kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente. Pasukan kebangsaan kali ini tampil dengan beberapa muka baharu yang dipanggil bagi membawa cabaran negara berdepan Laos dan India. Tumpuan peminat Kelantan terarah apabila pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk memanggil pemain sayap lincah Kelantan DN, Fazrul Amir. Tonggak berusia 24 […]
Fazrul Amir Sedia Rebut Tempat Dalam Skuad Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim, Fazrul Amir sedia untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya jika mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti Vicente. Fazrul Amir hadir memperkuatkan kem kebangsaan untuk menggantikan Mukhairi Ajmal yang mengalami kecederaan. Pemain berusia 24 tahun itu tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diberikan oleh Pau Marti dan mahu berada dalam […]
Fazrul Amir Pecah Rekod 6 Tahun Pemain Kelantan

Fazrul Amir Md. Zaman mencipta rekod tersendiri apabila menyertai kem Harimau Malaya yang bermula pada 10 November lalu. Ini kerana beliau menjadi pemain pertama dari pasukan yang berpangkalan di Kelantan yang menyertai skuad kebangsaan sejak 2018. Kali terakhir perkara ini berlaku menerusi Shafiq Shaharudin. Shafiq yang mewakili Kelantan FA (kini Kelantan FC) ketika itu bersaing […]
Fazrul Amir Ganti Mukhairi Ajmal Buat Harimau Malaya

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Fazrul Amir Md. Zaman sah menyertai kem latihan Harimau Malaya. Sebelum ini, nama pemain sayap berusia 24 tahun itu diletakkan dalam senarai pemain bersedia untuk kem Harimau Malaya bersama sembilan pemain lain. Ini sebagai persediaan seandainya ada situasi kecederaan yang menimpa 26 pemain yang dipanggil Pau Marti […]
Pau Marti Pandang Tinggi Pemain Kelantan DN

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mencipta kejutan dengan menyenaraikan nama pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Fazrul Amir Md Zaman dalam senarai bersedia. Meskipun pasukan itu kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super, prestasi baik pemain sayap berusia 24 tahun itu dilihat menarik perhatian barisan kejurulatihan skuad senior negara. Ini menjadikan penyenaraian nama […]
“Kami Kalah Bola Tinggi” – Rezal Zambery

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya percaya faktor ketinggian pemain import menjadi punca mereka kecundang kepada Sabah FC baru-baru ini. Aksi terbaru Liga Super pada 3 November lalu menyaksikan Sang Kijang Emas tewas 4-1 kepada Sang Badak di Stadium Likas. Joao Pedro, Farhan Roslan dan Gabriel Peres mencipta nama sebagai […]
Liga Super: Sabah Beri Kelantan DN Kekalahan Ke-11

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Likas, Sabah. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi menburu kemenangan bagi minggu ke-15 saingan Liga Super 2024. Selepas 15 minit aksi, penyerang Import Sabah, Joao Pedro membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Kelantan DN. […]
4 Tonggak Import Kelantan DN Hilang Dari Radar

Ramai penyokong Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) perasan pasukan itu tidak diperkuatkan dengan empat tonggak import untuk aksi menentang Sabah FC. Berdasarkan semakan senarai kesebelasan utama pasukan itu, hanya tiga pemain import yang disenaraikan pengurusan Sang Kijang Emas. Tiga pemain import tersebut ialah kapten, Oday Kharoub, bek tengah Republik Czech, Michal Jerabek dan penyerang […]
Fandi Ahmad Hampa Sri Pahang Terlepas Raih Tiga Mata

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui kecewa melihat pasukannya terlepas peluang meraih tiga mata dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selepas meraih kemenangan ke atas Penang, penyokong Tok Gajah berharap rentak dapat diteruskan ke atas wakil Pantai Timur, Kelantan DN. Walau bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Washington Brandao pada separuh […]
Rezal Zambery: Kelantan Darul Naim Perlu Baiki Kualiti Penyudah

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya mengakui kualiti penyudah akan menjadi fokus utama pasukan setelah meraih keputusan seri menentang Sri Pahang. Kelantan DN menjaringkan gol pendahuluan pada babak pertama menerusi jaringan Washington Brandao tetapi Sri Pahang bangkit mengikat pasukan kendalian Park Jae-hong pada separuh masa kedua. Kelantan DN memiliki beberapa peluang keemasan […]
Liga Super: Sri Pahang Lebur Harapan 3 Mata Kelantan DN

Kelantan Darul Naim dan Sri Pahang mempamerkan aksi sama rancak namun masing-masing terpaksa berpuas hati berkongsi 1 mata dalam aksi di Stadium Temerloh. Skuad Kijang Emas sebelum ini tewas 1-3 kepada KL City manakala Sri Pahang pula menang tipis 1-0 ke atas Penang. Kelantan Darul Naim mempertaruhkan barisan terbaik berdepan Sri Pahang dengan menurunkan pemain […]
Tonggak Kelantan, Chadrack Muzungu Sertai Al-Nasr

Bekas tonggak utama Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Chadrack Muzungu telah melengkapkan perpindahan ke Al-Nasr SC. Pemain berusia 27 tahun itu tidak berupaya untuk memenuhi jangkaan beraksi di kelab Pantai Timur itu apabila hanya beraksi selama 5 bulan. Jendela perpindahan Ogos lalu menyaksikan pemain kelahiran DR Congo itu membuat keputusan untuk meninggalkan skuad Kijang Emas […]
Miroslav Kuljanac Puas KL City Raih Tiga Mata

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac mengakui puas melihat anak buahnya meraih tiga mata penuh. KL City berentap dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk aksi pembukaan minggu ke-13 liga pada 18 Oktober lalu. Meskipun ketinggalan menerusi gol Washington Brandao, The City Boys meraih kemenangan 3-1 pada akhir perlawanan. Dua gol kapten, Paulo Josue […]
Kelantan DN Terpaksa Lupakan Dua Tonggak Import

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) perlu berdepan KL City FC tanpa kelibat kapten Oday Kharoub dan bek tengah Republik Czech, Michal Jerabek. Ini kerana dua tonggak import Sang Kijang Emas itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga. Oday dan Jerabek mengutip kad kuning ketiga mereka dalam aksi Liga Super menentang […]
Hakimi Abdullah Teruja Kembali Beraksi Bersama Kelantan DN

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Hakimi Abdullah mengakui teruja kerana dapat beraksi semula di atas padang. Sebelum ini, pemain sayap berusia 24 tahun itu terpaksa berehat selama 11 bulan kerana menjalani pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Selepas kembali pulih, usaha Hakimi mendapatkan minit permainan bersama Terengganu FC untuk musim 2024/25 sukar. […]